BAB 14

Romance Completed 8188

KELUARGAKU langsung tidak mampu mengubah kehendakku bila aku telah tetapkan hantaran kahwin antara aku dan Saif. Aku tahu Saif segan hendak menyebutkan tapi, aku amat berharap dia ikhlas menuturkan jumlah itu.

“Aku terima nikahnya Nur Iqlima binti Ilyas dengan mas kahwinnya sebanyak RM249.50…,” jawab Saif tenang. Dia kemudiannya melirik ke arahku dan aku hanya tersenyum lebar dan semakin melebar.

Aku terima cinta Saif bukan kerana harga. Aku terima dia kerana kesungguhhannya menjagaku selama ini. Kerana perasaan halus ini adalah kurniaan Allah buat kami.

Malamnya, aku hanya duduk di beranda menikmati hembusan yang angin malam bila aku dengar derap tapak kaki Saif mendekatiku.

“Assalamualaikum, puteri abang yang cantik,” ucapnya romantis. Tanpa sempat aku berpaling, dia terlebih dahulu memeluk tubuhku dari belakang.

“Waalaikummussalam, abang suami yang saya cinta,” balasku pula. Dapat aku rasakan kucupan kudus singgah di bahuku.

“Kenapa pakai baju ni?” tanya dia. Aku lihat t-shirt yang tersarung di tubuhku. T-shirt yang aku bawa pulang dari rumah sewanya.

“Baju ni kan baju pertama yang abang beli untuk Eiy,” jawabku lembut. Saif ketawa kecil.

“Baju murah, cap ayam je ni. Sebab tu je abang mampu,” sahut dia merendah diri. Aku pegang tangannya yang ada di perutku.

“Tapi abang mampu berikan cinta yang terlalu mahal buat Eiy, kan?”

Aku rasa anggukan Saif di bahuku dan dia terus menyelak rambutku membawa rambut panjang milikku ke tepi. Bila bibirnya singgah bermain di sekitar belakang leher, aku diam saja. Hanya membenarkan kerana aku adalah miliknya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

“Yang dalam tu, yang abang belikan jugak ke?” tanya dia nakal.

Aku leraikan pelukan lalu aku bawa tubuhku menghadap tubuhnya. Lengan ini aku sangkut di lehernya. Senyuman menggoda aku hadiahkan buat dia.

“Abang nak tahu ke?’

Dia jungkit kening mencabarku dalam diam. Tanpa sedar, dia menarik aku mengikut langkahnya ke dalam. Pintu luncur dirapatkan membiarkan suasana bilik ini hening dan sepi. Hanya hembusan nafasnya saja yang mula berubah resah.

“Abang memang nak tengok,” bisiknya perlahan. Aku renung wajah yang penuh mengharap itu.

Ya, kerana hati ini pernah terluka maka sekali aku melangkah ke arahnya, aku nekad teruskan kerana aku hanya punyai satu jalan saja dan hanya dia menjadi penanda arah buatku. Aku berjalan tanpa menoleh dan akur penuh rela memenuhi segenap kehendaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience