Bab 13

Humor Completed 23733

BAB 13

“Kenapa ni sayang? Saya ade buat salah ape-ape ke?”, lembut Zafril memandang. Aku segera menyedut fresh orange yang aku order. Cukuplah sekadar mengalas perut aku yang lapar.

‘’Jangan macam ni Hurin. Kalau ade ape-ape problem kongsilah dengan saya. Jangan pendamkan seorang diri,’’ aku memandang Zafril. Terasa bersalah pulak.

“Awak..saya nak tanya satu soalan boleh?’’ Laju Zafril mengangguk.

“Dulu, awak ade ape-ape ke dengan Tengku Maisarah?’’ Zafril agak terkejut.

“Tengku Maisarah ade cakap ape-ape kat awak ke?’’ dahi Zafril berkerut.

Aku lantas mengangguk. Terus aku ceritakan segala-galanya. Satu pun tak tinggal.

Zafril mengeluh apabila aku selesai bercerita. Haus tekak aku tau. Zafril akhirnya menceritakan kisahnya dengan Tengku Maisarah. Dia akui sememangnya Tengku Maisarah sukakan dia. Sejak mereka di oversea lagi. Tapi dia hanya anggap Tengku Maisarah hanya kawan biasa. Tak lebih dari itu. Sebenarnya Tengku Maisarah sangat tertekan dengan keadaan keluarganya. Jadi sebagai kawan, Zafril kenalah ambil berat tentang Tengku Maisarah.

Dia tak nak Tengku Maisarah hanyut. Lagi-lagi mereka waktu tu di oversea. Banyak dugaannya. Aku hanya mendiamkan diri. Panjang betul cerita. Tapi klise sangat la. Dah banyak dah citer-citer macam ni dalam buku citer. Dalam hati aku masih wujud kesangsian. Takkan la dia sikit pun tak terpikat kat Tengku Maisarah.

“Hurin, dalam sesuatu perhubungan, kita perlu ada sikap saling mempercayai. Saya sayangkan awak dan awak sayangkan saya. Itu sahaja yang kita patut percaya”, tenang Zafril berkata. Aku terasa nak nangis pulak.

“Takkan la sikit pun awak takde perasaan suka kat Tengku Maisarah?”, Zafril menarik nafas.

“Tak semua yang cantik dipandang mata kita akan beli Hurin. Hurin, dengar sini baik- baik. Awak adalah puteri hati saya. Hanya awak yang saya sayang. Hanya awak sahajayang boleh gembirakan saya. Awak dekat di hati saya Hurin,’’aku terharu. Ceh..macamciter Hindustan pulak.

“Saya minta maaf ye. Saye dah sangka buruk kat awak. Saya ingatkan awak nak main-mainkan saya je. Saya takut sebenarnya. Saya... sayangkan awak”, Zafril tersenyum memandang aku. Ini kali pertama aku ucap sayang padanya.

“I’m yours Hurin Ain Syazwin,’’ aku tersenyum girang. Lepas ni jangan haraplah Tengku Maisarah nak buli aku lagi. Dia belum kenal sape Hurin.

“Awak..saya laparlah,’’ mulalah aku bermanja miang dengan Zaffril.

“Kan saya dah kata kalau merajuk, jangan la tak makan. Masuk angin perut tu nanti”,Zafril kelihatan risau. Emm..boleh buat calon suami ni..Hehehehe…

****

“Oi!! Tunggu”, sekuat hati aku jerit dan sekuat kaki jugak aku lari. Tak kira…aku tak nak lambat lagi…kang tak pasal-pasal kena marah ngan bos aku. Ni semua Zafril punye pasallah.. Ajak aku borak sampai lewat malam. Mana tidaknya aku terlajak tidur. Tapi aku suka..hehehehe…Opss…aku tercengang melihat dua makhluk tuhan dalam lif.

Seorang paling seksa yang sorang lagi pon seksi gak.. Tapi tang dia senyum je la…hehehehe… Sebaik sahaja mata aku ternampak Zafril memang muka aku secara automatik comel tapi bile aku nengok minah yang terbeliak biji mata kat sebelah dia plak.. alahai…terus kelat…Aku kaku kat depan lif.

“Hurin, come”, Zafril menarik tangan aku masuk ke dalam lif. Nah.. sekarang Zafril berada kat tengah-tengah. Ish.. Zafril ni tak nak lepas tangan aku ke? Batal air sembahyang Subuh aku ni…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience