BAB 6

Family Completed 17457

Restoran Dihati ini menjadi tempat untuk mereka mengisi perut selepas berbincang tentang kerja.

“Kenapa awak terus pergi masa tu. Terus check out hotel. Saya cari pun tak jumpa.”

Azira tersenngih sahaja. “saya malu dengan awak masa tu. Jadi saya blah la. Awak nak buat apa cari saya? Saya fikirkan dah tak akan jumpa awak lagi. Tak sangka pula jodoh kuat sangat.

Kat KL ni boleh jempa awak.” Selamba sahaja dia berkata bergitu sambil menyuap makanan kedalam mulutnya.

“memang kuat pon jodoh kita.” Asyraf ikut berguram. Namun jauh dalam hatinya memang mengakuinya. “saya cari awak masa tu Cuma nak pastikan awak okey atau tidak. Tu aje.” Walaupun tak selari dengan hatinya, dia tetap menjawab.

Gadis itu mengangguk. “saya okey je masa tu. Sorrylah menyusahkan awak. Saya balik cepat sebab nak mintak maaf kat ibu.”

“oh,..”

“Lagi satu saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab bagi nasihat kat saya hari itu. Memang menusuk qalbulah.” Ujarnya sambil tergelak kecil.

Terpukau! Terpaku! Terpana! Tertawan! Terpikat! Dan macam-macam lagi ter apabila Asyraf melihat lesung pipit gadis itu. Ya Allah.. cantiknya ciptaanMu ini. Puji hatinya.

“Hey! Kenapa pandang saya macam tu?” tegur Azira.

“Cantik.” Sebut lelaki itu seperti sedang berhayal

Azira memandang sekelilingnya. “Apa yang cantiknya Encik Asyraf?” soalnya ingin tahu juga.

Asyraf bagaikan baru tersedar. “Ha?perhiasan kat restoran ni la. Memang cantikkan?” itu sahaja idea yang mampu dikeluarkan.

Azira memandang sekeliling dan menangguk. Kemudian dia memangdang lelaki itu semula.

“okeylah. Saya nak balik dah ni. saya mintak diri dulu ya.” Pamitnya.

Asyraf pula seperti berat sahaja mahu melepaskan pemergiannya lagi. Namun dianggukkan juga kepalanya.

Azira sudah mengangkat punggungnya. “ terima kasih jega belanja saya. Nanti kalau ada masa saya belanja awak ya.” Pelawanya.

Lelaki itu sudah tersenyum. “boleh tak saya nak nombor awak. Macam mana kita nak makan sama kalau saya tak de nombor awak.”

“oh. Ya tak ya juga.” Dia mengeluarkan kadnya dan ddiberikan kepada Asyraf. “ni kad saya.

Okey? Bye..”

“Awak! Awak ni bukan cikgu ke?”soal Asyraf. Terkejut juga apabila melihat perkerjaan sebenar Ain Azira adalah sebagai seorang pereka fesyen busana muslimah.

Ain Azira menggeleng. “saya guru ganti sahaja. Bulan ni last. Bulan depan dah jadi pereka fesyen semula. Okeylah. Bye. Assalamualikum.” Pamit gadis ini sekali lagi.

Akhirnya.. dapat juga. Desis hati Asyraf. Dari tadi dia terfikir bagaimana cara untuk mendapatkan nombor wanita itu aga mereka boleh selalu berhubung. Bersyukur sangat apabila wanita itu tidak menyombong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience