Bab 14

Humor Completed 23733

 BAB 14

“Zaf, thanks.. I Ingat You tak ingat birthday I hari ni. Anyway, I nak You belanja I dinner malam ni. Macam yang You selalu buat dulu. I rindu sangat our memories kat London dulu”, Tengku Maisarah ni dah start dah.

Kenapa la Allah nak uji aku pagi-pagi macamni. Memang la malam tadi aku bersemangat tapi apesal la pagi ni aku lemah semacam je…

“Oh..birthday you ke hari ni? Anyway Happy Birthday Tengku. Emm..hari ni mesti special kan? Boyfriend you mesti bagi hadiah special punya. Zafril, tak payah la kita kacau Tengku malam ni. Oh saya lupa…sorry sayang..malam ni awak nak dinner kat rumah saya kan? Mak ngan abah saya pun dah sampai pagi tadi. Rindu sangat kat awak”,Zafril yang mendengar hanya mengangguk. Merah padam muka Si Tengkorak ni. Ada hati nak ajak boyfriend aku dinner konon.

Pintu lif terbuka dan aku segera menarik tangan Zafril keluar. Kalau boleh aku nak bawak lari Zafril jauh dari Tengkorak tu. Puas hati aku!!!

“Sayang, kita nak pergi mana ni?”, aku memandang Zafril. Eh..Tengku Maisarah tak ikut keluar sekali ke? Tapi aku terperasan sesuatu yang aneh kat sini...muka pak guard kat depan pintu masuk ni tak sama ngan pakcik Ali pak guard kat ofis aku. Hah??? Aku masuk salah ofis ke?

‘’Kita kat mana ni awak?”, aku berbisik pada Zafril di sebelah.

“Ini tingkat 12. Ofis awak tingkat 17”, Zafril ikut berbisik di telinga aku.

“Macam mana kita boleh sampai sini?”,aku terkebil-kebil.“Awak yang tarik saya keluar tadi bila pintu lif terbuka kat tingkat 12”, Zafril ketawa. Haa la...tadi aku tak nengok pon lif ni dah sampai tingkat berapa.. Main redah jer... (Nape ‘’Kenapa awak tak cakap tadi?”, aku menjegilkan mata seraya bercekak pinggang.

“Hish....tadi tu ader orang tu saya nengok muka dia dah jadi kaler pink sebab marah, tuyang saya tak berani nak cakap ape-ape tu”, Zafril makin kuat ketawa. Aku ikut ketawa.

“Kan awak saya punya”, aku mengenyit mata.

“Oh...pegi dating rupanya. Tu sebab lambat ni”, Zara dan Shira terpacak kat depan meja aku. Sibuk jela.

“Mana ada la. Aku silap masuk ofis tadi”, selamba aku mencubit sandwich dari tangan Zara. Zafril pun sama salah masuk ofis ye?”

Shira senyum sinis. Aku sekadar mengangkat bahu.

“Wei.. projek kat Klang tu bila nak habis ar?”, aku memandang Shira.

“Kenapa?’’

‘’Takla...aku dah tak tahan nengok muka Tengku Maisarah tu la. Rasa hangin’.’’akumencebik.

“Eleh..ko jeles nengok dia dengan Zafril kan? Kan Zafril dah cakap dia kawan je dengan Tengku Maisarah”, Zara ni....

“Hish...korang tak kenal dia tu. Gedik semacam je dengan Zafril. Aku tau dia ada hatingan Zafril.”

“Kau ni Hurin, jeles sangat kot. Aku tengok Tengku tu baik jer”, aik....aku pulak yang salah.

“Ha a la Hurin. Tengku tu baik”, Zara pun turut sama menyokong. Ni yang tak best ni.“Korang ni kawan aku ke? Malas la nak cakap ngan korang lagi”, aku berlalu ke pantry.

Sebenarnya aku sedih gak. Kenapa diorang tak percaya cakap aku?? Cuba kalau diorang yang kat tempat aku. Hari ni betul-betul takde mood.

“Hurin , jom. Tengku nak belanja makan la. Hari ni birthday dia”, aku mendongak memandang Shira.

“Dia takkan ajak aku punya”, aku tunduk meneruskan kerja.

“Kau ni...dia ajak semua la”, Zara tiba-tiba mencelah.Dari jauh aku melihat Tengku Maisarah, Zafril dan bos aku berjalan seiringan. Zara dan Shira sudah menjegilkan mata meminta aku bersiap sedia untuk keluar.

“Cik Hurin. Jom...hari ni kita makan ramai-ramai ye”, mesra Tengku Maisarah menyapa aku. Ish.. ni tak tahan muka plastik dia ni..

“Emm..takpe la. I kenyang lagi. You all pergila”, malas aku nak ikut. Dia bukanny ikhlas. Zara dan Shira memandang tajam. Zafril yang berada di belakang bos aku juga kelihatan tidak puas hati. Lantak la.

“Eh..sejak bila Hurin ni tolak makan ni. Selalu tu dia yang depan”, bos aku ni buat lawak la pulak. Aku tengah takde mood ni.

“Emm..jom la cik Hurin. Kalau tak nak makan pun, minum je”, Tengku Maisarah senyum. Eleh...pura-pura lemah-lembut konon.“

Hurin Ain Syazwin.. jom”, Zafril tiba-tiba bersuara. Dari pandangan matanya memaks aaku keluar. Aku mencapai malas beg tangan dan segera bangun.

“Oh..dia nak cik abang dia je yang ajak”, bos aku tersengih.Sepanjang makan tengahari tu aku diam tak cakap apa. Tanda protes la tu. Sakit hati aku tengok Tengku Maisarah gelak-gelak. Memangla cun tapi mata aku yang nengok ni naik gatal-gatal. Semua orang puji-puji dia. Aku mengeluh.

“Eh Hurin..yang ko tetiba mengeluh ni kenapa?”, serentak semua mata memandang aku. Aku terkebil-kebil. Nak jawab apa ye?

“Mengantuk!!!”, selamba aje perkataan tu terkeluar.

“Hurin...kitorang tengah syok bersembang kau boleh mengantuk? Lawak la kau ni”,Muniandy tersengih lebar. Aku pun sengih je la

.“Ok la...boleh kita bergerak sekarang? Kang tunggu lama-lama tak bangun-bangun nanti”, bos aku bangun membetulkan kotnya. Aku pun tak tunggu lama segera bangun.

“Hurin”, Zafril memanggil memberi isyarat menyuruh aku menunggunya. Tengku Maisarah hanya menjeling tajam. Aku buat tak peduli.

“Hurin, kenapa ni? Kan saya dah kata kalau marah jangan sampai tak makan”, Zafril memandang tajam.

“Mana ada apa-apa”, aku berpaling. Zafril menarik tanganku kasar.“Eee..sakitla. Awak ni kingkong ape”, betul-betul sakit tau. Aku tak tipu.

“Hurin, saya tak suka awak macam ni. Mana Hurin yang saya kenal dulu? Yang selalu ceria, ketawa”, tiba-tiba aku jadi sedih.

Aku jadi macam ni sebab dia tau.

“So..awak dah tak suka kat saya la? Ok..fine”, Ish...mulut ni....Aku segera berlari mengejar Shira dan Zara. Kenapa aku gaduh ngan dia ni? Hari tu kata nak berbaik.Sekarang gaduh lagi. Aku ni la....suka sangat terasa...merajuk....macam budak-budak.

“Hurin, kenapa tak siap lagi ni? Pegi tukar baju. Pakai baju elok-elok sikit. Ni pakai baju tido pulak”, mak aku ni. Kak Anis dan Abang Syamsir tersenyum memandang.

“La, biarla Hurin pakai baju ni pun. Bukannyer anak raja nak datang”, aku mencapai potongan buah epal.

“Ish Kak Hurin ni. Pegila pakai baju cantik-cantik. Tengok macam kita”, makcik kenit ni sibuk betul. Macam mana la dia boleh sesat sampai kat sini. Mak aku kata dia sibuk nak mengikut bila mak aku kata nak datang sini. Terpaksa la makusu aku hantar dia dari Melaka ke KL. Anak sapa la ni???!!! Sekarang ni terpacak kat depan aku sambil cekak pinggang.

Aku sebenarnya keliru..Zafril tu boyfriend aku ke boyfriend makcik kenit ni?

Dia punya dressing...uih..dengan gaun kaler pink ropol-ropol... ikat rambut ponytail siapdengan cekak, riben kat rambut. Tu belum tengok aksesori lain-lain tu.

“Ala...malas la Kak Hurin. Kak Hurin ni memang dah sedia jelita..takyah make-up puntakpe”, aku mengerdip-ngerdip mata.

“Dah..jangan nak degil-degil. Pegi tukar baju cepat. Pakai baju kurung yang mak bawak tu”, mak aku ni bile dah bagi arahan ala-ala mejar bersara terpaksa la aku ikut. Kang perittelinga aku dengar mak aku membebel... tu tak masuk makcik kenit ni lagi.

“Yela”, aku bangun dengan malas melangkah ke bilik. Zafril ni...pagi tadi aku ajak main-main jer. Tak sangka pulak dia percaya. Aku balik je dari ofis tadi mak aku dah sibuk memasak menu makan malam. Gembira je muka dia. Mak kata Zafril nak datang makanmalam sama malam ni. Eeee...skang kan aku tengah perang Uhud dengan dia....Macammana ni???

“Jemput masuk Zafril”, Abang Syamsir mempersilakan Zafril masuk. Eh..bukan setakat Zafril je yang datang. Makcik Yah ngan Pakcik Hanif pun ade. Macam datang nak merisik la pulak. Hehehehe... aku bersalam dengan Makcik Yah. Cover cun Hurin!

Lepas adengan salam-salam, peluk-peluk, mak aku pun ajak makan. Mak aku ni.. macamla dah lama tak jumpa Cik Yah tu. Padahal tetiap pagi macam aku tak tau diorang niduduk bergossip kat tepi pagar.

Zafril buat selamba je. Hello...dia tak nampak ke aku katsini??? Aku ingat aku yang nak buat derk je kat dia... tapi alih-alih dia yang buat derk jekat aku. Tak aci betul. Lepas makan-makan, semua duduk berkumpul di ruang tamu.Makcik kenit tu sibuk je duduk kat riba Zafril. Eeee... jeles betoi.

“Macam mana dengan hal budak berdua ni? Jadi ke?”, tetiba ayah Zafril bukak soalanmaut. Aku tergamam kat situ. Mak ngan abah aku hanya tersenyum.

“Kami ni ikut je. Elok kata empunya badan elokler kami”, aik...gaya macam nak merisik aku je. Kan aku dah kata. Cuma takder berpantun-pantun je.

“Hurin, nak ke kamu?”, mak menyikuku. Aku menarik nafas.

“Mak, abah, pakcik, makcik, Hurin minta maaf. Hurin belum bersedia lagi”, aku tunduk merenung lantai. Semua mata memandang aku. Aku tahu keputusan aku mengejutkan semua orang. Jangan kata mak aku, makcik kenit yang dari tadi duduk kat riba Zafril terus bangun menghampiri aku.

“Hurin, kenapa pulak ni?”, mak bersuara agak keras.

“Takpe la Milah. Bagi Hurin masa. Kalau dah tak ada jodoh budak berdua ni kita kenaterima je la”, dalam nada yang sedih Makcik Yah bersuara. Alamak..terasa bersalahnyaaku saat ni. Mak mengeluh hampa. Aku segera berlalu ke dapur. Tak sanggup aku nak menghadapi situasi macam ni. Salah ke keputusan aku? Memangla aku kata aku cuba nak bertahan.. tapi aku tak boleh. Bukan aku tak cuba.

Aku dah cuba. Tapi perasaan cemburu, marah tu tetap ada. Aku tak sanggup nak makan hati sentiasa. Setiap masa aku cuba percayakan Zafril tapi ada aje hasutan suruh aku jangan percaya. Betul aku penat. Zafril pun kata aku dah tak macam dulu lagi. Memang pun. Jadi aku rasa jalan terbaik adalah, aku lepaskan Zafril.

“Hurin”, terkejut bila aku menoleh ke belakang. Zafril berdiri sambil menyandarkan badannya ke dinding dapur. Aku tunduk. Tak sanggup nak tengok muka dia.

“Betul ini keputusan awak?”, tenang Zafril bersuara. Aku hanya sekadar menangguk. Tak tau nak cakap apa.

“Baiklah…saya terima. Cuma satu sahaja yang saya nak minta awak tolong Hurin. Saya harap lepas ni kita boleh jadi kawan. Maksud saya no feeling just friend. Kawan baik mungkin?”, aku memandang Zafril. Ada riak mengharap. Aku mengangguk lagi. Apa payah benar aku nak bersuara ni??

“Ok..kalau macam tu saya balik dulu la. See you again Hurin,’’ Zafril melangkah keluar dari dapur. Kenapa aku rasa macam nak meraung ye??? Waa…aku tak sanggup sebenarnya…aku nak Zafril…Macam mana ni??????

Panjang mak membebel memarahi aku. Sampai makcik kenit pun tak berani bergerak.Kak Anis dan Abang Syamsir pun menggeleng kepala. Cuma abah je diam dari tadi.Abah pun marah kat aku ke ha??? Lepas penat mak marah-marah, mak terus masuk bilik tidur. Abah memanggil aku duduk di buaian luar. Aku menurut sahaja.

“Hurin, jangan ambil hati sangat dengan apa yang mak marah tu ye”, lepas je abah akumenghabiskan ayat terakhirnya terus aku menangis tak ingat dunia kat abah aku.

“Dah tu Hurin. Jangan nangis lagi. Abah rasa Hurin bukan sedih mak marah kan? Cubacakap kat abah. Abah sedia dengar Hurin”, abah mengusap-ngusap rambut aku. Teringatzaman kecil-kecil dulu. Bila mak marah je aku pasti pergi mengadu kat abah aku. Lepastu abah aku mesti pujuk punya. Bawak pegi makan aiskrim..pegi jalan-jalan..mandisungai.

“Hurin sayang kat Zafril kan?”, soalan abah membuat kan esakan aku yang dah nak hampir berhenti tadi terus kuat semula. Memang abah pandai baca hati aku.

“Abah tak tahu apa masalah kamu berdua. Cuma apa yang abah tahu abah percaya padaZafril. Zafril betul-betul sayang pada Hurin. Takkan abah nak bagi anak kesayangan abahkat sapa-sapa je”, aku mendongak memandang abah.

“Hurin tahu tak? Zafril selalu bertanya pada abah apa yang Hurin suka, apa yang Hurintak suka. Pernah suatu hari tu dia risau betul bila Hurin tak nak makan. Abah pernah cerita kat dia masa Hurin kecil-kecil dulu, Hurin suka merajuk. Bila Hurin merajuk dengan mak ke, dengan abah ke, Hurin pasti tak mahu makan. Pernah suatu hari tu Hurinmerajuk dengan mak sebab mak tak bagi Hurin keluar main layang-layang, Hurin mogok tak mahu makan sampai pengsan. Abah risau betul waktu tu. Doktor yang merawat Hurin waktu tu memang marah sangat kat abah sebab abah biarkan Hurin sampai jadi macamtu”, aku teresak lagi.

Patutla dia selalu marah bila aku tak nak makan.

“Hurin, apepun abah harap Hurin dapat buat keputusan dengan baik. Hurin dah besar.Dah dewasa. Apa yang Hurin fikir baik untuk Hurin, baiklah bagi abah. Abah hanyaharap Hurin hidup bahagia walau siapa pun pilihan Hurin”, aku terdiam seketika. Yang pasti kepala aku waktu ni berserabut sangat.

“Dahla. Pergi masuk tidur. Kalau boleh esok ambil cuti pergi tenangkan fikiran Hurindulu”, abah tersenyum memandang. Aku seperti ternampak bayangan Zafril dalam wajah abah. Aku terus masuk ke bilik. Makcik kenit sudah siap berbaring. Aku baring disebelahnya. Makcik kenit memusingkan badannya menghadap aku

.“Kak Hurin tak sayang kat pak usu Syafiq ye?”, takut-takut makcik kenit bersuara. Akumemeluk makcik kenit."Sayang", aku mengeluh lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience