Bab 9

Humor Completed 23733

BAB 9

“Rehat kang kite pegi Jalan TAR nak? Aku nak singgah kedai buku mamak tu la”, Syira dan Zara berpandangan sesama sendiri. Pelik! Orang kalau pegi Jalan TAR nak shopping.Atau singgah kat SOGO.

Ini Hurin nak pegi kedai buku?? Ape kolot sangat minah ni?

“Yang korang pandang aku macam aku ni Miss Universe ni apsal?”, selamba akumencapai teh tarik Syira. Hari ni aku tersilap la beli air. Patutnya kalau makan roti canailawannya teh tarik.

Lengkap kolestrol. Ini aku bli air milo plak.

“Ko datang bulan ek? Sejak bila ko rajin nak gi kedai buku ni? Selalu tu kalau aku ajak ko teman aku pegi kedai buku kat depan tu punyer ar ko bagi alasan macam-macam.Kedai buku tu bau kemenyan la, panas la, berserabut la, ntah ape-ape ntah lagi,’’ Zara keliru.

Aku buat muka selamba. Alah Zara ni. Biar la aku nak gi kedai buku. Suka hatiaku la. Aku bukannya alergic dengan kedai buku tapi kedai buku kat depan ofis tu akumemang menyampah nak pegi.

Sebenarnya aku tak tahan ngan tauke kedai tu. Suka enyum-senyum gatal dengan aku.

Mula-mula tu memang ar aku balas senyum dengandia tapi lama-lama aku nengok makin pelik je dia ni. Lagipun aku geli la.

Misai dia panjang sangat. Bini tauke tu pun dah pandang semacam kat aku. Tak nak la!!!“Alah..aku ingat nak beli buku sikit. Yela..ada kajian mengatakan rakyat Malaysia tak suka membaca.

So aku nak membetulkan fakta yang tak betul tu”, hehehehe...“Yela...”, serentak Syira dan Zara menjawab. Perli la tu.....Puas aku cari buku yang aku nak kat kedai buku ni. Nak tanya kat budak pompuan pekerja kedai buku ni aku malu la pulak. Rimas pun ade dengan budak pompuan ni.

Dari tadi asyik tanye aku buku ape aku nak beli. Pulak tu asyik mengekor belakang aku 24 jam. Nasib Syira dan Zara khusyuk pilih novel. Kalau diorang tau malu la aku. Hah..dah jumpa.Tapi tajuk dia lain sikit la. Ala boleh la ni kot. Lebih kurang je. Segera aku kekaunter untuk membuat bayaran.

“Ko beli buku ape ni Hurin? Hah? CARA-CARA MENAMBAT HATI SUAMI?”, Syiradah ketawa tak ingat dunia. Zara pulak muncul kat sebelah dia.

Combine gelak lengkap lah diorang ni buat muka aku macam udang kering kena bakar. Mangkuk betul!

“Ish...korang ni. Senyap la sikit”, segera aku keluar dari kedai buku tu. Kalau layanmangkuk dua orang ni maunya semua orang dalam kedai buku ni join gelakkan aku.

“Hurin, apsal ko bli buku ni? Ooo...nak jadi rakyat Malaysia yang rajin membacakonon..hahahahaha........” diorang ni masih tak henti-henti gelakkan aku. Dah sampaikedai makan kat Pertama Complex ni pun mulut diorang ni masih tak diam. Kang aku baling goreng pisang kang.

“O..ko nak menambat hati Zafril ek? Apsal ko bli tajuk CARA-CARA MENAMBATHATI SUAMI? CARA-CARA MENAMBAT HATI BOYFRIEND takde ke?”, ketawa Zara mula reda.

“Aku tak jumpa la. Ini je aku jumpa”, betul..aku dah cari tapi tak jumpe. Zara dan Syira kembali menyambung ketawa. Menyampah betul la.

“Yang kau ni susah payah beli buku buat ape? Ko patut tanya ni ha...Hanis Asyira. Pakar rujuk cara-cara nak mengorat”, Syira dah mendabik dada. Eleh...Pakar rujuk konon.“Eh Syira. Abang CIMB ko la”, Syira tersentak. Terus diam.

“Mana? Eh..make up aku ok tak?”, Syira dah mengelap mukanya dengan tisu. Serentak aku dan Zara ketawa. Pakar konon. Baru gertak sikit dah menggelabah.

“Hantu ko Hurin. Ko tipu aku ek?”, Syira mencubit lengan aku. Sakit la oi....

“Hai, seronok gelak nampak?", suara yang tiba-tiba muncul kat hujung telinga aku ni pulak yang buat aku kaku.

Terkejut melihat Zafril menolak kerusi duduk di sebelah aku.Bila masa pulak mamat ni muncul ye? Aku dah tertunduk kat situ. Apsal aku jadi ais pulak ni?

“Hai Zafril. Tak sangka jumpa you kat sini. You datang dengan sape?”, Zara ramah bertanya.“Tu..dengan kawan-kawan I,’’ Zafril menjeling aku di sisi.

Aku buat muka bodoh je.

“Hah Hurin. Semalam kata rindu. Ni Zafril kat depan mata apsal ko senyap plak?”, Ish..Syira ni.. aku gam pulak la mulut dia. Zafril hanya tersenyum memandang. Alahai.....

“Well. I pinjam kawan you all yang comel ni sekejap hari ni boleh? Nanti I akan hantar dia balik ofis”, selamba aje Zafril bersuara. Syira dan Zara hanya tersenyum.“Boleh aje. Tuan punya badan ni lagi suka. Oh ye..You nak tau Zafril, hari ni orang tuajak we all pegi kedai buku”, Syira dah mengenyit mata pada aku.

No!!!! Segera aku mencekup mulut Syira. Eee..tak boleh simpan rahsia betul la. Zafril ketawa memandangtelatah kami.

“Okla Zafril. I takutla dengan makwe you ni. Ganas sangat. You hati-hati Zafril. Kalauader ape-ape cecepat call kitorang ek”, Zara dan Syira dah bersedia nak tinggalkan aku.Alamak.. segan la pulak. Mata aku asyik memerhati Zara dan Syira berlalu pergi.

“Jom”, Zafril mengajak aku menemui kawan-kawannya. Aku mengikut Zafril di belakang. Setelah diperkenalkan pada kawan-kawan Zafril, dia mengajak aku lunch bersamanya. Aku hanya mengangguk setuju. Sebabnye perut aku memang dah berbunyi. Nasib tak join ngan kawan-kawan Zafril. Bukannya apa.. segan la aku. Kawan-kawan dia semuanya lelaki. Aku sorang je kaum hawa. Tak nak aku.

“Nak makan apa Hurin?”, Zafril bertanya apabila pelayan menghampiri meja kami.

“emm...nasi paprik”, Zafril memesan nasi putih dan tom yam untuk dirinya. Oo..dia sukamakan tomyam..... Aku memerhati keadaan sekeliling restoran itu. Ramai jugak orang.Semuanya dah kebulur kot. Macam aku. Merah muka aku apabila aku mengangkat muka memandang Zafril rupa-rupanya dia tekun membelek muka aku.

“Err...thanks semalam", Zafril mengangkat kening. Ada riak tertanya pada wajahnya.

“Em..awak belanja nasi briyani”, aku memberanikan diri memandang mukanya. Dia hanya tersenyum nipis.“Itu je?”

“Dengan kad tu. Saya suka sangat”, kad kecil kaler pink tu aku bawak ke hulu ke hilir tau.“So, dah habis merajuk la ni? Lain kali kalau awak nak merajuk dengan saya jangansesekali abaikan waktu makan ok? Nanti sakit sapa yang susah? Saya juga,’’ walaupunada nada mengusik, tapi aku senang mendengarnya.

Rasa Zafril caring sangat dengan aku. Aku hanya tersenyum manja. Selepas itu perbualan kami lebih tertumpu soal kerja.Dia senang bercerita tentang kerjanya yang agak sibuk sekarang. Tepat pukul 2 aku sudah sampai di ofis.“Ok Hurin. Thanks sebab sudi keluar dengan saya”, Zafril bersuara setelah membukakan pintu kereta.

“Malam nanti saya call awak ye. Tak puas la jumpa awak hari ni. Selalu tu asyik nak marah-marah je. Hari ni tiba-tiba tuan puteri saya ni bertukar la pulak”, sempat Zafril mengenakan aku.

Apalagi. Satu cubitan manja aku hadiahkan pada lengannya. Padan muka! Dia mengaduh kesakitan.

“Ok bye”, Zafril berlalu dengan keretanya.“Hah..macam mana tadi? Syok keluar dating?”, Zara ni tak sempat-sempat. Bagila aku ambik nafas dulu. Ini tidak. Nampak je muka aku kat pintu terus terkam.

“Mestila best”, saje aku buat muka gatal. Nak bagi jeles kat Zara.

“Eleh, Faizal lagi best tau”, Zara tersenyum mengingati buah hatinya tu.

“Faizal ko tu jauh kat Dubai. Zafril aku ni always ade kat sini. Mana best?”, saje aku menggiat Zara. Selalu je aku ngan Syira main-mainkan dia pasal Faizal, tunangnya.

Lepas tu mula la si Zara ni tak senang duduk. Sekejap je lepas tu mesti dah hilang pegicall Faizal. Penat jugakla Faizal nak pujuk si Zara ni balik. Hehehehe....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience