Bab 16

Humor Completed 23733

BAB 16

Apa payah sangat aku nak buka mata ni??? Beratnya. Kelopak mata aku usaha gerakkan.Ternampak selintas cahaya. Pedih la pulak. Terdengar juga suara-suara yang memanggil- manggil nama aku. Aku berusaha untuk membuka mata. Dan apabila mata aku terbuka wajah pertama yang aku nampak adalah wajah mak. Aku cuba untuk senyum.

“Ya Allah..syukurla Hurin dah sedar”, mak mengucap syukur sambil menggenggam erattangan kananku. Abah di sebelah hanya tersenyum.

Aku lihat satu-satu wajah di situ. Kak Anis dan Abang Shamsir, Zara dan Shira pun ada.

“Hurin kat mana ni mak?”, aku pelik bila semua orang memandang pada aku.“Hurin kat hospital sayang. Dah 2 minggu Hurin tak sedarkan diri”, suara mak sedih tiba-tiba.

Apa? Dua minggu aku tak sedar? Ha?? biar betul? Kepalaku sakit tiba-tiba.

“Aduh..”, aku mengerang kesakitan.“Dah Hurin. Hurin rehat dulu ye”, abah menenangkan aku. Aku memejamkan mata danaku tak ingat aku tidur berapa lama.

“Mak, Hurin laparla”, itu perkataan pertama bila aku sedar dari tidur. Memang lapar la.Mak tersenyum.

“Ni mak ada masak makanan kegemaran Hurin, sup ayam, sayur campur, sambal goreng pun ada.’’

Seleraku terbuka luas mendengar masakan mak aku. Tapi aku tiba-tiba rasa malu sebab semua orang pandang aku. Zara dan Shira menghampiri aku.

“Hurin, maafkan kami ye”, aku senyum cuma. Apa yang aku nak maafkan? Diorang bukan buat salah apa pun. Cuma tak percaya kat aku je.

“Uwekkk..tak payah nak jiwang-jiwang kat sini ye. Dah..tepi! Aku nak makan. Lapar ni”,selamba aku berkata. Bukan apa..Aku tak selesa la dalam keadaan syahdu-syahdu ni.

“Hish..ko ni betul-betul sakit ke? Macam tak percaya je ko koma dua minggu...’’. Berkerutdahi Syira.

“Ye la makcik. eh..sikit la”, Zara mencapai sudu.

“Eee..mak aku masak untuk aku la”, aku menjegilkan biji mata.

“Dah...dah..jangan rebut-rebut. Banyak mak masak tu. Nak jamu satu hospital pun boleh”, kami semua ketawa.

“Assalamualaikum..”, serentak kami semua berpaling. Tengku Maisarah?“Waalaikumsalam...alhamdulillah Tengku tak apa-apa”, aku bersuara lega. Dah lama akunak tanya macam mana keadaan Tengku Maisarah tapi tak tertanya.

“Hurin..maafkan saya”, Tengku Maisarah menghampiri aku. Semua orang keluar dari bilik itu. Cuma tinggal aku dan Tengku Maisarah.“Hurin, saya tahu saya banyak bersalah pada awak. Saya terlalu cemburukan awak Hurin.Memang saya mengaku saya sukakan Zafril. Tapi Zafril tak pernah sukakan saya. Dia hanya anggap saya sebagai kawan baik saja. Kalau tak dah lama saya dengannya sebelum awak muncul lagi Hurin.

Bila Zafril beritahu yang dia sudah ada pilihan hati, saya bertekad nak bertemu dengan awak. Dan bila saya kenal awak, saya sakit hati. Awak sentiasa dikelilingi orang-orang yang menyayangi awak. Semua orang pasti sukakanawak. Betul kata Zafril. Dia minta saya mengenali awak dengan rapat. Awak ada sesuatuyang boleh membuat setiap orang pasti berasa mesra dengan awak. Sedangkan saya.. saya tak ada sesiapa. Tapi saya tetap tak mahu menerima hakikat. Saya fitnahkan awak tapiawak masih nak selamatkan saya. Maafkan saya Hurin”, panjang lebar Tengku Maisarah berkata.

Nak kata aku dengar semuanya..tak sangat kot. Sebab dia cakap sambil nangis… pastu laju pulak tu. Yang aku faham dia minta maaf dengan aku la.“Eer...saya..saya pun nak minta maaf pada Tengku”, Tengku Maisarah terus memeluk aku.

“Awak memang baik Hurin. Patut la Zafril sayang sangat kat awak”, aku terdiam. Ye ke?Tapi aku dah kecewakan Zafril.

“Tengku..”

“Panggil Sarah saja Hurin”, Tengku Maisarah senyum. Ha..kan cantik tu senyum ikhlas.

“Sarah...err...Zafril mesti dah tak suka kat saya sebab saya banyak kali kecewakan dia”,aku tertunduk.

“Hurin..Hurin...sorry to say la..tapi awak ni memang lembap betulla..dah terang-terangZafril tu sayang sangat kat awak. Masa awak koma, siang malam dia tunggu awak kat luar tau”

Ye ke? Tak nampak pun dia...selamba betul kata aku lembap..eh memang lembap sikit hal-hal macam ni. Tapi bab makan ngan tido laju..

“Saya tak nampak pun dia”, berkerut dahi aku.

“Dia segan nak jumpa awak. Dia kata dia rasa bersalah sangat sebab biarkan awak sampai jadi macam ni. Sebenarnya dia tahu saya pandai berenang.

Hari tu dia tahu saya pura-pura lemas tapi dia tak beritahu sesiapun.

Dia sedih sebab biarkan awak kena marah.Jangan salahkan dia ye Hurin. Saya yang bersalah”, muka Tengku Maisarah berharapsangat.

“Hurin ni bukan setakat lembap tapi memang lurus bendul”, Zara menyampuk di belakang. Entah bila Zara dan Shira masuk entah. Tengku Maisarah tersenyum.

“Errr..boleh tak I jadi kawan you all?”,

“Mestila. Kan kita dah kawan sekarang?”, aku memegang tangan Sarah.“Yeh...lepas ni kita jadi 4 serangkai. So bila nak naik roller coaster kat Genting tu kitasemua ada partner”, Shira tersenyum gembira. Ceh..itu yang dia fikirkan.....

.“Ada syarat!”, tiba-tiba Zara bersuara. Semua mata memandangnya.“Ko kena bahasakan diri aku dan ko panggil kitorang kau!!! Aku geli gleeman sebenarnya beryou... ber I.... Boleh?”, aku dan Shira ketawa melihat Sarah mengangguk-angguk kepala.

“Tapi kira terror gak ko berlakon hari tu ye Sarah. Bolehla tukar profesion.Setakat FashaSandha ko nak kalahkan tak jadi hal”, Sarah ketawa.“Tak nak la. Nanti kesian kat dia tak boleh cari makan”, wah..dah pandaidah....hehehehehe......

“Hah Hurin, ko tak teringin ke nak berbaik dengan Zafril?”, Shira tetiba tukar topik pasalZafril. Aku terkebil-kebil.

“Eh..bukan dulu ko kate aku tak padan dengan dia ke?”, aku saje je.

“Yela..aku saja je cakap macam tu. Nak bagi ko bersemangat pertahankan hero daridiambil hatinya oleh si puteri Tengku Maisarah.. Tapi tak sangka heroin ni cepat sangatmengalahnye. Lembap le katakan”, selamba ye ko Shira....“Apa aku nak buat ar?”

“Hah tengok tu. Kan aku dah kata. Dia ni memang lembap”, Sarah dan Zara menggelengkepala. Aku pulang ke kampung setelah aku ditahan 2 hari lepas aku sedar dari koma.Bos bagi aku cuti rehat sebulan. Nasib baik makcik kenit ni ada. Bolehla isi masa lapangaku dengan menyakat dia. Mak ngan abah aku pulak ikut je apa yang aku nak. Nak makan jantung pisang, laju je abah aku pergi cari kat pasar. Nak makan mee bandungBangi, Kak Anis cepat je pergi belikan. Nak Zafril…takder sape nak tolong. Hehehehe…Zafril tak pernah datang menjenguk aku pun. Aku pun ape lagi hantar la sms kat dia. Nak call tak berani.

“Awak”, tu je aku tulis. Lepas tu Send..tak lama lepas tu dia reply.

“Ye?’’ Eh ni je orang tua ni balas?. Buang karen betul...plus buang credit.

“Awak tak balik kampung ke?”

Aku reply balik.“Tak”

Eee..dia ni..tak nak layan aku cakap ar tak nak layan. Aku mendiamkan diri. Tiba-tiba mak masuk ke dalam bilik.

“Hurin”, aku memandang mak.

Nampak pelik je mak aku ni.“Kenapa mak?”, aku kehairanan. Ni yang saspen ni...

“Mak nak tanya Hurin, Hurin suka ke tak pada Zafril?”, Ish..mak aku ni. Direct betul soalan.

Cuba la bagi kiasan dulu. Lepas tu boleh la aku jawab sambil senyum simpulmalu-malu.

“Makcik Yah nak masuk meminang Hurin. Kalau boleh minggu depan nak buat majlis pertunangan”, terkejut tapir aku. Pinang? Bertunang?

“Kalau Hurin tak nak takpe. Makcik Yah tak kisah. Dia dah anggap Hurin macam anak perempuan dia jugak”, mak mengusap rambutku.

“Errr..Hurin...Hurin...nak”, hehehehehe... kali ni aku tak nak lepaskan peluang.

“Yes..mak dah agak dah......Tak lama lagi buat kenduri la mak”, mak aku ni terlebihexcited pulak. Patutnya aku.

“Oh ye..Zafril ada kat depan tu. Pergila jumpa dia”, eeee...dia tipu..Kata tak balik kampung. Aku segera berlari keluar. Termalu kejap sebab abah dan Abang Syamsir punada tengah berbual dengan Zafril dan ayahnya. Makcik kenit pulak elok je duduk atasriba Zafril. Eeeeee....

“Hah..yang berlari ni kenapa? Takkan tak sabar nak jumpa Zafril kot”, abang Syamsir mengusik aku. Apalagi...pink ar muka aku.“Abahnya..Hurin dah setuju dah. Dia kata nak cepatkan nikahnya pun takpe”, eh...aku cakap setuju je..tak kata ayat yang belakang tu. Mak aku memandai je tambah. Makcik Yah pun ada rupanya.

“Jomla ke dapur. Hah..Hurin bincang dengan Zafril elok-elok. Jangan nak merajuk ajekejenya”, mak aku dan semua orang berlalu ke dapur sambil ketawa-ketawa. Cuma makcik kenit je tak bergerak dari tadi. Aku memberi isyarat pada makcik kenit supaya beredar. Makcik kenit ni boleh buat tak reti je.

“Shahira, maklong panggil tu”

“Takde pun”“Ada”“Takde”

“Eee..Kak Hurin dengarla. Maklong tanya Shahira nak tak aiskrim durian tu lagi. Kalautak dia nak makan habis”, secepat kilat makcik kenit berlari ke dapur. Hahahahahaha...Aku ketawa. Padan muka kena tipu. Tapi ketawa aku terhenti bila Zafril merenung.

“Awak”.....aku memulakan bicara.

“Saya minta maaf ye. Saya selalu kecewakan awak”, aku tunduk merenung lantai. Zafril ketawa. Aik..dia boleh ketawa pulak. Aku tak puas hati ni.“Saya cakap serius la. Apesal pulak awak gelak ni?”, Zafril kembali merenung aku. Niyang tak tahan ni.

“Hurin, jadi isteri saya”, ni dia melamar aku ke? Alah..kenapa takde cincin ke..bungake....paling kokak pun coklat cadbury...“emm...nanti la saya fikirkan”, aku sengaja mengusik.

“Ok. Kalau macam tu saya pergi cari Tengku Maisarah la sementara tunggu awak berfikir. Lama sikit pun takpe”, selamba Zafril bersuara. Ish....

“Berani la buat macam tu”, aku menjegilkan biji mata sambil bercekak pinggang. Zafrilketawa lagi.“Awak...saya cintakan awak sangat-sangat. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Sayatakde harta bergunung nak bagi kat awak tapi saya harap awak terima saya seadanya.Emmm..macam saya terima awak...macam........”, Zafril ketawa lagi.....

“Macam ape?”

“Ye la...saya terfikir macam mana la saya boleh jatuh hati dengan Hurin Ain Syazwinye..dahla tak pandai naik basikal, lepas tu selalu masuk longkang, tak tahu mana lalangmana serai, terlupa masak nasi, lepas tu suka merajuk sampai tak makan, tapi sempat lacuri-curi makan.....”, ketawa Zafril semakin kuat... eeee....... aku cubit lengannya.“Aduh..sakitla....dengar dulu saya nak sambung ni...tapi Hurin saya ni ade sekeping hatiyang sangat baik yang menjadi milik saya akhirnya”, aku senyum bahagia.

Sayangnya kat dia.

“Percaya pada saya Hurin. Cinta saya hanya pada awak”, romantiknya. Saat ni aku tak nak bunga ke, coklat ke, cincin ke......aku hanya nak dia je... hehehehehe.....“Eh...awak tipu. Cinta awak bukan kat saya je. Lepas sorang-sorang saya kena bersaingngan pompuan yang minat kat awak. Penat la”, berkerut dahi zafril.

“Siapa pulak la kali ni? Anita? Syikin?”, hah..bukan setakat Tengku Maisarah je kejar dia? Ada lagi pompuan lain? Waaaa.....

“Amboi..ramai koleksi nampak”, Zafril ketawa mengusik.

“Kak Hurin tipu!”, Makcik kenit tiba-tiba muncul. Ish....sibuk betulla budak kecik ni.

Aku hantar balik Melaka kang hari ni jugak baru tahu.

“Kak Hurin tipu. Bukan maklong yang habiskan aiskrim tu, tapi kak Hurin yang habiskan”, hahahahaha... memang aku yang habiskan.

Yela...abah aku beli semangkuk besar aiskrim perisa durian. Separuh je budak kecik ni dah habiskan. Aku pun apelagi lahabiskan lagi separuh. Mana aci dia makan sorang-sorang.

“Ok sayang, kejap lagi kita pergi makan aiskrim nak?”, Zafril mendukung Shahira .Alah...dah besar pun nak dukung.

“Ok. Sayang abang Zafril. cupp......” hah? Dia cium pipi Zafril? Nak kena budak kecik ni? Kenapa dia yang rasmikan dulu????

“Hah..tengok!!! Kan saya dah kata awak bukan sayang saya sorang je. Ni makcik kenit nisibuk nak kat awak jugak”, aku menyilang tangan.

Zafril ketawa besar diikuti ramai yang ketawa kat belakang aku.

“Hurin… Hurin… dengan Shahira pun dia boleh jeles”, abah menggeleng-geleng kepala.

“Itula Yah oi. Kadang-kadang aku rasa si Hurin ni sama baya je dengan si Shahira ni”,mak ketawa mengenakan aku. Habis semua orang gelakkan aku. Ciss.. Kurang asam...Tapi lepas tu aku pun ikut sama ketawa. Dia nak sayang makcik kenit ni takpe, kalau orang perempuan lain siap Zafril.

Dalam gelak tawa ni, aku sebenarnya dalam debaran menghitung hari untuk melangsungkan hari bahagia kami.

Walau selama mana tempoh masa perkenalan dalam sesebuah perhubungan pasti ada dugaannya, aku bersyukur kami berjaya mengharungi ujian dalam kisah cinta ekspress kami ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience