BAB 1

Family Completed 17458

Saat dan ketika ini, pandangan di hadapannya saja bisa mengubat jiwanya. Ain Azira memandang laut yang terbentang luas dihadapannya. Ketenangan laut itu tidak mampu langsung menenankangkan hatinya yang telah berkecamuk hebat angkara sikap ibunya.

Mengapa harus dia yang dipinggir lagi? Dia bukannya tidak punya perasaan. Dia juga tahu bagaimana rasa sedih dan kecewa. Namun, demi menjaga hati orang sekelilingnya perasaan itu selalu ditahan sehingga menjadi bekam didalam hati.

Masih terlayar diruangan ingatannya perkara yang berlaku semalam sehingga menyebabkan dia terluka kembali seperti dulu.

“Kami datang hendak memetik bunga yang ada dirumah ini.” Ucap wanita separuh abad itu kepada ibunya.

Puan Darina tersenyum. “Kat rumah ni tinggal dua kuntum sahaja bunga yang ada. Nak yang mana satu?” soalnya ramah

Ain Azira sudah tersenyum didapur. Sempat dia membuat perangai tidak eloknya itu, mencuri dengar perbualan orang tua. Bukan dia mahu menjadi ibarat perigi mencari timba tetapi dia sangat bersyukur jika dapat bersuamikan anak Ustazah Arifah, tetamu ibunya itu. Sekurang-kurangnya dapatlah dia memperbaiki dirinya kelak.

“Entahlah, akak tak kisah. Akak ikut aje kata Darina. Darina bagi, akak ambil.” Suara Ustazah

Ariffah pula kedengaran.

Ain Azira makin gelisah. Dia yakin, dia akan dipilih kerana kakak kembarnya suadah berkahwin.

Kini tinggal dia dan adik kembarnya sahaja. Rasa mahu tercabut sahaja jantungnya menanti namanya disebut oleh Puan Darina.

“Kalau macam tu, saya cadangkan ustazah ambillah Ain…”

Dadanya sudah berdegup mengeluarkan irama yang indah. Bibirnya juga sudah menghasilkan senyuman yang lebar menanti Puan Darina menyebut nama penuhnya.

“Ain Azila. Anak bongsu saya. Saya yakin Hairi boleh jaga dia dengan baik.”

Senyumannya mati saat mendengar nama adik bongsunya pula yang disuakan oleh ibunya. Ain Azira menjadi kaku. Apa semua ini? Mengapa adiknya pula yang menjadi pilihan ibunya.

Nafas ditari sedalam dalamnya. Dia mahu melupakan semua itu. Lelaki itu juga akan bergelar adik iparnya nanti. Memang dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Sesungguhnya dia terluka dengan semua hakikat yang harus diterima kerana harapannya kini Cuma tinggal dalam ruangan fantasi.

Batu-batu dilemparkan kedalam laut. Dia berharap dapat melepaskan segala bebanannya.

Dia tidak mahu terlalu bersangka buruk. Namun, apabila terjadi lagi penyingkiran keatas dirinya akan mengakibatkan semua kenangan pahit berada di ingatan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience