BAB 8

Romance Completed 44559

HARITH ARRASH

“ Abang..jom kita jalan-jalan. Ana bosanlah dok kat rumah ni. Lagi pun abang kan cuti. Kita pi tengok wayang lar..” ajak Ana pada abangnya. Ana tahu sebenarnya kalau waktu hujung minggu macam ni, abangnya itu lebih suka kalau duduk di rumah saja. Lagipun, ibunya juga sudah beritahu kepadanya tentang hubungan abangnya dengan bekas kekasihnya itu sudah putus. Oleh sebab itulah, Ana ingin mengajak abangnya pergi berhibur.

“ Malaslah nak keluar. Ana pergilah sahaja seorang. Minta Pak Kassim hantarkan saja lah.” Jawab Arash acuh tak acuh.

“ Ala..abang ni tak best laa..jomlah..kita pergi.” Ana sudah membuat muka kesian untuk memujuk abangnya itu.

“ Ya lah...tapi sekejap jer tau. Lepas habis tengok movie..balik terus. Faham.” Ucapnya. Arash tidak sampai hati ingin menolak permintaan adiknya itu.

Ana terus masuk ke dalam kereta nissan Teana abangnya yang berwarna merah scarlet itu. Sebenarnya, ini semua adalah rancangan Ana dengan Ibunya. Semalam Ana sudah menelefon Ain untuk ikut bersamanya menonton wayang hari ini. Ana sengaja mengajak Nad supaya nanti bila Ana membiarkan abangnya dan Ain melihat wayang bersama-sama, Ana dan Nad bolehlah jalan-jalan kat tempat lain.

“ Cepatnya masuk..tak sabar-sabar lagi ker?” ucap Arash pada adiknya.

“ Biasalah..dah lama tak tengok movie kat Malaysia ni.”

“ Ya lah.. tu. Ini..yang senyum-senyum ni kenapa? Macam ada yang tak kena ni?”

“ Tak..tak ada..ala..”

“ So..kita nak tengok wayang kat mana ni?” soal Arash.

“ Berjaya Times Square.”

Aku dan Nad menunggu Ana di luar pawagam. Janji pukul 2.00 petang. Sekarang masih awal lagi. Tidak lupa juga boyfriend aku aka kamera aku. Aku dan Nad sempat mengambil gambar bersama-sama.

“ Ain!!!” laung satu suara. Aku dan Nad menoleh ke belakang serentak.

Ana segera menghampiri Ain dan Nad. Arash mengikutnya dari belakang.

“ Kau!!!!” serentak aku bersuara bersama lelaki yang berada di sisi Ana. Ana dan Nad kehairanan.

“ Kau perempuan yang hari tu kan di rumah aku??” soal Arash tiba-tiba.

“ Kau lelaki yang langgar aku tu kan? Kan? Kan?” sengaja aku menekan soalanku.

“ Abang, kenapa ni? Kenapa marah-marah dengan Ain?”

“ Kamu tanyalah kawan kamu tu, apa dia buat dengan abang!”

“ Sorry sikit..kau tu yang cari pasal dengan aku dulu. Ana, dia ni abang kau ker? Tak padan langsung la dengan kau.” Ucapku sinis.

“ Ana! Jom kita balik sekarang. Abang tak ada mood nak tengok movie.”

“ Tak boleh abang. Ana dah lama tunggu movie ni. Ana nak tengok juga hari ni.” Rayu Ana.

“ Ana..biarlah abang kau nak balik. Kalau dia ada pun, bukannya dia boleh layan movie-movie macam ni?” ucapku sinis.

“ Apa? Kau cabar aku ker? Ok! Ana..jom kita beli tiket. Right now. Abang belanja.” Harith Arash memang pantang dicabar lebih-lebih lagi seorang perempuan. Rasanya perempuan ni sebaya dengan adiknya tapi..berani betul lah dia melawan dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience