BAB 11

Romance Completed 8187

KALENDAR di atas meja solek aku pangkah sehari lagi. Bermakna sudah 7 hari aku keluar daripada rumah Saif dan tanpa pesan jauh sekali khabar yang aku terima daripada dia. Rinduku menderu-deru sekuat angin malam yang berhembus bila aku bawa tubuhku ke pintu luncur yang tenganga luas. Merasakan tiupan rindu Saif buatku yang dibawa angin lalu, mengelus wajahku, menyeka airmata di pipi ini.

Cincin di jariku aku renung lama. Cincin baru, malah batu permatanya juga besar dan pastinya lebih mahal. Tanda aku sekali lagi menjadi tunangan Muiz dan bakal diijabkabulkan dua hari saja lagi. Sedang aku seka air mata yang mengalir, aku terbias oleh susuk tubuh yang cukup aku kenal. Saif dan kaki ini pantas keluar daripada bilik dan terus menuju ke bawah.

Ayah, mak dan Abang Iqbal menyambut kedatangannya dengan mesra. Kakiku terpaku pada anak tangga. Sedikit tersorok demi mendengarkan perbualan mereka.

“Lambat datang?” tegur Abang Iqbal.

“Maaf, bang. Saya kena kerja. Tak dapat cuti,” jawab suara yang aku rindu itu. Lelah jasadku, mengah nafas ini.

“Tak apalah. Eiy dah nak akad nikah lusa. Jadi, abang nak selesaikan semua bayaran yang pernah Saif minta daripada kami sepanjang menjaga Iqlima.” Aku dengar ayah bersuara.

“Terima kasih sebab faham dengan permintaan saya, encik.” Aku dengar dengan jelas Saif mengakuinya dan sememangnya abang dan ayah tidak menipu bila mengatakan Saif meminta balasan kerana menjagaku selama ini. Titisan airmata semakin lebat. Kecewanya usah aku kata. Sakitnya, payah hendak aku kira.

Tanpa mampu mendengar diriku diperdagangkan oleh lelaki yang aku cintainya sepenuh hati. Tidak sanggup mendengar dia menjual cinta palsu dia padaku selama ini.

Aku terus turun perlahan-lahan dan terus saja keluar melalui pintu dapur hendak meminta kepastian melalui sinar matanya kerana di hati ini masih terselit sedikit keyakinan akan cinta dan janjinya padaku.

“Eiy! Buat apa kat sini?” tanya dia terkejut melihatku.

“Eiy nak tanya, berapa yang Saif tuntut daripada keluarga Eiy sebab jaga Eiy selama ni? Berapa Saif jual cinta Eiy? Cakap Saif,” desakku dengan suara yang terketar-ketar menahan sebak.

Dia senyum. “Ganjaran itu cukup untuk buat Saif hidup mewah seumur hidup, Eiy,” jawab dia tenang lantas dia terus berlalu membiarkan aku terjelepuk di atas rumput menangisi nasib diri yang seringkali dipermainkan cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience