BAB 5

Romance Completed 44559

HARITH ARRASH

Arash keluar dari perut kereta Mercedes Benz itu lalu terus sahaja berjalan masuk ke dalam rumahnya. Pak Kassim segera mengeluarkan bagasi Arash yang berada di dalam bonet kereta. Nampaknya, angin Arash masih belum baik semenjak lamarannya ditolak oleh kekasihnya itu. Apalagi, Arash baru sahaja berpisah dengan kekasihnya itu.

“Arash dah balik sayang!” ujar Datin Rohana yang teruja menyambut kedatangan anaknya itu. Namun, semuanya hanya sia-sia sahaja kerana Arash terus sahaja melangkah laju menapak ke bilik kamarnya.

“ Eh..kenapa pulak abang Arash tu? Macam orang tengah marah jer?” soal Ariana tiba-tiba yang mengejutkan Datin Rohana.

“ Enah lar. Ada la tu yang tak kenanya. Tak apa lah. Kita biarkan abang kamu tu berehat. Tentu dia penat tu.” Ucap Datin Rohana.

Ariana berlalu pergi menuju ke kamarnya. Sementara Arash terus mengurung dirinya di dalam bilik. Hatinya masih terluka gara-gara sikap bekas kekasihnya itu menolak lamarannya dan meminta putus hubungan dengannya.

“ Heh...aku tak akan percaya cinta lagi. Aku tak akan sesekali percaya pada perempuan lagi. Tak akan!!!” ucap Arash sendirian.

Arash mengoyak gambar-gambarnya bersama Shasha. Segala pemberian Shasha kepadanya juga telah Arash simpan semuanya ke dalam kotak untuk dibuang ke tong sampah.

......

Wow!!!! Besarnya rumah Mak cik Rohana ni. Kalau aku nak buat photoshoot freestyle kat laman rumah Mak cik Rohana, baru gempak babe..sempat pulak aku berangan-angan.

“ Ain! Betul ker aku boleh ikut masuk ni? Aku seganlah.” Ujar Nad. Aku terpaksa mengajak Nad untuk menemaniku ke rumah Mak cik Rohana. Sebabnya..mama aku ada urusan bisnes dengan pembekal. Jadi terpaksalah aku menjadi al-wakil buat famili aku.

“ Apa yang kau nak segan? Kita bukannya masuk kelab malam kot?” sempat aku loyar buruk pada Nad. Nad terus mencubit lenganku.

“ Aduh!!! Sakitlah.” Ucapku.

“ Tu lah kau. Aku serius. Kau main-main pulak.”

“ Tak payah lah nak segan-segan. Jom kita masuk dan makan yang sedap-sedap.” Kami berdua ketawa.

“ Assalamualaikum.” Sapaku pada semua tetamu yang sudah datang.

“ Waalaikumussalam.” Jawab semua tetamu. Kami berdua bersalam dengan semua tetamu yang ada di dalam rumah itu. Aku sudah nampak kelibat Mak cik Rohana yang sedang bersiap-siap di dapur. Aku menarik lengan Nad untuk menuju ke dapur.

“ Assalamualaikum Mak cik.”

“ Eh..Ain. Waalaikumussalam.” Mak cik Rohana terus meraih aku ke dalam dakapannya. Begitu juga ke arah Nad. Kami berdua naik segan pula. Aku sempat bertegur sapa dengan Ariana juga.
Mak cik Rohana membawa aku dan Nad pergi ke ruang tamu untuk duduk bersama-sama dengan para tetamu yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience