Bab 16

Romance Series 20689

Tiba-tiba pintu bilik ditolak daripada luar. Wajah Umar terjengul di muka pintu.

“Kau dah bangun,” tegur Umar. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Dahlia selepas apa yang telah berlaku antara mereka malam tadi.

“Umar… Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kita…”

“Kau tak ingat?” soal Umar sedikit kecewa.

Dahlia menggeleng. Kepalanya masih terasa pusing.
“Kau tak ingat juga apa yang kau dah letak dalam air aku semalam?”

Soalan Umar buatkan tubuh Dahlia mengeras. Umar tahu? Sebab tu ke Umar tak minum air tu?

“Aku…”

“Kenapa Lia? Kenapa kau ikut je cakap Edri tanpa berfikir dulu? Seronok gunakan cara kotor macam ni?”

“Umar aku…” Dahlia kehabisan kata-kata. Dia nampak raut kecewa yang terlakar di wajah Umar.

“Kau jadi macam tu semalam sebab kesan ubat tu. Aku tak tahu macam mana kau boleh minum air yang sepatutnya kau bagi pada aku,” jelas Umar. Sekarang baru dia mengerti mengapa Dahlia hilang kawalan malam tadi. Semuanya kerana kesan ubat yang Edri berikan.

“Pergilah mandi. Dah masuk azan subuh. Kita solat jemaah.” Umar tak rasa sekarang waktu yang sesuai untuk mereka berbincang.

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

“KAU okey ke Lia?” soal Umar prihatin. Dia nampak wajah Dahlia pucat semacam. Mungkin keletihan berulang-alik ke hospital selama seminggu ni.

“Aku okey je,” balas Dahlia. Perutnya dipegang. Entah mengapa dua tiga hari ni perutnya terasa seakan mengejang. Tekaknya juga terasa loya.

Dahlia duduk di ruang menunggu berhadapan dengan bilik wad Pak Rahim. Mak Esah masih di dalam wad bersama dengan Pak Rahim.

“Kau nampak pucat. Kau tak sihat ke?” soal Umar lagi. Duduk dilabuhkan di sebelah Dahlia. Riak kerisauan terpancar di wajahnya. Dia benar-benar risau.

“Entahlah. Aku tak tahu. Perut aku rasa kejang. Aku tak pernah rasa macam ni. Tekak aku pun asyik rasa loya je. Tapi tak muntah pun. Badan aku masuk angin kut,” jelas Dahlia.

“Dah alang-alang kita dekat hospital ni, jomlah jumpa doktor,” ajak Umar.

Dahlia menggeleng. “Tak naklah. Nanti mak dengan abah risaukan aku pula. Aku okey je ni.”

“Betul ni?” soal Umar meminta kepastian.

“Ya, betul. Aku nak pergi tandas sekejap.” Baru Dahlia berdiri tiba-tiba dia rasa pandangannya berbalam. Dahlia hampir jatuh tapi Umar pantas menyambut tubuhnya.

“Kita jumpa doktor,” putus Umar.

Kali ini Dahlia tak boleh nak mengelak lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience