BAB 2

Family Completed 17457

Tahun demi tahun berlalu, kini dia, kakak dan adik kembarnya suadah pun berganjak 24 tahun dari usia mereka. Kakak kembarnya, Ain Amira telah mendirikan rumahtangganya tahun lepas.

Saat keluarga abang Zafril datang merisik suatu masa dahulu juga merupakan memori yang menyedihkan buat Ain Azira.

Apa yang Azira tahu. Ada tetamu datang kerumahnya. Selepas bersalaman dia pun naik semula kebiliknya. Setengah jam berlalu, dia terpaksa turun kebawah semula untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dapur.

Namun, langkanya terhenti apabila dia hampir melepasi anak tangga yang terakhir. Dia bersandar didinding tangga itu selepas mendengar namanya disebuat dalam perbualan mereka.

“Oh.. saya kalau boleh memang nak kan si Azira tu. Dengarnya dia sekolah agama dulu.” Suara tetamunya itu kedengaran.

La.. mak cik ni nak meminang aku ke. Teruja sikit perasaannya.

“Betullah tu. Dia memang bersekolah agama dulu. Di Port Dickson. Saya tak kisah.. tapi, saya kalau boleh tak mahulah dia langkah bendul pula.” Luah Puan Darina.

Azira masih belum dapat manangkap maksud yang tersirat dan tersurat dalam kata-kata ibunya itu. Dia musykil juga mengapa ibunya menolak anak tetamunya itu. Sedangkan keluarga mereka bukannya kisah pun langkah bendul atau tidak. Ibunya juga langkah bendul. Sampai sekarang Mak tuanya belum berkahwin. Andartulah jadinya.

“Kalau dah macam tu nak buat macam mana kan? Tak apalah, bukan jodohlah tu. Saya terima sahaja. Saya faham..” Jawab tetamu itu. Kecewa sahaja bunyi suara itu.

Menyeri tetamunya itu sudah berkecil hati. Puan Darina kembali pada niatnya. “saya bukan tak nak. Saya juga berkenan dengan si Zafril tu. Saya tahu dia tu bekerjaya. Dan saya rasa dari semua segi dia memang sesuai berpasangan dengan anak sulung saya, Ain Amira.”

Cadangan Puan Darina itu membuat dia tersentak. Dia ditolak mentah-mentah kerana Ain Amira? Ya Allah! Tertekannya dia bila sekarang Ain Azila pula yang langkah bendul. Hari itu bukan main lagi menolaknya kerana langkah bendul dijadikan alasan. Sekarang apa sudah jadi?!

Batu yang berada ditangannya itu dilempar sekuat hati. Akhirnya dia terduduk lemah. Dia kini ibarat diluah mati bapak, ditelan mati mak.

Azira bukannya seorang pendendam apatah lagi pengungkit. Tapi dia sikit pun tak pernah lupa kenangan pahitnya. Semua berkaitan dengan pernyingkiran ke atas dirinya. Dari zaman kecil lagi nasibnya memang bergitu. Selalu disingkir dan disisihkan. Apakah memang takdirnya berjalan tidak begitu indah? Dia masih ingat beberapa situasi dimana dia rasa seperti disingkirkan.

“Azira.. nanti esok cakap dengan ibu. Awak dah tak masuk tarian lagi. Jadi tak payah datang latihan. Cakap dengan ibu juga yang cikgu gantikan tempat kamu dengan Amira. Faham?” itulah kata-kata guru tadikanya dulu.

“Azira, ibu dan ayah tak belikan baju sejuk untuk Azira tau. Tak jumpalah. Nanti pakai sahaja baju lama amira.” Arwah ayahnya yang meninggal kerana kemalangan tiga tahun lepas juga begitu. Mengapa tidak jumpa baju untuknya. Sedangkan untuk Amira dan Azila boleh pula dibelinya.

Kalau dulu dia tidak boleh berfikiran matang memang dia anggukkan sahaja apa yang dikatakan oleh orang tuanya. Sampaikan apabila dia meminya sesuatu kepada mereka.

Dialog mereka sama sahaja. “ibu tak ada duit.” “ayah belum gaji” “benda yang Azira minta tu kak Mira dah ada, pinjam sahaja kat dia.” Dan macam-macam lagi. Malas nak ingat!

Belum lagi ketika bersekolah rendah. “Azira, awak disingkirkan dari sukan hoki ini sebab pemain dah cukup.” Memang menangislah dia selepas mendengar kata-kata guru sukannya itu.

Punyalah dia menyimpan harapan untuk mewakili sekolah dalam sukan itu akhirnya dia pula yang dikeluarkan.

Saat keputusan UPSR mereka keluar. Amira dan Azira mendapat 5A manakala Azila pula hanya mendapat 2A. tang dia tidak fahamnya mengapa pula Azila yang mendapat hadiah dari orang tuanya. Bila ditanyakan, Puan Darina menjawab yang dia bangga melihat Azila berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Huh? Tak faham betullah!

Tambahan pula, dia saja yang dihantar bersekolah dia asrama. Lagilah dia disisihkan dari keluarganya. Bila diasrama pula, dia selalu berkawan dengan manusia yang jenis ‘kawan tinggal kawan’ ataupun ‘senang besama-sama, susah? Lantak kaulah!’. Ditambah pula dengan seorang pelajar yang suka memburuk-burukkannya kerana kekasihnya meminati Azira. Lagilah mahu pecah kepalanya menghadapi dugaan itu. Akhirnya pantailah ditujunya untuk menenangkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience