BAB 7

Family Completed 17457

Bump! Tidak semena-mena asyraf terlanggar troli dihadapannya.itulah jadinya bila sudah lama tidak ke supermarket. Makcik yang baru sahaja keluar dari bahagian bahan basah itu juga terkejut sama.

“maaf makcik.” Pinta Asyraf.

“eh. Tak apa. Salah makcik juga. Jalan nak tengok-tengok dulu. Main redah aje.” Tutur makcik itu juga.

“Ibu.,” kedengaran satu suara yang sedang memangil wanita itu dari belakang.

Hai.. macam familiar sahaja suara tu. Bisik hati Asyraf.

“Eh Azira,.. awak buat apa kat sini?” soal Asyraf.

Ha! Kan dah kata macam familiar. Mereka kan dan 3 bulan berkawan. Tak akanlah dia tidak kenal suara wanita yang selalu diperhatikan olehnya dalam diam itu.

“Eh Asyraf. Saya tengah jalan-jalan beli kereta kat sini.” Sempat pula gadis itu menyindirnya, siap dengangayanya yang pura-pura tekejut itu.

“amboi.. loyar buruk nampak.”

Ain Azira tersengih. “ tadi saya teman ibu pergi beli barang dapur. Ye lah nak harap kan siapa lagi. Semua sudah kahwin.” Beritahunya. Menyedari ibunya yang memandang Asyraf dengan penuh tanda tanya Azira pun membuka mulut. “Ibu.. kenalkan ini Asyraf. Kawan Azira.”

Asyraf tunduk tanda hormat kepada wanita itu. Mendengar kata-kata Azira tadi dia yakin bahawa Azira sudah menerima segala keputusan ibunya.

“Jadi inilah dia pengarang jantung Azira. Sampai ibu ajak turun makan pun tak mahu. Erm.

Pandainya Azira memilih ya.” Usik Puan Darina.

Azira membulatkan matanya ke arah ibunya. ‘haish ! ibu ni. Bocorkan rahsia pula’ itulah maksud dari pandangan itu kalau boleh ditafsirkan.

Asyraf hanya mampu tersenyum melihat kemesraan anak beranak itu. Namun jauh dipelusuk hatinya, dia sangat bahagia kerana yakin dia tidak bertepuk sebelah tangan “Bila nak hantar rombongan meminang Azira? Mak cik menunggu aje kat rumah tu.” Gurauan Puan Darina itu membuatkan mereka berdua tersentap.

“ibu..” tegur Azira. Malu pula dia dibuatnya.

Puan Darina hanya mampu menggeleng. “dah suka tu, cepat-cepatlah bagitahu makcik. Nanti bolehlah buat persedian nak terima menantu lagi.” Usiknya lagi. “Ish.. dah lah tu. Ibu nak beli beras pula ni. Bye Asyraf.”

Sambil menarik tangan anaknya mereka pun beredar dari situ. Namun masih sempat Asyraf menggunakan bahasa isyarat bawa dia akan menghubungi gadis itu malam nanti. Azira tersenyum senang dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience