BAB 11

Family Completed 17457

Deruan Angin dilaut ini sangat menyamankan. Ain Azira duduk diatas batu. Setitis demi setitis air matanya jatuh kedalam laut masin itu. Tanayalah air matanya. Sedah lama ditahan mahu keluar. Sebulan yang lalu dia berlagak seperti seorang yang kuat kononnya tidak akan menitiskan air mata lagi. Namun, siapa yang mampu menahan air mata bila mengenangkan hari ni merupakan hari pernikahan Asyraf.

Dalam masa sebulan menghilangkan diri. Ain Azira langsung tidak kesitu. Dia tahu Asyraf akan mencarinya nanti. Namun memandangkan hari ini hari dimana lelaki itu akan sibuk dengan majlis pernikahannya. Azira munculkan dirinya disitu kerana dia yakin lelaki itu tidak akan kesitu, tidak pernah akan bersama dengannya lagi selepas ini. Mengalir lagilah air matanya.

“Tenang sayang, kupasti akan datang, yakinlah aku menjemputmu.. jangan menangis, hapus air matamu, yakinlah ku tetap milik mu…”

Suara itu! Lagu itu! Cepat-cepat dia berpaling. Melihat sahaja manusia dibelakangnya, laju sahaja tangannya mengelap air mata.

“Apa awak buat kat sini?” soal Azira acuh tak acuh.

Matanya sudah tidak sanggup memandang lelaki yang sudah segak berbaju melayu putih itu.

Baju nikah la tu!

“Suka hati sayalah nak buat apa kat sini. Bukannya pantai awak pun..” sindir lelaki itu.

Mesti dia datang nak berbulan madu kat sini. Lebih baik aku blah dari sini. Gumam hati kecil wanita itu. Dia pun menyiapkan diri untuk beredar dari situ. Namun belum sempatdia jauh dari situ. Dirinya sudah dihalang oleh tubuh sasa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience