SEDANG Umar dan Dahlia mengutip buah, tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.
“Umar, dah hujan!” jerit Dahlia. Tak sempat nak berteduh, mereka berdua sudah basah kuyup.
“Berteduh dekat pondok tu dulu.” Umar tarik tangan Dahlia menuju ke pondok kecil yang ada di dusun itu.
“Habis basah,” ujar Dahlia. Rambutnya yang berserabai disikat kembali menggunakan jari.
Umar pandang isterinya itu. Terus berubah raut wajahnya. Cepat-cepat pandangan dibuang ke arah lain.
“Kenapa?” Dahlia perasan Umar mengelak daripada pandang dia.
“Baju kau…”
Dahlia tunduk melihat dirinya. Dia sendiri terkejut. Hampir terlupa dia cuma memakai t-shirt lengan panjang berwarna putih. Bila basah, terpapar jelas bahagian dalamnya.
Tangan terus memeluk tubuh. Menutup bahagian dadanya. Umar yang tak sampai hati melihat, menanggalkan t-shirt yang dipakainya.
“Eh, kenapa kau buka baju ni?” soal Dahlia kalut sebaik Umar menanggalkan baju yang dipakai. Umar ni nak buat free show ke?
“Pakailah baju aku ni.” T-shirt miliknya dihulurkan pada Dahlia.
“Takpalah. Bukannya ada orang lain pun dekat sini. Kau je.”
Umar menghela nafas berat. Habis tu dia bukan orang? Macam mana Dahlia boleh serahkan kepercayaan kepadanya 100%?
“Aku pun lelaki juga Lia,” ujar Umar tiba-tiba.
Dahlia ketawa. Menutup rasa gemuruh di hati. “Memanglah kau lelaki. Takkanlah perempuan pu…”
Dahlia terdiam bila Umar tiba-tiba mendekatkan wajahnya.
“Umar…” Bergerak-gerak bola matanya membalas renungan Umar. Jantungnya jangan cakaplah. Berdetak laju macam orang baru lepas maraton.
“Nah, pakai.” Sekali lagi dia menghulurkan t-shirt miliknya.
Kali ini Dahlia tak menolak lagi. Dia terus menyarung t-shirt Umar ke tubuhnya.
Umar tersenyum kecil. Bajunya terlalu besar untuk tubuh Dahlia yang kecil itu.
“Habis tu kau… Tak sejuk ke?” Dahlia pandang Umar yang tidak berbaju itu.
“Aku boleh tahan.”
“Macam lambat lagi je hujan nak berhenti,” ujar Dahlia. Kesian pula dia tengok Umar menahan kesejukan.
“Sini sikit.” Umar tiba-tiba menarik tubuh Dahlia merapatinya.
“Err… Kenapa?”
“Aku dah mula rasa sejuk.”
“Ambillah semula baju kau.” Dahlia lagi rela pulangkan semula baju Umar daripada mereka duduk rapat-rapat begini.
“Kau pakai je lah. Aku cuma nak panaskan badan aku sekejap.”
Tahu-tahu tangan Umar sudah melingkar di pinggangnya. Dahlia dapat rasakan tubuh Umar di belakangnya. Rapat sekali. Atau bahasa mudahnya, Umar memeluk tubuhnya daripada belakang.
“Umar.” Dahlia tak selesa begini. Kalau sebelum ni dia yang berkobar-kobar nak goda Umar dahulu. Tapi sekarang ni Dahlia rasa nak larikan diri daripada Umar.
“Sekejap je.” Makin erat dia memeluk Dahlia.
Sudahnya Dahlia hanya membiarkan Umar memeluknya. Liur ditelan kesat. Degup jantungnya makin menggila.
***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.
ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***
PETANG itu Edri datang ke kampung Dahlia. Tujuannya hanya satu, mahu bertemu dengan wanita itu. Lepas Dahlia dan Umar pindah rumah, lebih mudah untuk mereka berjumpa.
Tapi Dahlia akan pastikan Umar tiada di rumah. Barulah dia berani berjumpa dengan Edri. Bukan apa, Dahlia malas nak dengar bebelan Umar. Nanti ada saja yang tak kena di mata Umar.
Petang itu, Umar tiada di rumah. Seperti biasa, lelaki itu keluar bekerja. Kesempatan itu Dahlia gunakan untuk bertemu dengan Edri.
“Lia, saya rindu awak sangat-sangat.” Tak lepas mata Edri daripada menatap wajah Dahlia. Dahlia kelihatan makin cantik.
“Saya pun rindukan awak.”
“Umar mana?” tanya Edri.
“Pergi kerja.”
“Bila awak nak berpisah dengan dia?” Edri naik geram apabila memikirkan tentang hal itu. Nampak seperti Umar sengaja tidak mahu melepaskan Dahlia. Atau ini memang rancangan Umar daripada awal?
“Saya…” Dahlia sendiri tak tahu nak jawab apa. Dia sudah cuba mengajak Umar berbincang sebelum ini tapi Umar seakan mengelak.
“Ni… Gunakan ni.” Plastik kecil berwarna hitam dihulurkan pada Dahlia.
“Apa ni?” Dahlia sambut huluran Edri. Tapi dia tidak tahu isi kandungan plastik itu.
“Arousal pill. Letak dalam air dia.”
Dahlia terpinga-pinga. Dia tidak tahu kegunaan ubat yang dimaksudkan oleh Edri itu. Tapi mungkin ubat ini akan membantunya berpisah dengan Umar secepat mungkin.
Share this novel