BAB 7

Romance Completed 44559

Terkocoh-kocoh aku berlari menuju ke tempat duduk ku. Aku terus mengambil gelas minumanku untuk ku minum. Waa...aku rasa macam gunung berapi nak meletus dah ni..padan muka dia. Baru dia tahu siapa aku. Dia ingat badan besar macam tu, boleh takutkan aku ker..no way! Aku ada black belt taekwando lar.
“ Apa hal kau ni Ain? Macam kena kejar hantu jer?” soal Nad.

“ Ini bukan hantu yang kejar aku tapi Godzilla kot? Nanti lah aku cerita. Yang penting kita makan dulu. Aku dah lapar ni.” Ucapku.

“ Cepatlah makan Ain..nanti sejuk pulak makanan kau.” Ujar Ana.

Sedang-sedang aku syok menikmati ayam..kukus..grill..panggang..kukus...grill..panggang...tiba-tiba??

“ Jemput makan Ain. Nanti bila dah habis makan, Mak cik ada sedikit makanan nak beri mama kamu. Ya lah..sayang mama kamu tak dapat datang hari ni kan.” Tiba-tiba Mak cik Rohana datang mencelah dari belakangku.

“ Ok..mak cik. Nanti Ain jumpa Mak cik.

Arash masih mencari-cari kelibat perempuan itu. Rasa tidak puas hatinya masih berbekas di hatinya. Berani betul perempuan tu cari pasal dengan aku. Selama aku jumpa perempuan, tak pernah lagi aku jumpa perempuan yang brutal macam tu. Semua perempua yang aku jumpa mestinya lemah lembut.

Arash menoleh sesekali ke kiri dan kanan. Matanya tiba-tiba tertancap pada seorang perempuan yang bertudung biru lembut sedang enak makan bersama..adiknya.. Ariana? Takkanlah kawan Ariana?

Ah..peduli apa..aku dah jumpa dia..perhitungan harus dibuat. Kau tunggulah..baru sahaja, Arash ingin melangkah..tiba-tiba ayahnya pula datang memanggil untuk membantunya melayan tetamu yang hadir. Dengan berat hati, Arash terpaksa mengikut ayahnya keluar juga.

Usai selesai sudah majlis kenduri, aku dan Nad terus menolong Mak cik Rohana mencuci pinggan mangkuk di dapur. Begitu juga dengan Ariana. Walaupun aku dan Ariana ni sudah lama tak berjumpa, namun oleh kerana sifat merendah diri yag ada pada Ariana membuatkan aku dan Nad cepat mesra dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience