BAB 9

Romance Completed 44559

Ain dan Ana ketawa bersama-sama. Nad masih blur. Mereka berempat masuk ke dalam pawagam. Ana terus menarik tangan Nad untuk duduk di sebelah kanannya. Terpaksalah Arash duduk di sebelah kiri Ana. Sementara Ain tidak punya pilihan lagi memandangkan duduk di sebelah Arash walaupun hatinya tidak rela untuk duduk bersebelahan dengan musuh ketatnya. Ana gembira kerana rancangannya berjaya juga.

“ Ishhhh...menyampahnya aku duduk dengan mamat kat sebelah ni. Macam ni susahlah nak layan movie Breaking Dawn ni.” Aku menjeling tajam ke arahnya. Lelaki itu turut membalas dengan jelingan tajam juga. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“ Aku lagi lah menyampah duk kat sebelah perempuan ni. Dahlah..pendek..tapi mulut dia boleh tahan juga kuatnya. Apasal la aku boleh ikut adik aku ke sini. Kalau aku tolak awal-awal tadi kan, tak adalah aku jumpa dia kat sini dan duduk kat sebelah dia ni. Eee..alergik!” omel Arash di dalam hati.

Sudah 1 jam movie bermula, dari tadi aku menahan geram. Bukan apa..aku tak tahu tangan siapa yang gatal nak pegang-pegang bahu aku. Kalau aku nampak orang yang kurang ajar tu, aku taekwando dia kat dalam pawagam ni. Buat masa ni aku bersabar dulu. Tapi kalau orang tu buat hal lagi, sah lepas ni memang orang tu 3 bulan duduk kat hospital.

Arash..kejap-kejap menjeling curi-curi ke arah Ain. Apa hal dengan minah ni? Macam tak selesa jer duduk kat sebelah aku ni? Arash n menghidu baju T-shirt Polo miliknya di kiri dan kanan, tak ada pun bau. Apa hal muka minah ni macam menahan sesuatu jer? Tiba-tiba, mata Arash terlihat sesuatu yang menjalar ke bahu Ain. Tapi..penglihatan Arash tidak berapa jelas disebabkan keadaan dalam pawagam yang agak gelap.

Usai 2 jam kemudian, lampu pawagam terus dibuka. Ain sempat menangkap tangan gatal yang berkali-kali memaut bahunya sepanjang menonton wayang tadi. Puas sudah Ain menahan geram. Sudah lama ditunggunya.

“ BUKKKK!!!” satu tumbukan buku lima dari Ain dihadiahkan kepada lelaki yang kurang ajar itu. Habis riuh pawagam tersebut. Ain sudah tidak peduli akan pandangan orang ramai. Ana, Nad dan Arash ternyata terkejut sekali dengan tindakan Ain yang menumbuk muka lelaki itu.

“ Kurang ajar punya lelaki. Berani kau pegang bahu aku. PANGGG!!!” Sekali lagi Ain menghadiahkan tamparan kepada lelaki itu. Lelaki itu terkejut sekali apabila dirinya diperlakukan sebegitu. Lelaki itu tidak sempat untuk menarik kembali tangannya semula semasa filem sudah habis ditayangkan.

“ Apa yang kau merepek ni perempuan? Bila masa aku cuba pegang bahu kau pula? Tengok..kau yang pegang tangan aku! Tak malu punya perempuan!” bentaknya.

“ Hoi..kau ni memang dasar lelaki gatal. Dah kena tangkap oleh aku, masih tak mengaku. Aku terpaksa menahan geram tadi sebab aku tak nak buat kecoh masa orang tengok wayang. Sekarang, wayang dah habis, aku yang buat wayang swasta kat sini. Ambik ni.” Aku menumbuk sekali lagi mukanya. Habis berdarah hidungnya.

“ Kau!!!” ujar lelaki itu. Lelaki itu cuba menumbuk ku semula. Namun...tiba-tiba, dihalang oleh Arash.

“ Hei! Kalau kau anak jantan! Lawanlah dengan lelaki! Bukkk!!” Kini Arash pulak menghadiahkan sebuah tumbukan. Terus terbaring lelaki itu.

“ Abang, dah lah. Ain...jom kita balik.” Ana memaut lenganku dan membawaku keluar dari panggung wayang. Nad mengikutku dari belakang bersama-sama dengan Arash . Arash cukup marah dengan perangai lelaki itu tadi. Memalukan kaum lelaki saja!

“ Ain..kau tak apa-apa ker? Kau ok?” soal Ana.

“ Aku ok.” Ucapku tenang.

“ Ya lah..tu. Kalau aku tak ada tadi, maybe kau dah masuk hospital kot sebab kena tumbuk oleh lelaki tu tadi.” Ucap Arash. Aku terus memandangnya. Serius..aku tiba-tiba jer nampak muka dia ni hansem masa tolong aku tadi. Tapi...aku tak ada mood la nak berdebat dengan ni.

“ Ok..terima kasih sebab tolong aku tadi. Ehm..Ana, aku balik dulu la yer.” Aku terus memaut lengan Nad untuk beredar dari situ.

Arash ternyata hairan dengan sikap Ain yang tiba-tiba berubah menjadi serius. Fikirnya..Ain akan cuba berdebat dengannya lagi. Tapi..Ain hanya mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan juga Ana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience