BAB 4

Romance Completed 44559

Aku dan Nad berjalan masuk ke dalam KLCC. Wah! Ramainya orang kat dalam ni. Macam ni..susahlah nak jalan-jalan, ambil gambar ..nak lepak kat mana ni yer? Aku dan Nad masih tercari-cari port yang sesuai untuk kami berdua melepak bersama.

“ Nad, ramai juga orang hari ni yer? “

“ Memang lah. Inikan hujung minggu. Mestilah ramai orang. Apalagi sekarang ni kan musim cuti sekolah.”

“ Yer tak yer juga. Aku tahulah kau ni sekarang dah kerja jadi guru. Aku jer yang belum dapat-dapat lagi kerja. “

“ Tahu pun...tu lah kau. Restoran mama kau kan ada. Kau cubalah tolong ambil alih bisnes mama kau tu. Mana tahu kau ada bakat berniaga. Tak lah kau melepak jer dengan bf kau tu?

“ Hello! Kau kan tahu aku ni bab berniaga ni ada kureng sikit lar. Apalagi bab-bab masak-memasak ni. Kirim salam jer lar. Kalau kau yang nak rasa masakan aku pun, sure kau takkan nak kali kedua daa.”

“ Banyak betul alasan kau ni..jom kita lepak kat KFC lar..aku rasa lapar , Ain.” Ucap Nad sambil menggosok-gosok perutnya.

Kami berdua meneruskan perjalanan untuk mencari KFC. Usai sudah sampai, aku terus mencari temapt duduk untuk aku dan juga Nad. Aku hanya membiarkan Nad sahaja yang memesan makanan KFC untuk kami berdua. Sementara aku menunggu, aku mengeluarkan ipad yang ku bawa tadi. Apalagi...wi-fi ada, tangan aku pun gatal nak tengok Running Man. Aku memang tak boleh miss tengok rancangan ni. Aku memang tergelak habis daa..

“ Assalamualaikum.” Sapa seorang suara. Aku terus menghentikan video Running Man yang ku tonton di you tube. Lalu, aku menoleh ke arah suara itu.

“ Waalaikumsalam. Oh..Mak cik Rohana kan? Kawan mama?” ucapku dengan ramah.

“ A’ah. Ini Ain kan, anak Zahara kan?”

“ Ya.”

“ Mama Ain apa khabar? Sihat? “

“ Sihat, alhamdulillah. Mak cik pula? Apa khabar? Pak cik macamana?”

“ Semuanya sihat.”

“ Ain, tunggu siapa kat sini? Tunggu boyfriend ker?” usik Datin Rohana. Sengaja Datin Rohana berkata sedemikian. Sebenarnya sudah lama Datin Zahara berkenan dengan anak kawannya ini. Baginya..Ain Sakeena ini sangat sesuai sekali jika dipadankan dengan anak terunanya itu. Tapi, almaklumlah.. Arash sudah punya kekasih. Apalagi sekarang ini Arash sanggup ke New York semata-mata untuk berjumpa dengan kekasihnya itu. Katanya.. Arash sudah bersedia untuk melamar kekasihnya itu. Nampaknya...melepaslah peluan Datin Rohana nak bermenantukan si Ain ni.

“ Ain mana ada boyfriend Mak cik. Ain tengah tunggu kawan Ain ni. Dia tengah pesan makanan kat kaunter. Mak cik ke sini dengan siapa?”

“ Tu..hah..anak mak cik yang bongsu tu hah. Ariana tu baru jer balik dari oversea. Dia yang ajak Mak cik nak makan kat sini.” Sebenarnya aku dan Ariana tu sebaya tapi memandangkan dia sekolah kat oversea, jadi kami jarang jumpa la.

“ Oh...Ariana. Dah lama tak jumpa dia.”

“ Yer...betul tu. Mak cik lupa nak beritahu kamu ni. Hari jumaat ni, jangan lupa beritahu ayah dan ibu kamu pergi ke rumah Mak cik. Mak cik ada buat kenduri doa selamat sempena meraikan kepulangan anak bongsu Mak cik tu. Selepas ishak yer..Ain datang lar sekali yer. Baiklah..mak cik nak ke sana dulu.

Assalammualaikum.” Aku segera menyalam tangan Mak cik Rohana. Mak cik Rohana berlalu pergi.

“ Dah sampai pun makanan kita...jom kita makan.” Ucap Nad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience