BAB 8

Romance Series 12749

- Asalkan Kau Bahagia 8 -

"ANITA, sediakan kumpulan bedah.   Kita akan mulakan pembedahan untuk Aryana.  Hanya itu saja jalannya," kata Zayyan kepada salah seorang jururawatnya.   

Zayyan memandang isterinya yang terbaring kaku di atas katil hospital.    Dengan hati yang sayu, dia mendekati isterinya.   Air mata jantannya menitis apabila dia melihat keadaan isterinya yang sedang tidur sementara itu.   Matanya merah seperti darah.  Zayyan mencapai kerusi plastik berdekatan untuk diduduk sebelum dia jatuh ke tanah.    Zayyan mencapai tangan kecil isterinya.   Tangan kecil putih itu dikucupnya dengan penuh sayang. 

"I... Ini semua salah abang.   A... abang sepatutnya pujuk Ana lakukan pembedahan sum-sum tulang tu, semenjak dulu lagi.   Bukannya, bila Ana dah terus macam ni, baru nak buat sum-sum tulang.  Abang minta maaf," kata Zayyan dengan sayu.   Dia memohon maaf dengan teresak-esak.  

Tiba-tiba, dia dapat rasakan, satu tangan mendarat di atas bahu bidangnya.  Zayyan berhenti menangis seketika.  Dia menoleh ke belakang.  Matanya nampak seorang wanita yang membawa perut besar.   Zayyan hanya tersenyum.  Dia terus bangun dan berikan wanita itu tempat duduk.  Pasti wanita itu penat kerana perlu membawa perut yang besar. 

"You duduklah," kata Zayyan kepada wanita itu.

Hanis Nabila atau lebih dikenali sebagai Hana itu hanya tersenyum dan duduk di atas kerusi plastik yang dipelawa oleh Zayyan itu.   Hana memandang Aryana yang terbaring itu dengan pandangan yang sayu tapi tidak sesayu Zayyan.  

"How is she?" tanya Hana. 

"Worse," Zayyan menjawab dengan pendek. 

Hana mencapai tangan Zayyan.   Tangan lelaki itu diusap.   "She will be fine after the surgery.  I'm really sure," kata Hana sambil mengusap perutnya yang buncit itu.    Zayyan hanya mengangguk.

Zayyan melutut di atas lantai di hadapan Hana.   Dia mengusap perut yang besar itu.   Hana mengerut dahi.   Zayyan mendekatkan wajahnya dengan perut yang mengandungi nyawa itu.  "Hey, little baby.  Did you miss papa?" tanya Zayyan dengan lembut.  Serta merta, Zayyan dapat rasakan tendangan.  "He is kicking.  He must be a strong boy," kata Zayyan kepada Hana. Hana hanya tersenyum. 

"I love you, Zayyan.  Till I death.  This baby will be born soon and I nak dia anggap you sebagai papa dia.   Bukan orang lain," kata Hana.  

Zayyan hanya tersenyum.   "I will," kata Zayyan. 

"Semalam, I pergi buat check-up.  The doctor said, the baby's weight is about 3kg.   If he is born.  But, in condition, I must take a healthy diet.  Isn't he big?  I think you're right.  He must be a strong boy," kata Hana. 

Zayyan mengangguk.

"READY, doc?"

Zayyan memandang isterinya yang sedang terbaring di atas katil bedah itu.  Sungguh sayu untuk dia sendiri lakukan pembedahan ini untuk isterinya.  Sebelum ini, dia nak jentik Aryana pun tak sampai hati, ini kan pula nak toreh pisau pada kulit Aryana itu.   Zayyan memejam matanya.  Dia menarik nafas dalam-dalam dan hembus setelah beberapa ketika. 

"I'm ready," kata Zayyan.  I'm sorry, dear...

"HOW is she?" tanya Aryan kepada Zayyan.  

Zayyan hanya menggeleng kepala.   Dia kembali mengucup tangan isterinya yang lemah itu.   Aryana terbaring dalam keadaan yang sangat lemah.   Dia menggunakan alat bantuan pernafasan untuk membantu dirinya bernafas.  Aryan menepuk bahu kawan baiknya supaya dapat menenangkan lelaki itu.  

"Berdasarkan apa yang Ayan bagitau I semalam, nyawa Aryana dalam bahaya sekarang.  And, he also said, sel kanser dalam badan Aryana dah tiada.   Alhamdulillah, Aryana dah mampu jalani kehidupan seperti biasa semula," kata Hana semasa memberitahu berita gembira yang berada pada ayat terakhir tadi.  

"It's mean, Aryana dah sihat?   100%?" tanya Aryan bagi meminta kepastian. 

Hana mengangguk bersama senyuman.   Aryan mengucapkan syukur. 

"But, he doesn't sure if Aryana is save or not." Aryan mengangguk. 

"I'm sure.  She will be fine.   She is strong," kata Aryan.  Dia menepuk perut Hana.  Hana memandang tangan Aryan.  "Like this little guy!" kata Aryan lagi.  Hana hanya ketawa.

"How old is he?" tanya Aryan sambil mengusap perut buncit itu dan memandang wajah Hana yang kian berseri itu.  Memang betul apa yang orang cakap.   Perempuan, kalau dah mengandung, muka makin berseri.    Jelita gitu. 

"About 5 months," jawab Hana. 

"He will have his father's face," kata Aryan.   Hana hanya mengangguk hambar. 

TIT! TIT! TIT! Bunyi mesin itu mengejutkan mereka bertiga.  Air mata Zayyan terus berhenti menitis dan dia mula cemas. 

"ARYAN!  PANGGILKAN JURURAWAT CEPAT!!!!" Zayyan mengarahkan Aryan bersama nada jerkahan.  Zayyan mula memeriksa isterinya.  

'Sayang, please.  Jangan tinggalkan abang.   Jangan pergi dulu sebelum abang.   Ya Allah, kau selamatkan isteri aku,' getus Zayyan dalam hati. 

3 bulan kemudian,

ARYANA memandang suaminya yang masih lagi terbongkang tidur nyenyak.  Aryana mengucup dahi suaminya yang sedang tidur nyenyak itu sebelum dia mencapai bathrobe yang tersangkut di atas kepala katil.   Dia terus sarungkan bathrobe putih itu pada tubuhnya dan dia terus bangun dari katil untuk menuju ke bilik airnya.  

Sebaik saja Aryana masuk, Aryana memandang wajahnya di depan cermin tandas.   Aryana mengusap wajahnya.  Wajahnya sudah tidak seperti 4 tahun lalu lagi.   Dulu, wajahnya seperti mayat hidup.   Bibir pucat, kulit putih semacam dan macam-macam lagi.    Rambut pun selalu gugur.   Berbeza dengan sekarang.  Kini, wajah dan penampilannya sudah kembali seperti sebelum 4 tahun lalu.   Wajahnya sudah jelita dan bibirnya sudaj merah kembali. 

Dulunya, kepalanya botak dan kalau rambut tumbuh pun, selalu gugur sebab kemoterapi.   Sekarang, hampir 3 bulan selepas dia sembuh, rambutnya sudah kian tumbuh.  Rambutnya cepat tumbuh tambahan lagi selepas dia pakai serum yang dibeli oleh suaminya.   Sekarang, rambutnya sudah panjang hingga paras bahu.    Aryana tersenyum apabila dia melihat penampilannya sekarang.  

Matanya terpandang pada lehernya.   Naik merah wajahnya apabila dia pandang lehernya sendiri yang penuh dengan tompokan merah.  

"Aduh, malu aku gini.  Nasib baik aku pakai tudung.  Kalau tidak, memang berlayer foundation la dekat leher aku ni," rungut dirinya.  

Aryana hanya mengeluh.   Tak apalah, Aryana.  Asalkan kau dah tunaikan tanggungjawab kau.... Getus hatinya.  

"HEY, masak apa tu?" tubuh Aryana dipeluk dari belakang oleh Zayyan.   Tangan Aryana terhenti daripada memasak nasi goreng itu.   Mujurlah dia dah siap masak.   Aryana meletakkan sudip di atas tempat yang disediakan dan menutup api dapur.  

Aryana memegang tangan Zayyan dan tangannya satu lagi mengusap pipi Zayyan yang semakin berjambang hari demi hari.   Tapi, masih nampak macho.  Hencem!  

Zayyan masih lagi melabuhkan dagunya di atas bahu Aryana.  Dia memeluk isterinya dengan erat. 

"Thank you for the last night, dear.  I really appreaciate it," ucap Zayyan dengan ikhlas.  

"Anything for you," kata Aryana.    Aryana memandang tangan Zayyan yang mengusap perut Aryana yang kempis itu. 

"Abang tak sabar nak tengok dia.  Muncul lah cepat-cepat." kata Zayyan. 

"Abang.  Insyaallah.   Kalau ada rezeki, adalah satu nyawa dalam perut Ana.   Kalau Allah nak beri rezeki lebih, mungkin lebih dari satu.   Apa yang kita mampu buat sekarang, kita hanya mampu berdoa dan tunggu.  Kalau ada rezeki, adalah tu.  Okay?" kata Aryana kepada suaminya. 

Zayyan memalingkan tubuh Aryana agar menghadapnya.   Zayyan mengucup dahi isterinya dengan penuh syahdu.  

"Thank you, sebab muncul dalam hidup abang.   Thank you, sangat-sangat," kata Zayyan.  

Aryana memeluk tubuh sasa suaminya dengan penuh kasih sayang.   Zayyan mengusap kepala isteri dan mengucup ubun-ubun isterinya.   

?? TO BE CONTINUE ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience