BAB 10

Family Completed 17457

“Mama bagitahu Azira dulu sebelum along?” soal Asyraf tidak berpuas hati.

Datin Nora tunduk. “mama terpaksa..” lemah sahaja suaranya.

“Mama buat tindakan sendiri. Sepatutnya mama bagitahu along dulu bukannya Azira . Kenapa mama tak cakap sahaja dengan mak long yang along boleh bayar balik semua duit yang dia pernah laburkan dulu. Pinjam duit, bayar duitlah. Bukannya pinjam duit bayar dengan along. ”

Bentak Asyraf lagi.

Sakit betul hatinya apabila Datin Nora memberitahu bahawa Liyana telah pulang dan sekarang ini mereka mahu menyambung semula hubungan yang tidak pernah direlakan oleh Asyraf.

“mak long tak mahu bayar duit. Mama sendiri tak tahu kenapa. Bulan depan mungkin dah nak buat majlis akad nikah kot.” Keterangan Datin Nora hanya membuatkan Asyraf bertambah sakit hati sahaja.

“Ah !! habis tu macam mana dengan Azira?” soalnya lagi.

Dia tahu bukan mamanya yang mahu begitu. Dia juga tidak pernah menyalahkan Datin Nora.

Oleh kerana geram yang sudah mencecah tahap maksimum dia tertinggikan suaranya ketika bercakap dengan mamanya. Memanglah dulu dia setuju mahu berkahwin dengan sepupunya itu tapi dia setuju kerana dia tidak pernah menyangka akan bertemu semula dengan Azira.

“Azira angguk dan terus pergi.”

“What!!”terjerit Asyraf apabila mendengar penyataan mamanya.

Dia terus naik ke kamarnya dan menghubungi Azira. Sepuluh jari dia menghubungi nombor telefon bimbit gadis itu. Sepuluh kali juga masuk kedalam peti suara. Lantas dia membuat keputusan menghubungi rumah gadis itu.

“ hello. Assalamualaikum..” kedengaran satu suara yang menjawab telefon.

“Walaikumsalam. Makcik! Azira ada tak? Saya call dia banyak kali pun tak dapat.” Adunya.

Berharap dia dapat berbual dengan Azira dan menerangkan segalanya.

Lama Puan Darina diam. Dalam keadaan teragak-agak puan Darina akhirnya memberitahu juga.

“Azira dah pergi. Makcik sendiri tak tahu kemana dia membawa diri. Dia ada pesan juga, dia suruh mackcik cakap dengan Asyraf. Dia nak Asyraf lupakan dia dan dia nak Asyraf kahwindengan sepupu Asyraf..”

Asyraf tersandar dipintu. Sungguh tidak duia sangka yang dia akan berpisah sekali lagi dengan Azira. “Tak apalah kalau macam tu. Bye, Assalamualikum.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience