BAB 4

Family Completed 17457

“Macam mana awak tahu nama saya?” soalnya kehairanan. Seingatnya dia belum lagi memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum. Murah betul dia dengan sentuman.

“boleh duduk semula tak? Kita tak habis cakap lagi, awak dah nak tinggalkan saya.” Pinta lelaki itu.

Azira tidak terus duduk sebaliknya bertanyakan soalan kepada lelaki itu.

“Macam mana awak tahu nama saya. Awak ni orang jahat ke? Kalau awak berani buat apa-apa kat saya saya jerit.” Ugutnya.

“cik Ain Azira. Hotel yang awak menginap tu, hotel milik keluarga saya. Jadi no wonderlah kalau saya tahu nama awak. Kalau saya nak buat jahat kat awak. Saya tak akan buat kat sini.

Buat tercemar nama baik sahaja. Jatuh reputasi. Cepatlah duduk sini.” Ajak Asyraf lagi sambil menepuk-nepuk tempat disebelahnya,

Azira mengalah kemudian duduk semula ditempatnya tadi.

“kacak sangat ke lelaki yang membuat awak kecewa tak dapat kahwin dengan dia tu?”

Ain Azira mengeluh bila mendengar soalan yang ditanya oleh Asyraf, entah mengapa bila dibangkitkan hal itu, dia akan rasa sakit hati yang teramat sangat. “ kacak tu.. biasa-biasa sahaja.

Saya bukan kisah tak dapat kahwin dengan dia, tapi saya kisah kenapa bukan nama saya yang disebutkan.” Luahnya sebak.

Asyraf ketawa,mengundang tanda Tanya buat Ain Azira.

“yang awak gelak tu kenapa? Apa yang lucunya?”

“kelakar melihat keangkuhan awak.” Jujur Asyraf.

Berubah terus riak Azira. “apa maksud awak?”

Asyraf membetulkan kedudukannya. Nafas ditarik, otak ligat menyusun ayat.

“sebelum tu sya nak mintak maaf sebab saya tak pandai nak berkias. Saya akan straight to the point. Saya rasalahkan, awak sebenarnya kisah dapat kwhwin dengan lelaki itu. Mungkin sebab dalam diri awak tu ada sikap takbur. Awak rasa awaklah yang terbaik dan tak ada yang lebih dari diri awak dalam sesuatu perkara tu. Sampai satu saat bila ada orang lain yang dipilih daripada diri awak, awak akan rasa orang tu tak layak kalau nak dibandingkan dengan awak yang jauh lebih baik darinya. Jadi awak tak dapat terima kalau ada penolakan keatas diri awak.”

Tersenyap Azira apabila ditegur sebegitu sekali buat pertama kalinya dalam kehidupannya dia dinilai oleh orang yang tak mengenali dirinya. Yang peliknya, semua yang Asyraf tembak itu memang mengenai tepat kepada dirinya.

“mungkin betul apa yang awak cakap itu. Saya selalu sangat ditolak, sampaikan saya sendiri tidak tahu berapa kali saya ditolak. Saya rasa saya memang layak pun untuk sesuatu itu. Awaktahu tak betapa kecewanya saya bila semua itu berlaku. Rasa macam takdir saya ini memangselalu sahaja mendung. Ibu pun tak pernah hiraukan saya. Saya datang sini pun dengan alasan bercuti.”

Asyraf menggeleng. “mana ada takdir yang selalu mendung. Awak Tanya tak mak awak kenapa dia buat macam tu?”

Gadis cantik itu mengangguk. “Ibu cakap adik kembar saya tu social sikit sebab tu lah dia nak Azila kahwin dengan anak ustazah tu. Saya tetap terasa hati. Ibu memang berat sebelah.”

“awak tengoklah apa yang ada pada diri awak. Awak banyak kelebihan tapi awak tak bersyukur. Awak nak juga sibukkan benda yang awak tak punya. Kita memanglah bukan nabi yang bersifatmaksum tapi tak salah kalau kita ikut sifat mulia baginda rasulullah. Jauhi sifat buruk sangka awak tu. Cubalah husnuzon. Bersangka buruk ni boleh merosakkan hati tau. Dapat dosa pula tu.”

Nasihat Asyraf lagi.

“saya tahu semua tu tapi saya tak boleh terimalah kalau asyik jadi macam ni.” Adunya lagi.

“tengoklah tu. Saya baru sahaja cakap, awak dah ulang semula. Cubalah belajar terima takdir.

Kalau tak macam mana nak bahagia kan?”

Azira terdiam. alamak! Memang kena tepat pada dirinya. Selama ini dia tidak pernah sedar akan keburukan yang ada pada dirinya. Patutlah dia selalu tertekan. Ain Azira menitiskan air matanya. Rasa bersalah pula pada orang tuanya.

Asyraf yang melihat air mata itu mula gelabah. “Cik Ain Azira marah ke? Saya mintak maaf kalau kata-kata saya lagi melukakan hati awak.” Tanyanya kerana dia serba salah melihat kebisuan gadis itu.

Azira pantas menggeleng. “no… just selama ini saya tak pernah sedar penyakit buruk sangka dan takbur saya ini dah sampai ke tahap kritikal sebenarnya. Dia tidak dapat menahantangisannya lagi.

“Eh ! jangan lah nangis. Saya mintak maaf ya. Saya janji saya tak akan komen apa-apa lagi. Janganlah nangis.”

Ain Azira menyeka air matanya.buat pertama kalinya dia menemui dimana kekhilafan dirinya selama ni.

“tak. Awak tak salah. Saya yang salah. Betul semua kata-kata awak tu. Saya memang tak tahu bersyukur. Allah mesti marah sengan saya. Saya rasa saya ni kufur nikamat. Saya malu dengan diri saya sendiri.”

Belum sempat Asyraf mebuka mulut, tiba-tiba Ain Azira bangkit dan melarikan dirinya. Semakin jauh dan jauh. Tak sempat dia menghalang gadis itu. Panggilannya juga tidak dihiraukan.

Akhirnya sekali lagi dia akan merasai kehilangan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience