BAB 3

Romance Completed 44559

Hari ni hujung minggu. Aku dah ajak kawan aku, Nad jalan-jalan kat KLCC. Tidak dilupakan juga boyfriend aku aka kamera kesayangan aku dan juga ipad Apple aku.

“ PONNN!!!!” Nad membunyikan hon kereta Myvi miliknya.

“ Ain!!!! Kawan kamu dah sampai tu.” Laung mama. Aku segera berlari turun ke bawah menuju ke ruang tamu untuk menyalam mamaku.

“ Hello..Hello...sorry lambat sikit. Aku bawa boyfriend aku sekali.” Ucapku sebaik sahaja meloloskan diri ke dalam perut kereta Nad.

“ Hermm...kau ni kan memang selalu jer lambat. Apasal kau tak angkut jer apa yang ada kat dalam rumah kau tu? “

“ Ai...main kasar nampak? Tak ada lar..kau kan tahu aku tak boleh tinggalkan boyfriend aku ni. Kalau bf aku ni tak ada, alamat tak lengkaplah hidup aku seharian. Lagipun..mana tahu..kot-kot dapat tangkap gambar lelaki hansem?” selorohku.

“ Eeee...tak tahu malu punya perempuan. Dah lah dengan drama swasta kau tu. Jom kita gerak sekarang.” Ajak Nad.

Aku dan Nad memang sudah bersahabat baik sejak dari kecil lagi. Di mana ada Nad, di situ ada aku. Dan di mana ada aku, di di situ ada Nad. Cuma..kami berdua terpisah bila masing-masing melanjutkan pelajaran di universiti berbeza. Tapi..dengan adanya kemudahan Fac, aku selalu berhubung dengan Nad.

.......

HARITH ARRASH

“ Assalamualaikum, Arash.” Sapa ibu di talian.

“ Waalaikumsalam, Bu.” Jawab Arash.

“Arash..lama lagi ker kat New York?” soal ibu.

“ No. Arash dekat airport sekarang ni. Arash nak balik Malaysia hari ni juga. I’m sorry for not telling you earlier.”

“ Oh...tak apa lah kalau macam tu. Nanti bila Arash dah sampai kat KLIA, call ibu yer.”

“ Ok..assalamuaikum.” ucap Arash.

“ Waalaikumsalam.” Jawabnya.

Datin Rohana sebenarnya ingin tahu tentang jawapan lamaran kekasih anaknya itu. Tetapi, memandangkan Arash sudah ingin balik ke Malaysia, dilupakan sahaja hasrat itu. Sesungguhnya, di dalam hati, Datin Rohana tidak suka akan pilihan anaknya itu.

Shasha..walaupun anak orang kaya tapi kalau hilang nilai-nilai Melayu dalam etika berpakaian, baik lupakan sahaja. Namun, oleh sebab Arash satu-satunya anak lelakinya, terpaksa juga Datin Rohana mengalah.

“ Awak telefon siapa tadi?” soal Datuk Ariz.

“ Ehm...anak lelaki awak lar.” Jawab Datin Rohana.

“ Kenapa dengan Arash pulak? Bukan dia di New York ker sekarang ni? Katanya nak pergi melamar kekasih hatinya, Shasha. Macamana?”

“ Macamana apanya? Anak lelaki awak ni sekarang ni mungkin dah di dalam flight. Tadi saya call dia nak tanya pasal hal tu lah. Tapi.. Arash cakap, dia ada kat airpory sekarang nak balik ke Malaysia.”

“ Eh...cepatnya nak balik. Bukan dia baru pergi semalam ker?”

“ A’ah. Itulah..ini mesti ada yang tak kena ni. Tak apa lar..kita tunggu jer bila Arash dah balik nanti.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience