BAB 12

Family Completed 17457

“Awak nak apa lagi?” marahnya.

“Kalau saya cakap saya nak awak?”

“tak cukup lagi ke dengan apa yang awak ada ?”

“Hidup saya tak akan lengkapa tanpa awak.”

“Awak ni dah kenapa. Gila ke? Saya dah cuba buat apa yang awak suruh. Saya belajar terima takdir walaupun saya tak bahagia. Saya cuba lupakan awak walaupun saya tak mampu tapi kenapa sekarang ni awak nak halang. Awak nak buat saya tolak takdir ke!” Azira melepaskan segala yang terbuku dihati. Tidak puas? Dia menyambung lagi. “Tolonglah bagi saya ruang dan peluang untuk melupakan awak. Awak nasihatkan saya supaya terima segala yang sudah tertulis.

Tapi kenapa awak tak buat sekarang ni?!”

Asyraf sendiri terkejut melihat kemarahan gadis itu.

“Saya dan Liyana…” belum sempat Asyraf menerangkan apa-apa, Azira sudah memotong.

“okey! Awak nak saya ucapkan tahniah? Tahniah! Tahniah ya Encik Asyraf. Saya harap awak bahagia sebab bila awak bahagia saya turut bahagia. Tak mengapa.. saya dah biasa menjadi pilihan kedua. Jadi tak ada lah kecewa sangat.” Bebel Azira lagi.

“asal dengan awak ni. Cakap tak henti-henti macam mak nenek. Saya nak aja gam mulut awak tu. Dengar dulu apa yang saya nak cakap. Saya tak kahwin lagi denagn Liayana atau sesiapa sahaja. Tak jadi! Saya nak awak dengar saya betul-betul. Mungkin pada mama, awak adalah pillihan kedua tapi saya nak awak tahu. Dalam hati saya awak adalah pilihan pertama dari dulu lagi. Tak akan pernah hilang cinta saya buat awak.” Asyraf meluahkan semua isi hatinya.

Azira terkesima. Malu pun ada. “tapi kenapa. Kini perlahan sahaja suaranya kedengaran.

“Sebab awak sahaja yang berjaya tawan hati saya.”

“bukan tu yang saya nak tahu tapi kenapa pula awak tak jadi kahwin dengan Liyana?”

Asyraf termalu sendiri. “Liyana mengandung. Nasib baik lah belum akad lagi masa tu. Dia pengsan then bawak la pergi hospital dan doctor sahkan dia mengandung dua bulan.dia mengandung anak kepada lelaki yang tolong dia masa lemas dulu. Dia balik rumah pun sebab lelaki itu tak mahu bertanggungjawab. Sekarang ni maklonng nak suruh saya jadi kambing

hitam pula. Ewah.. macam cerita dongeng pula. Dia fikir saya ni pak turut. Ikut aja apa dia nak.

Sorrylah ! memang tak dapat lah.”

“oh.” Hanya itu yang mampu terkeluar dari bibirnya. Bunyi macam lega. Tetapi ada sesuatu yang dia terfikir. “macam mana awak tahu saya kat sini?”

“walaupun awak dah tukar nombor telefon. Tak datang kerja. Cuba lari dari saya. Saya tetap tahu yang awak akan datang sini sebab awak kan bawak bersama hati saya. Tu lah yang saya dapat kesan. Ada aura…” gurau lelaki ini.

“ei.. lempang karang. Betul-betullah. Lagipun saya bukannya tak kerja pun. Saya Cuma rehat kejap sahaja.”

“Okey-okey.. garang betul! Sebelum tu saya nak tanya awak. Sejak bila awak falling in love dengan saya?” masih lagi dengan senyuman penuh maknanya itu.

“erm… lepas awak bagi nasihat kat saya lah.”jawab gadis itu jujur.

“Cuba teka bila kali pertama saya jatu hati kat awak?”

“manalah saya tahu. Cepatlah.. jawab soalan saya yang tadi. Macam mana awak tahu saya ada kat sini? Sengaja je nak lari dari topic.” Rungut gadis itu.

“ye lah.. nak ceritalah ni. Tak menyabar betul. Saya adalah lelaki yang mencintai awak sejak umur saya 18 tahun.”

“hah?” terkejut pula Ain Azira mendengarnya.

“dulu tiap-tiap minggu saya akan ikut papa kesini untuk uruskan hotel, saya pula akan ke pantai ni dan hampir setiap minggu itu jugalah saya akan ternampak seorang gadis yang berpakaian baju outing asrama akan menagis kat sini. Dari dulu lagi saya teringin nak pujuk dia tapi saya

tak berani sebab saya tak pandai nak nasihatkan orang. Lagi-lagi dia tu budak sekolah agama. So that why saya nak sangat jadi motivator. Lama jugalah saya tunggu dia kat sini. Dia langsung tak pernah muncul sampailah satu hari dia muncul semula dengan membawa air mata. Saya pun beranikan diri saya untuk menegur dia. Saya teringin nak tahu apalah yang membuat dia sedih

masa tu. Saya pun tak sangka yang kami akan berkawan dan dia menerima saya untuk dijadikan kekasih hati juga.” Cerita Asyraf panjang lebar.

Ain Azira mengalirkan air mata. Kali ini bukan kerana sedih lagi tetapi kerana dia sangat teharu dengan cerita lelaki itu.

Tiba-tiba Asyraf melutut dihadapannya. “bersaksikan pantai dimana saya mula jatuh cinta kepada awak. Saya nak tahu, sudikah awak menjadi pelengkap hidup saya untuk selamanya?”

Asyraf mengeluarkan sebuah kotak cincin dan dibukanya.

Azira menyeka airmatanya. Perlahan-lahan dia tersenyum lalu mengangguk.

Asyraf bangun semula dan menyerahkan kotak itu kepada Azira.

“Alhamdulillah” itu sahaja yang terlafaz dari bibir lelaki itu.

“tapi awak janji tau. Awak jangan pernah singkirkan saya dari hidup awak sebab saya tak mampu nak terima penyingkiran dari awak.”

“Baik sayang!” sahut lelaki itu.

Akhirnya berjaya juga dia memiliki Azira. Setelah sekian lama dia mencari cintanya. Akhirnya dia menemuinya semula.

“wahai dunia!! Aku mencintai Ain Azira.” Jerit Asyraf sambil menghadap lautnya biru.

Tika ini Kegembiraan yang ditanggungnya sudah tidak boleh digambarkan lagi.

Air mata berlinang membasahi pipinya.

‘’ Asyraf, dalam sendiri rupanya awak sudah lama hadir dalam hidup saya, menemani saya. Mengapa tak awak ucapkannya sejak dari dulu lagi, yang awak mencintai saya?’’ tanya Azira.

‘’Yang sukar selalunya terbaik, awak terbaik dan terindah buat saya,’’ jawab Asyraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience