Bab 2

Humor Completed 23733

BAB 2

Keceboom… Oh no..habis basah baju aku.

Kurang ajar punye kereta. Buta ke?Tak nampak ke lopak air yang besar ni ha??? Eeee…“Woi,buta ke?” Aku menjerit sekuat hati. Biar tercabut anak tekak aku ni. Pemandu Peugeot warna hitam itu menjengukkan kepala. Rasa macam nak sembelih je kepala dia ni.

“Sorry la saudari, tak sengaja”, dia melambai-lambaikan tangannya dan terus memecutlaju. Kurang ajar!!! Siap kau. Aku jumpa kereta kau, tau la aku nak buat apa nanti. WPU7654. Shoot!!! Aku macam mana ni? Takkan nak pegi kerja dengan basah baju lencun macam ni. Eee…kena tukar baju la pulak.

Fuh…lega…train pukul 8.00 pagi tak jalan lagi. Sempat aku tarik nafas dan mencari-cari bangku kosong untuk aku duduk. Tapi..apesal ramai sangat orang hari ni?? Aku melihat jam. Ish...dah pukul 9.00 ni.

Nape train tak sampai-sampai lagi. Kakak di sebelah aku dahmengipas-ngipas. Kuat sikit kak. Hehehe...

Aku pun panas nie.“Selalu aje rosak la komuter ni. Teruk betul”, Kakak di sebelah aku mengomel. Ha??Rosak??? Mati aku..Aku sampai office tepat pukul 10.15 pagi. Sampai-sampai aje ofis, Shira dah bercekak pinggang.

Muka tu tak payah cakap la. Macam aku ni ayam golek yang dia suka makantu.“Apsal ko lambat hari ni? Ko tau tak En.Azhar dah mengamuk sakan. Kitorang semuadah cair taik telinga tau!”, aku nak buat muka apa lagi. Sengih je la. Jangan kena pelangkung dengan Shira ni sudah la.“Ala...Sorila.Tadi ade malaun mana ntah pegi langgar lopak air. Habis basah baju aku. Tuyang lambat tu. Eh..orang tu dah sampai ke?”, aku segera mencapai fail dan segala bendayang ada atas meja aku.

“Dah.Cepat la masuk bilik meeting”, Shira menolak aku masuk.Alahai..tabah la wahai hati. Aku segera mengetuk pintu dan melangkah masuk. Tak berani aku nak pandang muka bos aku tu. Yang aku boleh buat, senyum dengan sehabiscun la.

“Minta maaf. Saya lambat sikit. Ada emergency waktu nak datang tadi”, aku segera mengambil tempat di sebelah En.Azhar.

Tak sanggup aku nak tengok muka bos aku.Yang aku tahu ada tiga orang dalam bilik meeting ni sekarang. Eh..kenapa macam kenal je muka mamat depan aku ni??? Konfius!!!“Eh takpe. Tak lambat sangat pun. 15 minit je lewat. Hati tak terbakar lagi, baru keluar bara je”, aku mengangkat muka. Dia ni perli ke ape? Pemuda di depan aku tersenyum sinis. Yang sebelah dia tu, kepala botak sikit hanya tersenyum.

“Em..tak pe. Saya Abdul Hamid Pengurus Projek Cosmet World Corporation dan sebelahni jurutera kanan syarikat saya, En.Zafran Zafril”.“Saya Hurin Ain Syazwin. Just call me Hurin”.

“Ok Azhar, Cik Hurin pun dah sampai. Kita boleh la mulakan sekarang”, Encik botak melemparkan pandangan pada bos aku. Eh encik Botak??

Heheheh...Bos aku hanya mengangguk. Ish..mana aku pernah jumpa mamat senget ni ye???

“Hurin, lain kali saya tak nak awak lewat lagi macam ni. Ini important meeting. Awak nak ke company kita rugi macam tu aje?”, En Azhar dah mula bersyarah depan aku. Itu baru intro. Aku pun terus jadi air batu kat situ, tak berani nak jawab apa-apa. Bos aku ni kalau marah dia dah tak ingat dunia dah. Baik aku diam je kan??? Dia pun apa lagi. Habislah segala macam citer dia ungkit balik. Aku ni suka datang lambat la, aku ni suka bising- bising la, aku ni itu la... aku ni inila... bla.. bla.. blaa... ade la setengah jam aku dok tegak macam tiang depan dia. Ape la nasib aku hari ni???

“Sudah la tu. Lain kali saya tak nak awak buat apa-apa masalah lagi. Awak pekerja yang baik dan sayang kalau pekerja sebaik awak tak dapat menunjukkan disiplin dalam kerjayang memuaskan”, eh dia puji aku la. Dalam marah-marah pun dia still puji aku lagi.

Ni sayang balik kat bos aku ni. Tak jadi nak lancar perang mogok tak nak cakap kat ofis seminggu. Eh boleh ke??? Hehehe,...sudahnya aku pun minta la maaf banyak-banyak dan janji tak buat lagi

.“Azhar, kami balik dulu la. Oh ye Cik Hurin, saya rasa tudung yang Cik Hurin pakai ni macam terbalik je. Tu la, lain kali bangun pagi awal sikit. Tak perlu la Cik Hurin kena pecut 100m selalu”, lelaki yang bernama Zafran Zafril ni memang menyakitkan hati, jantung, peparu dan segala organ aku. Dah la tadi waktu meeting dia asyik bangkang je semua cadangan aku.

Kalau company ni aku punya tak hingin aku nak buat sebarang projek usahasama dengan company dia. Eh betul ke aku pakai tudung terbalik??

“Okla..nanti next week kita bincang lagi”, En.Azhar berlalu pergi. Aku pun apa lagi cabutla. Tak ingin aku nak mengadap muka malaun ni.

“Jangan lupa betulkan tudung Cik Hurin tu. Karang orang ingat Cik Hurin tak betul pulak”, mamat tu mengenyit matanya. Uwek...Segera aku mencari Shira.

“Shira. Aku pakai tudung terbalik la!!”, Eee...macam mane la aku tak perasan tadi. Ni semua malaun yang buat baju aku basah ni punya pasal. Sebab aku nak cepat sangat tadisampai tak perasan aku pakai tudung terbalik. Geramnya aku.

“Hehehe...Apsal ko tak pakai baju sekali terbalik?”, Shira dah ketawa tak berhenti. Tak boleh harap punya kawan. Ingat nak tumpang kesian kat aku ni ha...Huh...“Eh, kita nak makan kat mana hari ni ye? Kita pergi Pertama Kompleks nak? Ada rezeki boleh aku lepaskan rindu kat abang CIMB bank aku”, Shira dah senyum gatal. Nyampah aku.

“Eleh...tak habis-habis dengan abang CIMB dia tu”.

“Hehehe...eleh Hurin. Jeles la tu. Tu la..Si Radzi ni sikit punya gila kat ko, ko tak layan.Poket berat tu”, Zara dah mula dah.

Kenapa la dia sebut nama mamat tiga suku tu. Boring betul.

“Tolong sikit. Tak hingin aku kat Radzi tu. Dia tu macam susu masam tau. Langau cun ramai sangat hinggap kat dia. ee...tak kuasa aku”, huh...aku tengok perempuan yang terhegeh-hegeh kat Radzi ni pun naik lemas. Nasib la aku takde ape-ape feeling kat dia.Kalau tak merana la aku.

“Eh..takkan ko takde ape-ape feeling kat dia? Kat lelaki lain? Aku tengok takde pun yang ko layan spesel sikit. Eh..ko ni lesbian ke ape?” Shira dah tersengih pandang muka aku. Aku cekik pulak la budak Shira ni kang.

“Oi..mulut ko tu insurans dah mampos ke?? Kalau aku jatuh cinta, emmmmmmm..tapak tangan aku ni mesti gatal. Hehehehe”, aku main sebut je...

“Oi...tapak tangan gatal tu orang tua-tua kata nak dapat duit.. yang ko ni guna mazhabmana pulak ni?” Shira dah berkerut-kerut mukanya.

“Mazhab Al-Hurin Al-Ain Al-Syazwintun!!!”, aku terkekeh-kekeh gelak.

“Dah la tu. Cepat pegi betulkan tudung kau tu. Lepas tu kita gi makan. Aku dah lapar ni.Kita pergi mencekik Ikan bakar kat belakang istana.

“Ok..siap”, aku dengar bab makan ni memang syok. Dah la tak sempat breakfast pagi tadi. Kebulur!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience