Bab 7

Humor Completed 23733

BAB 7

Sampai saja kami di depan restoran KFC terus aku berlari keluar. Tak pandang dah kat mana-mana. Nasib Zafril pandai cari tempat. Lega. Tapi skang aku tengah menyiapkan muka nak pandang muka Zafril.

Alahai malunyalah aku. Macam mana ni. Nak buat selamba ke ha? Ish....aku pun dengan selambanya masuk semula dalam kereta Zafril. Malas aku nak pandang muka dia.Macam aku tak tau dia dah sengih-sengih sambil kepit hidung dengan jari.

“Lain kali, jangan malu nak bagitau. Kang terlepas kat dalam keta ni sape yang susah?Saya jugak. Mau sebulan bau tak hilang”

Cisss......celaka!

Dia kenakan aku.

“Dahle..Cepat jalan”, dia ni tak boleh dilayan. Karang aku jugak yang kena balik. Huh...Zafril meneruskan pemanduannya. Dia ajak aku singgah makan dulu tapi aku berkeras nak balik cepat. Sebenarnya aku malas nak mengadap muka dia. Malu aku tak habis lag iinikan pulak nak mengadap muka dia sepanjang makan. Tak kuasa aku. Sampai je depan rumah, cepat-cepat aku ucapkan terima kasih.

“Esok saya ambil awak ye”, Zafril memandang aku sambil menyerahkan beg pakaian.

“Emm..tak payah le. Saya tumpang kak anis je. Dia pun dah janji nak tumpangkan saya,’’ aku berusaha menolak.

“Kan saya dah janji dengan abah awak nak hantar awak pegi keje”, Zafril agak terkejut mendengar jawapan aku.

“Ish..saya kate tak payah..tak payah le.. Anyway thanks sebab hantar saya balik”, akusegera membuka pintu pagar. Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah. Aku intai daricelah-celah sliding door.

Aku tengok Zafril masih tak berganjak lagi. Ish..dia nak camping depan umah aku ke? Lantak le. Tak lama kemudian aku tengok kereta Zafril beredar pergi. Padan muka!!

*****

‘’Wow! Romatiknya Hurin. Macam cerita fairy tales lah korang”, terlopong mulut Shira dan Zara mendengar citer aku pasal Zafril.

Fairy Tales??!!! Huh...

“wei..apesal ko jual mahal plak dengan dia ha?”, Shira ni tak habis-habis mengunyah.Ader aje makanan kat mulut dia ni.

“ala...biarle jual mahal sikit. Baru best. Kalau korang nak tau macam tu la nak test kesungguhan seseorang tu betul-betul sayangkan kite ke tak” eh..betul ape.. Aku baca dalam majalah kat kedai rambut Tokyo tempat aku gunting rambut tu. Punyer la khusyuk aku bace.

“Ye la tu. Ko jangan Hurin. Zafril tu dah le handsome. Kang tak pasal-pasal melepas.Bile dia dah tak larat nak layan pe’el ko nanti ha baru ko tau..”

Aku mencebik. Eleh..

“Eh..tu Zafril datang le”, segera aku duduk tegak. Kononnye tengah busy buat keje. Aku buat derk je bile dia lalu depan meja aku. Yang si Shira dan Zara ni pun satu. Tak payahle pandang Zafril lebih-lebih. Aku jeles tau!!! Nape dia tak tegur aku pun? Buat-buat tak kenal je. Takkan marah kat aku kot. Alah..aku pun satu...tak tegur dia gak. Ish..

.“Eh..Hurin, betul ke citer ko ni? Aku tengok dia macam buat tak tahu je kat ko”, Zara bertanya dengan muka konfiusnyer. Aku pun konfius gak. Dia ni betul-betul suka kat aku ke? Ke main-main jer?

“Hurin..Shira, bos panggil”, Shalini PA bos aku tetiba muncul. Aku dan Shira saling berpandangan.

“Hurin, mulai hari ni projek di Shah Alam biar Shira yang uruskan. Awak akan lead projek kita di Klang”, bos aku memberi arahan. Zafril yang ader dalam bilik bos aku tu still buat tak tahu je. Pandang muka aku pun tak. Kenape pulak aku kena bagi projek aku kat Shira???

“Tapi kenapa bos?“ Aku bingung seketika.

Emm..awak lebih berpengalaman dari Shira untuk projek di Klang tu”, pendek je jawapan bos aku tapi banyak yang aku tak puas hati.

Pertama, bos aku dah rosakkan rancangan aku nak berbaik dengan Zafril. Kedua, aku bukan percaya sangat kat Shira ni.

Buat nyer dia ngorat Zafril macam mana??? Ish..Hurin..nape jadi macam ni???“Emm..kalau tak der ape-ape lagi awak boleh keluar. Emm..Shira pergi ambil semua file berkenaan projek Shah Alam pada Hurin dan kita meeting sekarang. Zafril pun dah ada kat sini”, Shira segera mengangguk kepala.

Nak tak nak aku terpaksa bagi projek tu pada Shira tapi hopefully dia tak ambil Zafril sekali.

“Hurin...Hurin..ko jangan ler marah kat aku. Ish...", Shira yang dari tadi mengekor belakang aku tak ku endahkan. Sakit hati aku ni masih tak habis lagi. Ape dia ingat senang-senang je aku nak maafkan dia.

“Ye la Hurin. Ko dengar la dulu ape Shira nak cakap ni,’’ Zara tetiba muncul. Zara pun satu. Still nak backup si Shira ni. Dia tak ingat ke apa yang Shira buat kat aku? Lepas je Shira ambil alih projek kat Shah Alam tu atau lebih tepat in collaboration with Zafril’s company, Shira ni dah tak pandang dah aku dengan Zara.

Tiap-tiap hari berkepit ke hulu ke hilir dengan Zafril. Breakfast sama, lunch sama, dinner pun sama..nasib masuk toilet lain-lain.

Yang paling aku sakit hati siap tayang depan mata aku drama diorang ni. Menyampah..meluat aku tengok. Ada satu hari tu...

“Hai”, terkejut aku tiba-tiba aje Zafril rajin tegur aku. Selalu tu pandang aku pun tak.Asyik-asyik Shira aje yang dicarinya. Aku hanya memandang selamba.

“Nak ape?”, huh..tak ingin saya nak layan awak baik-baik.

“Kenapa cepat marah-marah ni? Takla..saja tegur...dah lunch ke?”, Zafril dah berdiri tegak depan meja aku. Nak ajak aku keluar lunch ke? Hehehe…ni mesti nak ambil hati aku balik ni.

“Malas la. Diet”, aku meneruskan menyelak fail-fail di atas meja aku.

“Bagusla macam tu. Saya baru nak nasihatkan awak tak payah makan tengahari ni.Memang awak kena diet. Saya tengok dah banyak lemak terkumpul dah tu. Anyway,tolong pesan kat Shira saya ambil dia waktu lunch karang ye”, Zafril terus berlalu pergi.

Ciss..kalau setakat nak mengutuk aku baik tak payah. Ingat nak ajak gi lunch.

“Zafril!!!!!”, tiba-tiba aje Shira ni muncul.

“Hi sayang. I baru je nak ajak you pergi lunch”, Zafril berpatah balik. Shira dah tergedik-gedik kat situ. Sakit mata aku nengok.

“Ok..Jom”, Shira terus menarik tangan Zafril. Aku hanya terdiam memandang. Zara yangdari tadi hanya diam memandang simpati pada aku. Sampai hati Shira buat aku macamni.

Zafril pun sama. Selama ni dia hanya main-mainkan aku jer.

“Kau tak apa-apa Hurin”, Zara menghampiri aku.“Jom kite pegi lunch. Ikan bakar nak tak?”, Zara cuba menghiburkan hati aku.

Tapi saat ni aku rasa nak menangis je.

“Tak nak le. Aku tak de selera la. Ko pergi la”, terus aku bangun dari tempat duduk. Akutak nak Zara nampak aku nangis. Malu la aku. Terus aku menuju ke bilik stor tempat simpan fail-fail lama. Nangis...nangis dan nangis lagi kat situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience