Bab 14

Romance Series 20689

“NAK pergi mandi ke?” tanya Umar.

Dahlia mengangguk. Pergerakannya jadi terbatas. Terpaksa menggunakan bantuan tongkat untuk bergerak. Tapi dia bukannya mahir sangat nak gunakan tongkat. Susah juga nak bergerak sebenarnya walaupun dengan bantuan tongkat.

“Sini, aku tolong.” Umar bantu Dahlia turun daripada katil.

“Tak apalah. Aku boleh pergi bilik air sendiri.” Dahlia menepis perlahan tangan Umar yang berada di bahunya. Kalau boleh dia tidak mahu susahkan Umar.

“Lah, aku cuma nak tolong je.” Nampak riak kecewa di wajah Umar bila Dahlia tolak bantuannya.

“Aku kenalah biasakan diri guna tongkat ni. Nanti kalau kau pergi kerja, aku kena bergerak sendiri juga.”

“Ya lah.” Umar akur. Tapi dia masih membuntuti langkah Dahlia. Mengawasi langkah Dahlia daripada belakang.
Dahlia mengutuk diri sendiri dalam hati. Kalaulah dia tak ikut cakap Edri untuk terjun daripada tingkap bilik, mesti semua ni tak akan jadi.

Tapi waktu zaman sekolah dulu elok pula dia terjun ikut tingkap. Dia mendarat dengan selamat. Mungkin sebab faktor usia agaknya sekarang. Tulangnya juga sudah tidak sekuat dulu. Ceh, macamlah tua sangat! Masih 20-an lagi.

“Haa nak mandi ke Lia?” tegur Mak Esah saat melihat kelibat anak dan menantunya itu.

“Ya mak.”

Mak Esah tengok terkial-kial Dahlia nak berjalan masuk ke bilik air dengan tongkatnya itu.
“Umar, masuklah sekali. Tolong mandikan Lia.”

“Mak!” Bulat mata Dahlia pandang Mak Esah. Eh, eh mak ni. Selamba je suruh Umar masuk dalam bilik air sekali.

“Apa? Bukannya orang lain. Suami kau juga. Mak tengok terkial-kial kau nak berjalan. Nanti kalau jatuh dalam bilik air tu, tak pasal-pasal je.”

Umar tahan ketawa melihat muka cemberut Dahlia. Dahlia cepat-cepat masuk ke dalam bilik air.

“Dah, cepat masuk Umar,” arah Mak Esah. Tubuh menantunya itu ditolak masuk ke dalam bilik air. Pintu langsung ditutup.
“Mak!”

Mak Esah di luar hanya ketawa. Eleh, malu-malu konon. Padahal suka! Dia pun pernah merasa zaman pengantin baru juga. Memang depan orang malu-malu tapi sebenarnya mahu!

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

“ERR…” Umar garu kepalanya yang tidak gatal. Dia pandang Dahlia. Dahlia pandang dia.

“Kenapa kau ikut masuk juga?” marah Dahlia.

“Mak yang suruh,” balas Umar lurus. Memang Mak Esah yang tolak dia masuk ke dalam bilik air sekali tadi.

“Dah tu, takkan kau nak tengok aku mandi?”

“Mak ada dekat luar tu. Takkan aku nak keluar. Kau nak mak syak hubungan kita?” bidas Umar kembali.

Dahlia merengus geram. Nak mandi pun tak senang lah!

“Aku pusing belakang. Kau mandilah. Aku janji, aku tak tengok.” Umar angkat tangan gaya seperti angkat sumpah.

“Boleh percaya ke kau ni? Kau curi-curi tengok aku, siap kau. Aku cucuk mata kau pakai garfu nanti.”

“Cepatlah mandi. Jangan membebel lagi.” Umar terus palingkan tubuh menghadap pintu. Jantungnya sudah berdegup kencang. Macam baru lepas habis maraton. Tak pernah terbayang yang dia akan berada di dalam bilik air bersama dengan Dahlia.

Dahlia masih teragak-agak ingin menanggalkan pakaiannya. Macam mana kalau tiba-tiba Umar pusingkan tubuh memandangnya?

“Cepat sikit Lia. Sakit kaki aku berdiri lama-lama,” omel Umar.

Dahlia merengus perlahan. Belum apa-apa dah lenguh kaki. Macam orang tua lah!

Sewaktu Dahlia ingin menggantung tuala mandinya, entah di mana silapnya dia hampir tergelincir jatuh.

“Ah!”

Sedar-sedar Dahlia sudah selamat berada di dalam pelukan Umar. Kalau Umar lambat tadi, dah lama dia tergolek atas lantai bilik air tu.

Mata mereka saling bertatapan buat beberapa detik.

“Err… Kau okey tak?” soal Umar. Dia membantu Dahlia berdiri kembali. Entah kenapa makin laju degupan jantungnya.

“Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau okey ke? Kenapa jantung kau…”

“Aku okey!” pintas Umar laju.

“Kau mandilah. Aku tunggu dekat luar. Kalau ada apa-apa, panggil aku.” Umar cepat-cepat keluar daripada situ.

Dahlia terpinga-pinga. Dia yang hampir jatuh tapi kenapa degup jantung Umar yang berdetak kencang? Waktu Umar sambut dia daripada jatuh tadi, jarak mereka sangat dekat sehingga dia dapat rasakan degupan jantung lelaki itu laju.

“Takkan Umar sakit jantung kut,” desis Dahlia sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience