BAB 9

Family Completed 17458

Baru dia sedar yang selama ini dia jarang melihat tangisan Azira.Ya! kini dia akui. Memang selama ini dia kurang memberi perhatian kepada Azira kerana dia terlalu yakin Ain Azira seorang anak yang baik, taat, dan sentiasa mengikut permintaannya. Rupanya dia silap!

Sampailah satu hari anaknya berterus terang ketidakpuasan hatinya. Puan darina mengakui kesilapannya.

Tangisan Ain Azira makin menjadi-jadi.

“Apa yang dijanjikannya? Tak boleh batal ke?” tanya Puan Darina lagi.

“dulu perniagaan papa Asyraf hampir muflis. Mak long dia yang tolong. Sekarang ni, diorang nak balas jasa baik mereka la tu. Entah tah! Azira pon tak faham la.. yang Azira tahu. Diorang pernah bertunang sebelum ini.” Tersedu sedan dia menjawab soalan ibunya.

“Asyraf tahu tak?”

“Dia tak tahu lagi. Datin Nora akan bagitau nanti. Azira memang tak nak bagi tahu dia.”

“kenapa pula”

Azira menahan matanya dari terus menangis. “Azira tau, kalau Asyraf tahu pasti dia tak setuju.

Biar Azira sahaja yang bekorban. Azira sanggup.”

Puan Darina mengerutkan dahinya. “sanggup apa kalau macam ni keadaannya?” marahnya.

“Azira tak mahu keluarga Asyraf jadi orng yang mungkir janji. Itukan ciri-ciri orang munafik.

Lagipun Azira yang baru muncul dalam hidup Asyraf. Azira sedar yang Azira ni hanya pilihan kedua dan bila pilihan pertama sudah ada. Tentu-tentunya Azira disingkirkan.” Tangisnya lagi.

Puan Darina juga turun mengalirkan air matanya. “kesian anak ibu ni. Dulu ibu pun selalu buat macam tu kat Azira. Sekarang Azira bagitahu kat ibu. Apa yang ibu boleh untuk tebus semua salah ibu? Azira nak ibu jumpa Asyraf atau Datin Nora?”

“tak! Azira tak mahu semua tu. Asyraf sendiri pernah cakap, Azira kena belajar untuk menerima kenyataan. Mungkin ada hikmahnya. Sebab Asyraf, Azira rapat dengan ibu sekarang ni. Asyraf yang banyak bagi nasihat kat Azira selama ini. Cuma sekarang ni Azira nak mintak sesuatu daripada ibu. Izinkan Azira pergi dari KL ni boleh?” pintanya.

Walaupun keberatan. Puan Darina tetap mengangguk. Mungkin Azira akan tenang di tempat lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience