BAB 11

Romance Completed 44559

MacDonalds

“ Ain, kau tadi abang aku ada call lar.” Ana sengaja ingin melihat reaksi wajah Ain.

“ Uhuk..uhuk..” Ain yang sedang minum air Pepsi terus terbatuk.

“ Kau ok ker?” soal Nad,

“ Aku ok..ok..”

“ Kenapa abang kau call?” soal Ain.

“ Tak ada lar. Dia tanya aku kita kat mana sekarang ni? Tu jer.”

“ Oh..yer ker.”

“ Eh...Ana..Ana..kau tengok kat luar tu! Tu bukan abang kau ker?”

“ Mana..mana..?” Ana dan Ain terus berpaling ke luar untuk melihat gerangan Arash.

Arash sudah semakin dekat menghampiri MC’Donalds. Eh..kalau dorang nampak aku nanti, apa aku nak bagi alasan ya..bagitahu jer ibu nak makan MC’D. Senang cerita. Saat kaki Arash ingin melangkah masuk ke dalam, tiba-tiba....

“Arash!!” laung suara lembut dari belakang.”

“ Shasha!! What the hell are you doing here?” ujar Arash dengan kasar.

“ Look! Sayang..I rasa menyesal sangat sebab dah tolak lamaran you. I nak kita balik semula. Please!!” rayu Shasha. Arash ternyata terkejut dengan kehadiran Shasha di situ. Dia tidak menyangka sekali yang Shasha sudah balik ke Malaysia.

“ Aku peduli apa kau nak menyesal. Antara kita berdua dah tak ada apa-apa lagi. Now..get out from my way.” Shasha cuba memujuk Arash dengan memegang tangan Arash.

Ain yang melihat kejadian itu bingkas bangun dan berlalu keluar dengan perasaan yang cemburu. Entah kenapa hatinya rasa cemburu saat ini bila melihat Arash sedang berdua-duaan dengan perempuan lain. Padalah antara Arash dengannya masih belum ada apa-apa tanda ikatan lagi.

“ Ain! Ain! Ain!” laung Ana dan Nad. Ana tahu mesti Ain sangat sedih sekarang ni. “

Ain hanya memandang sekilas sahaja Arash yang berada di luar MC’D itu. Arash terus melepaskan tangan Shasha yang memegangnya.

“ Abang! Apa buat ni? Tengok..Ain dah lari. Cepatlah kejar dia. Soal perempuan ni, biar Ana yang selesaikan.” Ujar Ana. Arash terus berlari mencari Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience