BAB 10

Romance Completed 44559

HARITH ARASH

Hampir 3 minggu sudah berlalu. Entah kenapa tiba-tiba Arash teringatkan Ain. Nak dikatakan rindu..mustahil. Selepas kejadian di pawagam hari tu, Arash tidak pernah berjumpa lagi dengan Ain. Walaupun, kadang-kala Ana selalu bertelefon dengan Ain, Arash terpaksa pura-pura tidak mendengarnya. Pada hal, Arash selalu curi-curi dengar diluar bilik Ana. Kalau Ana menggunakan telefon rumah, Arash selalu curi-curi mendengar perbualan adiknya bersama dengan Ain melalui telefon rumahnya yang berada di biliknya.

Arash tidak tahu kenapa dia jadi begini. Rasa rindu pula nak dengar suara minah tu kalau bergaduh dengan aku.

“ Abang...abang..” sapa Ana.

“ Oh..kamu Ana. Buat abang terperanjat saja. Kenapa?”

“ Tak ada lar. Ana tengok abang ni macam berangan jer.”

“ Ish..mana ada. Ni..pakai baju cantik-cantik ni..nak ke mana?”

“ Ana nak keluar dengan Ain dan Nad.” Terus berubah seratu peratus riak wajah Arash bila mendengar nama Ain. Arash pura-pura berlagak tenang. Padahal..dalam hati sudah dup dap dup dap.

“ Ehm..nak keluar ni pakai abang la ni kan?” soal Arash

“ EEEE...perasanlah abang ni. Kita kena jemputlah.”

“ Hah!! Siapa?” Arash sedikit kecewa. Macamana aku nak jumpa dengan Ain ni?

“ Nad lah. Dia kan ada kereta. Kenapa? Abang nak ikut ker?” sengaja Ana menyoal abangnya. Ana sedar akan perubahan abangnya itu. Bila jer dia sebut nama Ain, muka abangnya terus berubah. Macam orang tengah angau. Sama la juga dengan Ain. Bukannya Ana tak perasan. Bila jer Ana sebut nama abangnya didepan Ain atau kat dalam telefon, mula lah muka Ain bertukar malu-malu.

“ Ish...buat apa nak ikut korang. Tak nak lah. Baik abang dok kat rumah jer.” Jawabnya. Dalam hati...mahu tapi malu. Ana ketawa melihat telatah abangnya itu.

“ Ok..lah. Ana pergi dulu. Nad dah sampai tu.”

“Kejap-kejap..kamu nak pergi mana ni?”

“ KLCC..jer. Nak jalan-jalan. Ok..bye.” Ana menyalam tangan abangnya.

Arash segera berlari ke atas menuju ke biliknya untuk menukar bajunya. Aku pun nak pergi KLCC la.
Usai sudah memarkir kereta Teananya, Arash terus masuk ke dalam KLCC. Mata Arash mencari-cari kelibat adiknya. Tak juga jumpa-jumpa. Mana la dorang ni. Arash tidak berpuas hati. Asal nampak Ain dari jauh, cukuplah. Arash terus menelefon adiknya kerana ingin tahu adiknya berada di mana sekarang.

“ Hello, Ana.”

“ Hello..abang.” jawab Ana yang kini berada di MC’Donalds.

“ Ana..belum lagi ker?” entah soalan apa daa..yang ditanya Arash kepada adiknya. Pada hal baru saja adiknya sampai di KLCC.

“ Apa la abang ni. Ana kan baru sampai. Takkan la nak balik.”

“ Oh..yer ker. Ana kat mana ni?”

“ Kan Ana dan cakap kat KLCC.”

“ Ya lah..KLCC..tapi di mana?”

“ Oh... MC’Donalds.”

“ Ok. Bye.” Terus sahaja Arash mematikan talian. Arash mengukir senyuman. Arash terus menuju ke MC’ Donalds.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience