BAB 8

Romance Completed 8187

BEKAL di tangan aku peluk kemas ke dada. Masih panas lagi mangkuk tingkat ini. Puas hati kerana dapat membeli barang dapur dan memasak untuk makan tengah hari Saif. Aku duduk di tempat pertama kali dia menegurku dulu. Menanti dia setelah pada temannya, aku titipkan pesan agar dia datang padaku waktu rehatnya.

Dalam fikiranku, berbagai soalan yang ingin aku ajukan buat dia. Ke manakah dia seminggu ini? Kenapa tidak dijenguknya aku? Sihatkah dia? Makankah dia?

“Buat apa datang sini?” Aku pantas bangkit tatkala mendekatkan suaranya dekat di telingaku. Langsung tiada kemesraan seperti seminggu lalu malah rasanya semakin dingin dan beku.

“Err, Eiy bawakan awak makan tengah hari.” Aku senyum ceria. Terasa malu pula dia menatap wajahku kala ini.

“Siapa suruh?” Suaranya dingin dan dia terus saja duduk melepaskan lelah di kerusi. Aku turut sama duduk sedikit menjarak.

“Tak ada orang suruh. Eiy buat sendiri sebab awak tak datang jumpa Eiy dah lama.” Aku menjawab dengan kiasan. Menyatakan rasa rindu padanya semakin menderu-deru. Saif mengeluh.

“Jangan susahkan diri sebab saya, Iqlima.”

“Tak, Eiy tak rasa susah pun. Eiy bahagia je.” Aku menggeleng menidakkan anggapannya. Dia menjeling ke arahku.

“Mana dapat duit buat bekal ni?” Dahinya berkerut. Kening hitam lebat itu hampir saja bertaut.

“Emm, duit Eiylah.”

“Yalah. Duit awak jumpa ke, rompak ke, magik ke, apa?” sindir dia. Aku telan liur. Takut pula hendak menyatakan hakikat.

“Err, Eiy jual rantai dan gelang emas tu.”

Saif mengeluh berat. “Iqlima, kenapa macam ni? Itu je yang awak ada kan pemberian mak awak. Tak sayang ke?”

Aku ketap bibir. Tubir mataku terasa sarat lagi. Aku merasakan yang dia langsung tidak menghargai penat lelahku menyediakan segalanya untuk dia.

“Harta tu boleh cari, Eiy lebih sayangkan….” Suaraku mati. Tidak sanggup hendak meneruskannya lagi. Mangkuk tingkat itu aku peluk erat. Airmataku mengalir perlahan-lahan.

“Sayangkan apa?” tanya dia lagi. Aku diam membatu melayan rasa pedih di hati.

“Lebih sayangkan apa?” tanya dia keras.

“Eiy, lebih sayangkan awak daripada semua tu,” jawabku bersendu. Aku dengar Saif ketawa.

“Sayang lelaki macam saya ni? Tak ada rupa, tak ada harta, tak ada keluarga, tak ada pendidikan. Semua tak ada. Macam tu?” Nadanya jelas menunjukkan yang dia tidak mempercayaiku langsung.

“Eiy sayang awak sebab perasaan ini anugerah Allah. Tapi, kalau kata awak tak nak terima Eiy, tak apa. Eiy faham sebab Eiy dah banyak susahkan awak. Jadi, sebelum Eiy pergi izinkan Eiy balas budi awak sikit seperti mana awak pernah minta izin untuk Eiy percayakan awak selama ni,” ucapku lalu aku letak mangkuk tingkat itu di sisinya dan membawa kaki aku melangkah pergi dan aku tahu, Saif langsung tidak mengejarku.

Kini, aku yakin dia tidak pernah menyintaiku seperti mana hati ini merasakan begitu. Aku yakin, renungannya padaku selama ini hanya disulami simpati semata-mata. Kala dan saat ini, aku benar-benar rasa bersendiri di dunia tanpa ada teman setelah aku rasakan pengakuanku tadi akan membawa Saif terus menjauh daripadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience