Bab 10

Humor Completed 23733

BAB 10

“Eh...mana buku aku tadi?”, aku ternganga. Alamak..tertinggal dalam kereta Zafril. Habisla aku. Kalau dia tengok sure dia gelakkan aku punya.

Eee...macam mana boleh lupa ni???????

“Hai sayang”, suara Zafril di hujung handphone aku memang buat aku tersenyum. Sesudah mandi handphone aku berdering. Melihat nama Zafril tertera di skrin terus aku angkat.

Aku rindu la kat dia.“Hai.”“Tengah buat ape tu?”, soalan asas sangat! Hehehehe...

“Tengah cakap dengan awak la”, aku ketawa..“Oh..kenakan saya ye. Well, rindu kat saya tak?”,“Emm..let me see... ader la kot.. sikit je”, aku tertawa lepas.

“Boleh la tu. Saya je la yang rindu kat awak banyak!!!!”, nada Zafril seakan merajuk.

“Tapi kan saya rasa saya jumpa sesuatu dalam kereta saya hari ni la”, suara Zafril bertukar ceria. Hish...tu dah start dah tu.

“CARA-CARA MENAMBAT HATI SUAMI. Sayang beli buku ni untuk siapa?” kalau Zafril ader kat depan mata aku sure dia tau muka aku dah tukar kaler pink.

“Makcik kat sebelah rumah saya yang pesan”, Zafril ketawa.

“Yeke sayang? Well, bagusla buku ni. Yang pertama...laluan ke hati suami adalah melalui perutnya.’’ Zafril membaca isi kandungan buku itu.

Aku hanya diam mendengar.

“Apa maksudnya ye sayang?”

“Ntah”, aku buat-buat tak tahu. “Esok jangan lupa pulangkan buku tu balik tau. Kesian makcik Bibah. Tadi dia asyik tanyakan buku tu je”, selamba aku berbohong.

“Emm..ok. Kesian kat makcik Bibah. Mesti dia dah tak sabar nak baca buku ni. So esok awak kena lunch dengan saya lagi la kan? Saya ambil awak kat ofis ye”, Zafril ni… pandai cari peluang.

“Ok.’’ aku pun memang nak jumpa dia. Hari-hari pun takpe.

“Eh, sape tu Syira?”, mata aku tekun membelek seorang wanita yang sedang berjalanmenuju ke bilik bos aku. Cantik. Bergaya sungguh.

“Tu la Tengku Maisarah. Kawan Zafril masa kat oversea dulu katanya. Dia nak join melabur dalam projek di Klang. Kan projek tu ader masalah bajet”, Kawan Zafril? Ni yang tak senang duduk ni. Cantiknya. Takkan Zafril tak terpikat langsung kot. Tiba-tibaa ku rasa rendah diri sangat.

“Hai sayang”, suara Zafril mengejutkan aku. Melihat Zafril tersenyum padaku terus perasaan tadi hilang ntah ke mana.

“Saya ade meeting. Habis meeting saya culik awak keluar ye tengahari ni”, Zafril mengingatkan aku pada janji malam tadi. Aku hanya tersenyum riang. Namun senyum kuhilang bila melihat muka Tengku Maisarah memandang tajam pada kami. Apesal puladia ni pandang lebih-lebih ni?

“Cantik betul Tengku Maisarah tu ye Hurin. Muda-muda lagi dah pegang title CEO. Aku dengar dia tu anak tunggal. Parents dia baru je meninggal tahun lepas. Accident. Jadi sekarang dia la yang kena uruskan syarikat warisan keluarga dia.’’ Aku bersimpati mendengar perihal Tengku Maisara ni.

Mesti life dia tak enjoy kan? Sekali dengar macam cerita Bella kat TV3 tu pulak.

“Emm.kesian jugak yek? Tengok dari luar sure ramai yang jeles dengan dia. Ye la,cantik, bijak, kaya pulak tu. Tapi kisah sedih dia, dia sorang je yang tanggung,’’ ish..aku ni emosional le pulak.

“Eh..ko tak takut ke Hurin? Aku dengar dia rapat dengan Zafril”, Zara ni. Baru je aku punye kerisauan nak hilang, dia pulak tambah lagi.

“Camner ye Zara? Tipu la kalau aku kate aku tak risau.’’ Aku duduk meneliti buku yangaku beli semalam. Tadi Zafril yang bagi sebelum masuk meeting.

“Ape ko risau? kan buku ni ada. Jom kita mengkhatamkan buku ni. Aku pun boleh tumpang skali”, Zara dah menarik kerusi duduk di depan aku.

“Er..awak..esok awak pegi mana-mana tak?”, aku memandang muka Zafril. Aku dah bertekad walau apapun aku kena berusaha.

Selepas Zafril habis meeting, Zafril memperkenalkan aku pada Tengku Maisarah.

Melihat lagak manja Tengku Misarah hati aku sakit betul. Tak habis-habis bercerita tentang kenangannya bersama Zafril di oversea. Yang Zafril pun sibuk melayan. Memangla aku senyum je dengar perempuan ini bercerita tapi dalam hati aku rasa nak tarik-tarik je bulu mata palsu dia tu.

Hilang semua rasa kesian aku kat dia.

Zafril sorry ye aku nak kesian. Macam aku nak nak cubit pipi dia yang tebal dengan blusher tu bile dia sibuk nak ikut aku ngan Zafril keluar lunch. Nasib la En. Azhar bos aku ajak dia keluar pergi tengok tapak projek di Klang.

Nak tak nak dia terpaksa ikut jugak.

Lepas pada tu aku dah tak tunggu dah. Aku kena ikut ape yang dalam buku tu tulis untuk pastikan Zafril hak aku sorang je.

“Em..ader kot. Pegi ofis awak amik awak keluar makan ngan saya”, Zafril mengenyit mata pada aku.

Aku tersenyum bahagia. Dalam kepala aku dah merancang banyak benda.

“Ok..kalau macam tu esok awak lunch ngan saya ye. Saya masak untuk awak”, aku dah berkira-kira nak buat tom yam. Pastu aku nak buat sambal goreng dengan telur dadar.Emm..sedap. Tapi aku tau buat ke??? Zafril yang mendengar tersedak. Aku cakap bendayang pelik ke?

“Awak nak masak untuk saya? Ni boleh masuk Malaysia book of record ni..”, aku menjeling tajam. Orang nak masak untuk dia kira baguslah tu. Lagi mau perli-perli.

“Ok sayang. Nampaknyer tak lena la saya tido malam ni asyik teringatkan awak.’’ Aku dan Zafril gembira menikmati hidangan tengahari kami.

Ish..tak sabar rasanya nak masuk dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience