BAB 8

Family Completed 17457

‘kita tak payah bertunang ya. Terus nikah sahaja. Nanti esok awak jumpa mama tau. Saya pun tak tahu kenapa mama suruh awak datang. Mungkin nak cakap pasal majlis kita nanti kut.

Sekarang ni saya masih kat jepun lagi. Ada kerja sikit kat sini.” Masih terngiang-ngiang ucapan lelaki itu melalui telefon. Lelaki yang tidak mahu digelar tunangnya. Tetapi mahu dinobatkan menjadi suaminya terus.

Air mata yang sekian lama kering akhirnya kembali gugur. Bukan kerana bahagia tetapi kerana dia kembali terluka.

Puan Darina masuk kedalam bilik anaknya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Azira.

“Azira sayang… kenapa nangis ni. Bukan ke Azira baru balik dari rumah Asyra?” soal puan

Darina sambil mengusap lembut belakang anaknya.

“mama dia….”teresak-esak gadis ini menceritakan kepada ibunya peristiwa yang berlaku dirumah Datin Nora tadi.

“memanglah aunty setuju nak nikahkan kamu dengan Asyraf tapi itu semua sebelum bekas tunang Asyraf dijumpai semula selepas lemas masa mandi sungai tahun lepas.” Terang Datin Nora.

“tapi aunty tak boleh la suka-suka buat keputusan. Macam mana dengan saya dan Asyraf sendiri.

Memang kami baru kenal 9 bulan tapi Kami dah rancang macam-macam..” Azira masih lagi membela perhubungan mereka.

“Aunty tahu akan ada hati yang terluka dengan semua ni. Tapi aunty tak mempunyai pilihan lain.

Ini semua kerana sebuah janji. Aunty dah janji dengan kakak aunty yang kami akan nikahkan Asyraf dengan Liyana dulu. Tapi Liyana hilang. Sekarang dia dah dijumpai semula dan kakak aunty nak tebus balik janji yang dulu. Maafkan aunty yang sayang..” kata-kata Datin Nora menghancurkan semua harapannya.

Air mata jatuh berderai lagi apabila menceritakan kepada ibunya,

“Ya Allah.. kenapa boleh jadi macam tu? Asyraf tahu?” Terkejut Puan Darina mendengar cerita anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience