Bab 12

Humor Completed 23733

Bab 12

“You Hurin kan?,’’ terkejut aku apabila Tengku Maisarah menegur aku dalam toilet. Bilamasa pulak la dia masuk dalam toilet ni. Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum.Buat-buat tak cam aku konon.

“Dah lama kenal Zafril?”

“Tak lama juga,’’ Tengku Maisarah hanya memandang sinis pada aku. Aku sedaya upaya memaniskan muka.

Eleh..tak heran. Setakat dalam toilet ni nak berlagak ngan aku baik tak payah.

“Well Hyurin, I ni jenis yang berterus-terang. I mengaku yang I sukakan Zafril. Kami pun dah lama kenal. I tak tahu macam mana dia boleh sukakan you. Maybe dia hanya boring sebab I’m not around. Lepas parents I meninggal, I terlalu busy sampai takde masa nak temankan dia. But now I want him back.’’

Amboi, tercengang aku mendengar kata-kata minah ni, amboi sedap hati dia pula sembur aku dengan kata-kata hinaan. Ikutkan baran aku dah lama minah ni kena balut dengan tisu tandas.

“Okaylah, bare in mind that by the end of the day I’ll always get what I want,’’ ujar Tengku Maisarah sebelum berlalu dengan lenggang gediknya.

Aku terdiam seketika. Seumur hidup aku tak pernah aku kena buli macam ni. Aku buli orang ader la. Ciss..tapi yang pastinya sejak kejadian tu aku jadi tak senang duduk. Kejap termenung..kejap mengelamun…eh sama la tu.

Panggilan dari Zafril aku tak jawab. Takder mood langsung. Dalam kepala aku ni sibuk memikirkan kata-kata Tengku Maisarah. Zafri lhanya nak mainkan aku je ke??

Antara aku dengan Tengku Maisarah, macam mee goreng mamak dengan spaghetti. Sama tapi tak serupa. Yang samanya dua-dua pompuanla. Belum masuk tournament lagi aku sah-sah K.O. Takkan Zafril pilih aku berbanding dengan dia. Bila fikir hakikat ni, buat aku rasa nak nangis. Kenapa la aku jadi lemah macam ni? Wake up Hurin Ain Syazwin.

“Weh..ko ni nape? Semenjak dua menjak ni ko diam je. Selalunyer pagi-pagi lagi dah dengar mulut ko tu macam itik. Sampai pak guard bangunan sebelah tu pon ko bolehduduk bersembang.’’

Syira duduk di sebelah aku membawa bungkusan nasi lemak. Ada tiga. Satu tu mesti aku punye.

“Takder apela”, aku mengeluh. Nak citer kat Syira dengan Zara ke ha?

“Jangan nak tipu lah,’’ Zara menuang air milo dalam cawan.

Korang rase kan, aku ni ok tak?”, Syira dan Zara terkebil-kebil memandang aku.

“Eh..ko tak ok ke? Kalau ko tak ok dah lame dah kitorang antar umah sakit jiwa”, Syira ketawa. Okay, tak kelakar dan aku tak mampu nak ikut gelak.

“Bukan tu la. Maksud aku, aku ni menarik tak?” Beria aku nak dapatkan jawapan dari Syira dan Zara.

“Emm....”, Zara membelek aku atas dan bawah.

“Nak kata menarik, aku lagi cantik. Tapi kalau setakat mamak cendol depan tu ko nak ngorat lepas lah,’’ Zara selamba menyuap nasi lemak. Eee..aku tanye elok-elok dia main-main pulak.

“Tak nak la cakap ngan korang!”, aku menarik muka.

“Eleh rileksla. Gurau sikit pun tak boleh. Cuba ko cakap kat kitorang ni ape problem ko yang sebenarnya? Ni mesti ade kaitan ngan Zafril ni”

aku mengangkat bahu.

****

“Sayang, kenapa ni?”Zafril bertanya lembut. Dah 2 hari aku mogok tak cakap dengan dia. Tapi hari ketiga ni tangan aku gatal angkat call dia.

Mestidia anggap aku macam budak-budak. Tak matang langsung. Asyik nak merajuk je. Tak macam Tengku Maisarah.

“Takde ape-ape”, aku terus diam.

“Kita keluar malam ni. Awak siap. Saya ambil awak kat rumah okay?’’

Apa aku nak jawab ni? Nanti kalau aku keluar ngan dia mesti dia tanya aku macam-macam.

“Ala, malas la. Baju tak iron lagi. Esok nak gi kerja”, aku berdalih. Tak logik betul. Padahal aku bukannya iron baju malam-malam. Pagi nak pergi kerja baru aku kelam kabut cari iron.

“Hurin Ain Syazwin, saya dah ade kat depan rumah awak sekarang ni” tegas Zafril bersuara. Alamak.. dia ada depan umah dah. Aku menyelak langsir. Memang ye la. Nak tak nak aku kena keluar gak ni. Ish…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience