BAB 6

Romance Completed 44559

Usai sudah membaca doa selamat, semua orang dijemput untuk menjamu selera. Apalagi aku terus bangun menuju ke meja makan. Nad pula masih berborak-borak dengan Ariana. Aku kalau bab makan memang nombor satu. So, aku mestilah nombor satu juga bangun. Aku memilih makanan yang hendak ku makan. Ok...semuanya sudah ada.

“ Nad..Ana..pergilah makan. Aku dah ambik makanan aku ni. Aku nak pergi dapur dulu, nak cuci tangan. Aku malas nak berebut di meja makan tu walaupun dah ada pencuci tangan disediakan.” Ucapku. Mereka berdua ketawa dengan gelagatku.

“ Ok..la..Cik Ain yang kuat makan.” Usik Ana.

Aku berjalan menuju ke dapur. Aha!! Tu dia..tu dia..ucapku sendirian. Aku terus melangkah laju ke depan menuju ke sinki untuk mencuci tangan. Usai sudah mencuci tangan..tiba-tiba???

“ Adoii!!!” ucapku mengadu kesakitan. Sakitnya bahu aku. Aku rasa aku macam kena langgar beg pasir.

“ Ah!!! Lain kali nak jalan tu, pakai mata! Bukan lutut!! Faham!!” ucap seorang lelaki yang sedang marah kepadaku. Lantas aku menoleh ke arah suara itu.

“ Ewah-ewah...sedapnya mulut kau mengata aku. Kau tu yang tiba-tiba ada kat belakang aku..kenapa?? kalau kau tak ada kat belakang aku, tak der jadinya macam ni.” Balasku yang tidak puas hatinya.

“ Suka hati aku lah nak ada kat belakang kau ke, depan kau ke? Ini rumah aku! Kau tu siapa nak ajar aku!!” geramnya.

“ EEEE....bencinya aku dengan lelaki ni. Tak serupa dengan muka. Muka dia punyalah hansem macam owang putih..tapi bila dia buka mulut, putus sudah elektrik otak dia ni kot..giler..giler...” omelku dalam hati.

“ Apa hal kau tenung-tenung aku? Tak puas hati ker?” ucap sinisnya.

“ ADA AKU KISAH? Aku tak kisah lah ini rumah kau? Yang penting aku ni tetamu? So! Kau kena hormat tetamu! Faham!!” aku terus merenjiskan air ke mukanya. Hahaha...baru puas hati aku. Aku terus berlari keluar meninggalkannya.

“ Woiii!!!!!”jeritnya. Arash cukup marah dengan sikap perempuan itu tadi. Terus sahaja Arash keluar untuk mencari perempuan itu. Arash tida akan melepaskannya sebelum perempuan itu meminta maaf padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience