Bab 1

Humor Completed 23733

Bab 1

“Makcik kenit, nak sikit”, selamba aku mengambil bungkusan Twisties, satu-satunya keropok yang aku suka makan dari tangan Shahira, anak Maksu aku yang baru berumur 5tahun ni.

Perangainya memang mengalahkan nenek. Tu kira bagus le tu aku panggilmakcik je…ingat nak panggil unyang ke…hehehe…“Ee…tu kita punye ar..”, lantas makcik kenit bercekak pinggang.

Matanya tak payahcakap la, macam nak telan aku jer…aku tersengih.“Kak Hurin ni…eee…Pergila beli sendiri. Asyik ambil kita punye jer…Pergila tolongMaklong tu masak. Asyik tengok tv jer. Kite suruh belanje aiskrim pun tak nak” Ni yang tak tahan ni.

Dia dah start membebel la pulak. Kalah mak ngan opah aku.Belanja aiskrim? Huh…Twisties ni pun aku yang beli, ada hati nak kedekut dengan aku.Tadi masa mak aku sibuk suruh aku pegi kedai beli kicap, makcik kenit ni sibuk nak ikut.Dah la kat kedai runcit Abu Rongak tu dia pau aku macam-macam. Keropok je akusendiri dah tak ingat dia ambil berapa jenis, dengan asam masinnyer, dengan aiskrimnyer,dengan gula-gulanyer, dengan coklatnyer…eee..sabar je la aku.

Dia ingat nak buatkenduri ape. Tiba tang nak membayar tak cukup duit. Pink muka aku kena perli dengan Abu Rongak. Mana taknyer, dalam wallet aku ada 2 keping je not sepuluh ringgit.

Aku pun apa lagi, suruh dia letak balik aiskrim cornetto yang dia beli sampai 5 tu. Cair taik telinga aku dengar makcik kenit ni membebel sepanjang nak balik umah. Mak aku ni punsatu (eh..memang satu pun), tau kicap dah habis, ubah ar menu tengahari..nak juga masak ayam masak kicap dia tu. Buat ayam masak stim ke, ayam panggang ke, ayam karike...Lepas tu terjerit-jerit kat aku suruh beli kicap.

“akak berangan ek? ingat boyfriend ye?”, makcik kenit tersenyum nakal.Ish...tak padan dengan budak kecik...pandai dah sebut boyfriend.

Aku buat muka selambasambil meneruskan kunyahan twisties. Eh, sedap pulak benda nie.

“Kak Hurin, kita pun ada boyfriend. Nama dia Syafiq”, Makcik kenit dah buka cite. Nieyang syok nak dengar ni. Dia ni kalau bercerita mau sampai pagi esok dia ulang ceritayang sama.

Makcik kenit tersenyum-senyum. Eleh..malu la pulak.

“Iye? Mana Shahira kenal ni?”, layan je la. Kang tak layan kang merajuk pulak. Makcik kenit ni kalau merajuk dialah champion. Payah benor nak pujuk.

“Ada la.Nanti kita nak ajak Syafiq main barbie kejap lagi”, Makcik kenit masih senyum-senyum. Oh..Si Syafiq cucu Makcik Yah jiran rumah aku ke. Aku ingat siapa la Syafiqyang makcik kenit ni ngorat. Ceh...bukan semalam ke diorang ni baru kenal. Itupun akuyang kenalkan.

Ye la..aku tengok dua-dua budak kecik nie merenyam semacam jer.Sorang tu buat aksi ultraman la...sorang tu main sikat-sikat rambut la kat tepi pagar.

Nak ajak main pun kena buat aksi. Hahahaha...lawak gila aku tengok. Aku pun apalagi pergilakenalkan diorang ni. Huh...lepas tu terus tak ingat aku dah. Kejap je dah hilang pergimain basikal. Selalu tu aku je la yang jadi mangsa makcik kenit ni.

Mengekor je kat belakang aku 24 jam. Pantang aku gerak sikit..mata dia dah terbuka besar pandang aku.Aku garu tangan pun dia dah menjeling. Nasib baik aku ni kakak sedara yang baik.Eh..penyayang sebenarnyer. Satu-satunye adik sedara aku yang paling kecil.

Anak bongsu mak usu aku. Tu sebab manja sikit tue. Eh..manja banyak. Sekali-sekala bila mak usu aku datang rumah, riuh sikit la rumah aku ni dengan suara anak mak usu aku yangseramai 4 orang ni.

Semua bawah umur lagi.“Kak Hurin, kejap lagi kita main Barbie sama-sama nak? Syafiq pun nak ajak pak ucu diamain. Emm...atau kita main kawin-kawin. Kak Hurin ngan Pak ucu dia kawin. Kita jadimama. Syafiq jadi papa. Ok tak?” Makcik kenit sibuk merancang.

Belum sempat aku jawab, dia dah berlari masuk ke bilik ambil beg mainan. Huh...ada hati nak jadi mak aku pulak. Tak padan dengan kecik.

Lepas tu ada ke dia suruh aku pulak yang kawin. Kawin betul-betul takpe jugak. hehehe...dengan pak ucu Syafiq? mesti dia pun sama jugak dengan aku. Kena kawin paksa. Hahahaaha....Eh..siapa dia ye? tak pernah aku kenal pun. Mak ngan abah aku pun baru pindah kat kawasan perumahan ni 4 tahun yang lepas. Masatu pun aku tengah study lagi kat USM. Kalau Kak Ita dengan suami dia aku kenal la.Anak Makcik Yah yang sulung. Abang Azmi anak kedua dengan Kak Nina isteri dia.Syafiq, cucu tunggal Makcik Yah. Pak Ucu? Oh ni mesti anak bongsu makcik Yah yang kerja engineer tu. Ala yang Makcik Yah kata kat aku kalau jumpa anak dia jangan segan-segan tegur tu.

Nama pun aku tak tau. Inikan pulak muka dia. So camner aku nak tegur dia. Aku balik kg ni pun bukannya selalu. Mesti time dia balik, aku tak balik.Issh..rugi..hehehehe...jangan muka macam lanun dah la..Lanun? huh..menyampah, sakithati, meluat bila aku ingat si lanun tu.

Uwek... Aisehhh. tapak tangan aku dah gatal dah...Alamak!!

Dah pukul 7 la. Apesal jam loceng aku tak bunyi ni. Mampus la aku. Hari ni ada meeting dengan wakil syarikat Cosmet World pukul sepuluh. Sempat ke ni?

Eee...Dah tak sempat nak mandi nie. aku gosok gigi dengan basuh muka je la. Bukan orang tau pun aku tak mandi. Kang aku pakai la perfume banyak-banyak. Lagipun malam tadi aku mandi malam pukul sepuluh. Dah la kena naik komuter hari ni.

Kereta aku kak Anis pulak pinjam hari ni. Ada medical check up katanya. Tak sampai hati pulak aku nak tgk kak anis naik komuter. Abang Is pulak outstation. Terpaksala aku ni sebagai adik yang paling baik kat dunia berkorban sikit.

Tapi skang memang aku dah terlebih korban ni. Silap-silap aku kena jadi daging korban dengan bos aku, En. Azhar. Oh..tak sanggup!!!! Nasib aku dah iron baju. Apalagi, macam Watson Nyambek ar aku lari ke stesen komuter.

Makcik Miah yang jual nasi lemak kat simpang jalan tu pun agaknya terkejut tengok aku.

Ye la..selalunye aku la pelanggan tetap dia tiap-tiap pagi. Tiba-tiba.

Share this novel

Zai nie
2019-10-12 12:31:30 

best...


NovelPlus Premium

The best ads free experience