BAB 3

Family Completed 17457

Arrggghhhh !!! jeritnya sekuat hati. Berharap pergilah segala kenangan pahit yang selalu menghantuinya itu. Air mata yang selalu ditahannya selama ini akhirnya gugur jua membasahi pipi mulusnya.

Nasib baiklah dia duduk jauh dari ramai orang. Oleh kerana dia sudah biasa dengan kawasan Port Dickson ini. Dia sudah tahu dimana mahu mencari tempat-tempat yang sesuai dijadikan tempat melepaskan reasa sakit hatinya.

“Kadang-kadang kita menjerit untuk melepaskan geram dan menenangkan diri. Kita juga akan berasa puas apabila melakukannya. Tetapi semua itu hanya seketika sebab kita akan terfikir semula perkara yang membebankan kita itu. Lalu kita akan kembali gusar”

Ain Azira kaget. Segera dia berpaling. Tak sangka pula ada orang di belakangnya. Kelam-kabut dia mengelap air matanya dengan lengan baju. Tudungnya dibetulkan sedikit.

“Siapa kau? Dah lama ke kau kau kat situ?” tangannya masih lagi mengelap air matanya. Haish!

Buat malu sahaja menangis depan orang.

Lelaki itu segera mengambil tempat disebelah Azira. Gadis itu sedikit menjauh kerana tidak selesa dengan kedudukan mereka.

“ Assalamualaikum. Saya Asyraf. Lamalah juga saya kat sini..” Lelaki itu memperkenalkan sambil tersenyum manis.

Handsome lak ai! Puji hati Azira. Hatinya sedikit terusik namun masih boleh mengawalnya.

Azira kembali memandang laut yang membiru itu. Dia mahu menangis lagi sebenarnya.

Mukannya yang putih itu sudah mula memerah namun ditahan air matanya dari jatuh kepipi. Dia tidak mahu nampak lemah dimata lelaki itu.

“Kalau nak nangis tu. Nangis je lah. Jangan ditahan.” Lembut sahaja suara itu kedengaran di telinga Azira.

Sejurus selepas Asyraf berkata bergitu, meleleh-leleh air matanya keluar semula. Lebih lebat dari tadi. Tak pernah ada seorang pun yang pernah berkata bergitu kepadanya kepadanya sebelum ini.

Semua orang menyangkakan dia seorang yang periang sehingga tiada orang yang sedar apabila kesedihan melanda hatinya. Tesedu-sedu dia menangis. Asyraf yang simpat kepada gadis itu, menghulurkan sehelai kain sapu tangan kepadanya. Berapa minit keadaan dibiarkan begitu.

“Dah lega? Soal lelaki itu apa bila melihat gadis itu sudah lebih tenang.

Azira diam. Senyap tanpa menjawab.

“kalau tak keberatan boleh cerita apa masalah awak. Saya sedia nak mendengar.” Pelawa lelaki itu.

Azira memandang lelaki itu. Mencari kejujuran lelaki itu. Wajah lelaki itu yang telus memaksanya untuk menceritakan masalahnya. Lalu dengan perasaan yang bercampur-baur dia menceritakan masalahnya. Sambil menangis dia melepasakan segalanya.

“Awak yakin ibu awak tak sayang awak?” soal lelaki itu setelah Azira selesai bercerita.

“Tak adalah sayang kata tak sayang. Cuma saya nak katakana yang dia pilih kasih.” Jawab Azira membela dirinya

“saya nak mintak diri dululah ya. Saya tak sepatutnya ceritakan kepada awak. Ini masalah keluarga saya.” Pamit Azira. Dia sebenarnya segan duduk bersama lelaki itu.

Dia berdiri. Langkah kakinya diatur untuk beredar dari situ.

“Ain Azira!” panggil Asraf semula.

Mendengar namanya dipanggil membuatkan Azira berpaling semula.

‘’Eh macammana dia tahu nama a.. aku?’’ soal Azira dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience