BAB 12

Romance Completed 44559

HARRITH ARASH & AIN SAKEENA

“ Ain!!!” laung Arash. Ain menghentikan langkahnya. Arash berjalan mendekatinya.

“ Ain...aku nak minta maaf kat kau. Kau menangis ker?”

“ Mana ada! Apa hal kau nak minta maaf kat aku pulak. Dah..lah..kau pergilah dekat awek kau tu!”

“ Ain..apa kau cakap ni. Itu bukan awek aku. Tapi bekas awek aku.”

“ So?”

“ Ain..sebenarnya aku cakap sesuatu dengan kau.” Arash harus meluahkan perasaannya hari juga. Sahlah..hatinya sudah terpaut kepada pemilk nama Ain Sakeena. Walaupun dirinya dahulu pernah berjanji bahawa tidak akan pernah percaya pada cinta, akhirnya dirinya juga yang terpaksa merana. Kini, Arash perlu menjelaskan segala-galanya untuk mendapatkan cinta Ain.

“ Aku tak ada masa nak cakap dengan kau. Aku nak balik lar.”

“ Ain..tunggu sekejap! Kenapa kau nak lari dari aku? Kau cemburu ker?”

“ Bila masa kau cemburu? Perasan!!” Ain menjawab dengan geram.

“ Macam tu lah..actually...I’m officially missing you Ain Sakeena. Dah lama tak dengar you marah-marah. I rindu lah nak dengar suara you.

“ Hah??”

“ Ain..saya sebenarnya nak cakap yang saya..dah mula sukakan awak dan akan selama-lamanya sukakan awak. Saya harap awak sudi jadi teman special saya?” Mata Ain berkelip-kelip kerana terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh Arash. Ain tidak menyangka Arash akan meluahkan perasaannya di depan khalayak umum. Macam buat drama pulak kami ni.

“ Alahai..malunya aku. Arash ni kalau nak confess cinta pun, agak-agak lar kat mana. Ni...kalau aku ni artis, dah sah-sah..esok terpampang kat surat khabar. ‘Seorang artis wanita dilamar oleh kekasihnnya di depan khalayak ramai.’ Macamana aku nak cakap ni yer. Aku pun sukakan dia juga. Eh..kau ni Ain. Kau kan memang tak tahu malu sikit. Kau jawablah. Takkan kau nak buat Arash tertunggu-tunggu. Kesian dia. Macam menaruh harapan sangat ni.

“ Harith Arash ...I’m officially in love with you” luahku dengan senyum. Arash turut mengukir senyum. Tanpa sedar, Nad mengambil gambar aku berdua dengan Arash. Dah ada daa...wartawan yang tak berbayar ni.

“ NAD!!!!!” Jeritku..aku mengejar Nad.

.....

3 TAHUN KEMUDIAN.....

Akhirnya aku secara rasminya menjadi isteri kepada Harith Arash. Semua ahli keluargaku menerima dengan senang hati sekali. Paling teruja ibu bapa kami berdua. Pada mulanya, memang niat mereka ingin menjodohkan kami berdua. Tapi..tak sangka pula, memang betul-betul menjadi.

“ Abang..sayang nak pergi honeymoon kat Korea lar!”

“ Ok...dear. Untuk sayang, apa-apa pun boleh.”

“ Sure! Kalau macam tu, sayang nak tengok konsert Kpop bila kita pergi sana nanti tau.” Ucapku.

“ Apa? Lagi sekali?” Arash menggeleng-geleng kepalanya. Bulan lepas, isterinya itu sudah ke Singapura untuk menonton konsert Ft Island. Kali ni lagi sekali.
Haihh geram je aku tengok muka suami aku ni. Apapun aku bersyukur kerana Allah telah hadiahkan aku seorang lelaki yang menjaga aku dengan baik. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat dan asyik bercakaran saja hampir saban hari. Namun rindu seringkali menjengah laku ia transform kepada perasaan yang aku pasti dan sah bahawa aku sudah angaukan suami aku. Seterusnya segala perasaan itu yang menjadi cinta. Angau pun angau lah! Yang penting aku ada suami oiii!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience