Bab 15

Humor Completed 23733

BAB 15

Dua hari aku tak masuk ofis. Hari ni aku start kerja balik. Tenangkan fikiran Hurin. Buat macam biasa je ok. Zara dan Shira menjerit namaku bila aku membuka pintu. Ish..macamla aku hilang bertahun-tahun.

“Weh..ko pergi mana ni? Alih-alih minta cuti. Ko kawin ye?”, Shira tersenyum memandang.

“Ye la tu. Alahai..baru dua hari je aku tak datang.. keje dah berlambak-lambak. Ish...niyang tak tahan ni”, belum start buat keje aku dah penat tengok fail bertimbun-timbun katatas meja.

“Baik ko cakap kat kitorang.. Ko pergi mana ni?”, Zara masih tidak puas hati.“Aku saje je ambil cuti. Kan mak ngan abah aku datang”, aku senyum je. Zara dan Shirahanya berpandangan. Muka tu aku tau tak percaya.

“Ok...silakan ke tepi. Cik Hurin Ain Syazwin nak buat kerja sekarang”, aku terusmeyimpan beg dalam laci dan mengadap pc kesayanganku.

“Sepanjang aku takde, ade orang cari aku tak?”

“Ada..makcik yang jual kerepek kat bawah tu”, opss....

“Alamak..aku lupa nak bayar ar masa aku beli kerepek kat dia hari tu. Aku takde duitkecik”, aku menggeleng kepala. Hari tu lepas keluar makan ramai-ramai ngan Tengkorak tu aku singgah beli kerepek kat makcik tu. Ye la..kan aku protes tak nak makan. Alih-alih perut aku buat pancaragam la pulak. Lapar sangat. Nak tak nak habis la jugak dua bungkus kerepek ubi pedas makcik tu aku makan sambil mulut aku tak berhenti mengutuk Tengkorak tu dengan makcik kerepek.

“Oh ye..buat pengetahuan korang, aku dengan Zafril dah takde ape-ape tau. Zero feeling!” Shira dan Zara memandang muka aku selamba. Aik..tak terkejut pun?? Dahtahu ke?

“Oi..korang tak terkejut ke??? Ke korang dah tahu?”, aku konfius.“Emm…tak la. Well, kalau ko dah cakap takde ape-ape lagi dengan Zafril buat apakitorang nak terkejut. Lagipun aku tengok kau dengan Zafril tak berapa padan sangat .Kalau Zafril dengan Tengku Maisarah tu kira ok la.

”What???? Aku tak padan dengan Zafril? Sabar Hurin.....Sabar....

“Emm..aku pun tak kisah la dia nak couple dengan siapa. Lagipun aku bukannya sayang sangat kat dia dulu.’’

Aku sedaya upaya mengawal perasaan. Sampai hati Shira cakap macam tu. Dah la sebut nama Tengkorak tu pulak. Sakitnya hati.

“Ha..lepas ni tak payahla kau nak jeles dengan Tengku Maisarah tu ye”, saranan Shira ni aku tak rasa aku boleh ikut.

“Emm...ok la..aku nak keluar kejap jumpa client", Zara berlalu pergi. Shira pun turut sama bergerak ke tempat duduknya. Aku termenung sendirian. Betul ke aku tak kisah?

Tidak, aku kisah sebenarnya. Aku tak padan dengan Zafril ke? Shira dan Zara sendiri cakap macam tu..Sudah sebulan aku tak pernah bersua muka dengan Zafril. Nak tanya pada Shira aku malu.

Ye la.. mesti Shira cakap buat apa aku nak ambil kisah pasal Zafril lagi. Tapi akurindu la kat dia. Dapat tengok muka dia dari jauh pun takpe. Kata nak jadi kawan? Inisms pun tak pernah bagi. Takkan aku yang nak bagi sms dulu kot. Malu la.

“Oi..termenung ye? Dah sampai mana?”]

Shira ni..buat aku terkejut je. Aku mencebik.Malas nak layan.

“Emm..kau nak tau tak pasal bos kata nak buat camping. Tempat tak sure lagi”, Shira tersenyum girang. Dia ni part-part adventure macam ni memang dia minat gila.

“Bila?”, aku mula rasa seronok.

“Maybe minggu depan. Eee..bestnye Hurin. Kau ingat tak waktu kita camping kat JandaBaik masa kat U dulu. Syok tak terkata.”

“Ye la...ingat tak time tu Radzi luahkan perasaan dia kat aku. Mengadap air tejun sambiltu dia jerit Hurin, aku cinta padamu. Uwekkk..dia ingat aku feeling habis kat dia. Muka aku ni dah tak tau nak letak kat mana. Boleh gila aku mengadap mamat jiwang sorangtu”, aku dan Shira ketawa tak ingat dunia. Memang benda tu sangat memalukan bagi aku.Tak romantik langsung. Geli geleman tahap gaban.

“Lepas tu kau ingat tak kita letak katak pisang dalam beg 'Maya Ayam' gedik tu. Melompat-lompat dia sampai tersadung kat akar pokok”, aku dan Shira sambung ketawalagi. Sampai berair mata. Yela. Maya Ayam. Dah lama tak dengar citer pasal dia. Suka-suka aku je terbalikkan nama dia jadi ayam. Hahahaha..... Ye la time tu dia punya jeleskat aku sampai aku naik lemas. Padahal aku tak layan pun Radzi yang angau sangat tu.

“Amboi seronok ketawa”, suara yang sangat aku kenal tiba-tiba muncul di belakang.Zafril! Aku terus terdiam.

“Hai Hurin, Shira. Apa yang You all ketawa sampai tak perasan kami masuk ni”, Zafril selamba duduk di sebelah aku sambil tersenyum. Di sebelahnya ada Tengku Maisarah dan Muniandy.

“Takla..Kitorang teringat zaman kat U dulu. Masa camping kat Janda Baik. Pasal Radzi, pasal maya ayam..hahahahaha”, Shira sambung ketawa. Aku cuma tersenyum sahaja.Apesal aku jadi ais ni????

“Oh ye ke? Well, mesti best kan zaman you all kat U dulu. Waktu I dan Zafril kat oversea dulu pun sama. We all memang minat giler aktiviti-aktiviti macam tu,’’ Zafril tersenyum melihat Tengku Maisarah khusyuk bercerita. Mesti diorang bahagia sekarang kan berdua.Aku je la makan hati ulam jantung pisang cicah sambal belacan. Waaa…

“Aiyooo Hurin, baru hari ni saya nampak awak ketawa. Selalu tu muka banyak masam juga”, aku tersenyum kelat. Ala Muniandy ni.. Zafril memandang pada aku. Aku ape lagi senyum je la lagi.

***

Pagi ni aku bersiap sedia untuk pergi camping. Perasaan aku? Campur-campur. Pertama seronok sebab tak sabar nak camping pastu boleh mandi air terjun.Kedua tak syok sikit sebab Zafril dan Tengku Maisarah pun ikut sama. Nak tak nak aku kena sabar je la.

“Banyak nya barang yang ko bawak ni Zara. Ko nak pindah kat dalam hutan tu ke?”,terkejut aku tengok barang Zara. Ni kalau tidor satu khemah penuh dengan barang dia je.

“Ala, aku tak bawak banyak sangat pun”, Zara mencebik. Macam aku tak tahu Zara ni.Feminin habis. Tapi yang lawak tu dia still suka pergi camping-camping macam ni tapimacam ni la gayanya. Kalau boleh bawak semua barang kat rumah dah lama dia bawak.

“Hai”, Tengku maisarah muncul di belakang aku.

“Hai”, Zara tersenyum girang. Zara berlalu bila Shira menjerit dari jauh meminta bantuan Zara mengangkat barang-barang. Sekarang tinggal aku dengan Tengku Maisarah. Aku menarik nafas. Cuba mencari kekuatan. Ye la. Sampai bila aku nak bermasam muka dengan dia. Aku tak suka la gaduh-gaduh.

“Hai Tengku”, aku cuba mempamerkan senyuman semanis mungkin. Tengku Maisarah tidak mengendahkan aku.

“Tengku, saya nak minta maaf kalau saya ada sakitkan hati Tengku, tapi saya dah tak nak bermasam-masam muka macam ni lagi”, Tengku Maisarah memandang tepat pada mukaaku.

“Well, I tak layan perempuan macam you ni”, Tengku Maisarah terus berpaling dan berlalu. Perempuan macam aku? Eee...sabar Hurin.

“Hurin...”, Shira yang muncul tiba-tiba menarik tangan aku.

“Apesal?”, apehal si Shira ni?“Hurin, kau nampak tak siapa yang berdiri tepi Zafril tu??? Macam abang CIMB aku je”,aku memandang ke arah yang ditunjukkan Shira. Ha a la...

“Hurin, ape dia buat kat sini ha?”, Shira dah tak mampu nak selindung rasa gembiranya.

“Hai girls...come..I kenalkan you all dengan my cousin, Hanif, Mohd Hanif Ashman. Dia join camping kita ni,’’ ooo sepupu bos aku rupanya.

“Hai.. I selalu nampak you kat makan kat Pertama”, kata-kata Hanif membuat Shira tersenyum gembira.

“I pun selalu nampak you”, dah mula dah. Ape-ape aje la Shira.

Cantiknya alam ciptaan Tuhan. Sepanjang perjalanan aku tekun melihat pemandangan di sekeliling aku. Tak sanggup aku nak tengok adengan kat belakang tu. Kami pergi menaiki bas. Sampai sahajadi kawasan perkhemahan kami dibahagikan tugas masing-masing. Zafril, Hanif dan bosaku memasang khemah. Shira, Zara dan aku ditugaskan memasak makanan untuk makanmalam nanti. Tengku Maisarah dan Muniandy dan Kavitha tunang Muniandy mencar ikayu api.

Tapi Tengku Maisarah memberi seribu satu alasan untuk tidak pergi mencari kayu api. Dia lebih suka memasak katanya. Nak tak nak aku yang paling tak pandai memasak antara semua pun terpaksa la bertukar tugas dengan Tengku Maisarah.

Tengku Maisarah hanya tersenyum sinis melihat aku menjinjing guni. Whatever!!!!Malam tu kami makan sambil menyanyi. Aku tengok Shira dan Hanif macam dah tak boleh nak dipisahkan. Hai...termakbul jugak impian Shira.

Akhirnya dapat juga dia kenaldengan abng CIMB-nya. Zara sibuk mencari line hpnya. Dalam hutan mana nak dapat line kak oi. Zafril dan bos aku rancak berbual. Di sebelahnya Tengku Maisarah sekadar menjadi pendengar. Aku berlalu dan duduk di tepi air terjun. Nyaman betul. Tapi kalautengok ke bawah memang seram sikit. Tinggi ni.

“Hai”, suara Tengku Maisarah yang menyapa aku membuat aku terkejut. Aku cuma tersenyum dan mempersilakan dia duduk.

“I cuma nak ingatkan you, I akan buat apa sahaja untuk pastikan Zafril jadi milik I”sombong betul.

“I dah tak kisah. Lagipun I dengan Zafril dah tak ada apa-apa”, aku bersuara tenang.Cuba mengawal emosi.

“Huh...You ingat semua sukakan you ke? I benci tengok muka you tahu”

“I tak suruh you minat tengok muka I. Kang orang kata lesbian pulak kang”, selamba aku bagi setepek dengan minah ni. Ikutkan hati malas nak layan. Aku terus bangun.

“Nanti dulu Hurin. I bukan saje benci dan kalau boleh I nak You lenyap dari muka bum ini”, dia terus menarik tangan aku.

Aku meronta-ronta melepaskan diri. Dan aku tidak sedar bila dia jatuh ke dalam air terjun. Jantung aku seakan terhenti bila melihat tubuh nyamelayang jatuh. Tengku Maisarah yang kelemasan menjerit meminta tolong. Belums empat aku berbuat apa-apa Zafril sudah terjun ke dalam air menyelamatkan TengkuMaisarah. Ya Allah..janganlah jadi apa-apa pada Tengku Maisarah. Aku berdoa dalam hati. Aku terus berlari menghampiri Zafril yang mengangkat tubuh Tengku Maisarah.

“Tengku, Tengku tak apa-apa?”, takut aku melihat keadaanya. Zafril berusaha menyedarkan Tengku Maisarah dari pengsan

.“Macam mana boleh jadi macam ni Hurin?”, Zara memandang pada aku.

“Aku...aku tak tahu.. Dia......”, belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku Tengku Maisarah sedar semula. Lega sedikit hati aku.

“Argh..Hurin...Hurin..jangan Hurin......”, tiba-tiba Tengku Maisarah seperti meracau-racau. Aku tercengang. Kenapa? Zafril berusaha menenangkan Tengku Maisarah. Aku diam tak terkata apa.

“Hurin...Hurin..sam...sampai hati awak Hurin.....”, Tengku Maisarah menangis teresak-esak. Apa yang aku buat? Seingat aku dia yang menarik tangan aku...dan lepas tu...aku tarik balik.....

“Hurin....apa salah saya Hurin? Apa salah saya sampai awak nak saya mati? Awak tolak saya Hurin? Kenapa?”, aku terkejut yang amat sangat. Bila masa pulak aku yang tolak dia? Aku menggeleng-geleng kepala.

Semua mata memandang ke arah aku.

“Saya dah cuba nak berbaik dengan awak... Tapi awak.. kenapa awak bencikan saya sangat Hurin?”Aku tergamam diam membisu, mati akal seakan tak percaya, kenapa mulut aku kena plaster ni?

“Hurin!!! Kenapa kau sanggup buat sampai macam ni sekali?”, pertanyaan Zara seakan-akan aku yang bersalah.“Aku...aku tak buat apa-apa pun. Tengku, kenapa tuduh saya sampai macam ni sekali?Tengku yang tarik tangan saya..lepas tu saya tak tahu macam mana Tengku boleh jatuh”,aku berusaha menunjukkan aku tak bersalah. Betul!! Kalau aku buat aku mengaku tau.

“Hurin, aku tahu kau benci dengan Tengku tapi takkan sampai membahayakan nyawa dia?”, Shira menggeleng-geleng kepala. Aku memandang Zafril.“Awak, saya tak buat.....”, terasa air mata aku akan jatuh bila-bila masa sahaja.

“Sudahla tu. Yang penting Tengku selamat”, Zafril pun tak percaya kat aku??? Semua ingat aku yang tolak Tengku?

Aku duduk dalam khemah aku sendirian. Puas menangis. Rasa nak balik malam ni jugak.Semua orang salahkan aku. Zara dan Shira pun tak bercakap sepatah pun dengan aku.Malam tu aku langsung tak boleh tidur.

Esok paginya, aku terasa seperti disisihkan. Sabar Hurin.... Kau tak bersalah. Buat apa nak takut?

Entah macam mana, aku jatuh tersadung bila kaki aku tersangkut pada akar pokok. Apalagi..menjerit la aku. Sakit. Aku terduduk. Bila aku tengok lutut aku berdarah lagi la terasa sakit. Cuba untuk bangun tapi pergelangan kaki aku sakit sangat. Sedihnya tak siapa pun yang datang menolong. Aku berusaha untuk bangun. Zafril menghampiri aku.

“Hurin, sakit tak?”, Zafril kelihatan risau. Aku jadi sedih tiba-tiba.

“Mari, saya papah awak ke sana”, aku menolak pertolongannya. Takpela..Aku boleh jalan sendiri walau terhencot-hencot. Zafril hanya memandang pada aku.

“Shira, macam mana dengan Tengku? Dia dah OK ke?", aku duduk di sebelah Shira.

“Entah”, Shira hanya mengangkat bahu. Sedih aku bila Shira layan aku begini. Kawan sendiri pun dah tak percaya. Zara di sebelah langsung tak menghiraukan aku.

“Korang tak percaya kat aku ye? Dah berapa lama kita kawan? Takpela.Tapi satu je aku nak bagitau korang...selama ni kalau aku marah sekalipun, rasanya naik suara pun aku tak pernah buat. Inikan pulak nak bahayakan nyawa orang.’’

Aku berusaha bangun. Lega akudapat meluahkan apa yang ada dalam hati aku. Shira dan Zara hanya diam membisu.Tengku Maisarah aku lihat berdiri di bawah pokok memandang tepat pada kami. Aku menghampiri Tengku. Tiba-tiba aku terlihat seperti dahan pokok itu meliuk-liuk seakan-akan hendak jatuh. Aku berusaha berlari sambil menjerit pada Tengku Maisarah. Dan lepas tu yang aku hanya ingat kepala aku sakit sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience