BAB 3

Romantic Comedy Completed 726

ALIFAH melihat skrin telefonnya dan pintu kedai itu berkali-kali dari atas motornya. Matanya sudah sepet menahan panasnya terik mentari yang menerobos masuk ke dalam mata sebaik saja dia menaikkan visor helmet.

"Last parcel... biar betul kat sini?" soal Alifah kepada dirinya sendiri apabila dia tidak pasti dengan alamat yang tersemat pada bungkusan yang terakhir itu.

Enjin motor dimatikan dan topi keledar dibuka, Kunci dicabut dan dimasukkan ke dalam beg yang memang sentiasa disilang di badan.

Bungkusan kotak yang terakhir dikepit antara lengan dan pinggang kiri. Signboard kedai itu dilihat sekali lagi untuk memuaskan hati kecilnya.

Serene Bookafe.

"Hm, betul lah kot... Nama dah sama ni..." bebelnya seorang diri.

Pintu kafe itu ditolak dengan tangan kanannya dan Alifah terus menuju ke kaunter kafe.

"Parcel atas nama... Cik Taliya Fariha. Dia ada?" Sebaik saja Alifah mengangkat kepala dari terus membaca nama yang tertera di bungkusan itu, dia terus tergamam.

Begitu juga dengan lawan pandangnya di hadapan ini. Mata mereka berkedip pada masa dan frekuensi yang sama.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Hazim dalam nada yang sekata. Mata masih tidak henti-henti berkelip dan mulutnya juga sedikit terbuka.

Gadis itu hanya memakai pakaian kerjanya dan juga bandana merah yang terikat elok di dahi. Rambut pendeknya turut diikat walaupun hanya sejemput hasilnya.

"Aku hantar parcel..." jawab Alifah, juga senada.

Ah, apa sudah jadi pada mereka berdua!

Hazim terus menggoyangkan kepalanya lalu berdehem perlahan untuk mengubah suasana pelik ketika itu. Entah jin apa yang merasukinya untuk terpaku melihat gadis pengkid yang hampir scam duitnya berjumlah RM1,000 demikian hari!

Hazim terus memetik jarinya di hadapan batang hidung Alifah yang masih berdiam diri dan memandangnya lama.

"Harini aku ekstra hensem ke yang kau pandang aku tak lepas ni?" soal Hazim sambil membuat muka toya. Keningnya dijungkitkan berkali-kali sebelum tersenyum senget.

Alifah terus berdecit kuat lalu meletakkan bungkusan parcel itu di atas kaunter. Sebelah tangan sudah naik di pinggang.

"Jangan nak perah santan sangat ya. Aku terkejut je rupanya kau ni ada kerja bukannya mat rempit yang meniarap atas jalan raya tu," bidas Alifah semula. Muka jijik ditayangkan.

"Muka budak baik macam aku ni pun kau cakap mat rempit ke? Tak hormat langsung..." balas Hazim semula.

Alifah menjelingnya untuk melihat uniform kerja lelaki itu. Cantik jugak, bersesuaian dengan kafe yang nampak mewah ni. Matanya naik ke atas sebelum bertembung dengan iris Hazim menyebabkan dia langsung menggolekkan matanya.

Halah, halah, halah!

Cuba jadi manusia tanpa kepala?

Kan senang sikit Alifah nak usyar!

"Dah habis tilik ke?" soal Hazim secara tiba-tiba. Mana mungkin dia tidak perasaan mata liar gadis itu yang memandang badannya sebelum terhenti lama pada namanya yang tersemat elok pada bahagian dada uniform.

"Dah. Cantik jugak baju kerja kau," puji Alifah tanpa melihat lelaki itu langsung.

Hazim tersengih dengan jawapan gadis itu.

"Mengaku je lah aku ni hensem yang mampu melekat dalam fikiran kau dalam masa sejam dari sekarang," usik Hazim sebelum bergerak ke tepi apabila rakan sekerjanya mahu mengambil barang.

"Hensem tapi pendek buat apa..." kata Alifah perlahan.

"Hah apa? Aku tak dengarlah, Alifah Samira."

Mata Alifah terus membuntang luas apabila nama penuhnya meluncur laju di bibir lelaki itu. Dia ingat?

"Aku ingatlah nama bakal scammer aku ni, janganlah terkejut sangat. Mata kau dah nak terjojol keluar kau tahu tak." Belum sempat Alifah bertanya, Hazim sudah berikan jawapan yang cukup menyakitkan hati.

"Kau ni asal buka mulut je menyakitkan hati aku, ergh!" kata Alifah penuh geram. Tangannya digenggam erat disebabkan rasa itu.

Hazim terus tertawa besar dengan tindak balas gadis itu. Comel betul galah ni!

"Aku gurau je lah..."

"Mampus kau lah!" potong Alifah laju dengan jelingan tajam.

"Aik? Pengkid pun cepat koyak ke?" Hazim menahan senyum apabila melihat wajah itu bertukar merah.

"Aku bukan pengkidlah! Baik kau diam sebelum kau dapat penumbuk aku ni!" Penumbuknya dinaikkan ke hadapan Hazim. Tanpa rasa bersalah, Hazim turut menaikkan penumbuknya di sebelah Alifah.

Kepalanya teleng ke kiri dan kanan seperti mengukur sesuatu sehingga membuatkan dahi Alifah berkerut.

"Hampir sama saiz tapi penumbuk aku lagi besarlah, Alifah. So, how? Nak teruskan?" usik Hazim lalu membuat aksi tinju.

Alifah terus menghela nafas berat.

"Sekarang aku faham kenapa Tuhan jadikan kau pendek..." kata Alifah secara tiba-tiba.

"Ha, kenapa?" Hazim turut melayan.

"Sebab kalau kau tinggi, kau akan buli orang lain. Jadi, Tuhan nak lindungi kau daripada terus bersifat riak, ujub, takbur, sombong dan nak elakkan kau masuk sekolah juvana sebab membuli."

Luahan Alifah itu hanya dibalas dengan tawa Hazim yang kuat. Namun tawanya terhenti apabila belakangnya diketuk dengan buku.

"Aduh!" Hazim terus menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memukulnya itu sambil menggosok tempat yang terasa pedih.

Taliya yang berpeluk tubuh itu hanya melihat Hazim dengan wajah yang penuh tanda tanya. Kening terjungkit sebelah.

"Kenapa puan pukul saya!" adu Hazim sambil mengetap giginya. Selain Alifah, Taliya ini juga kuat mencari gaduh dengannya.

"Awak ketawa kuat sangat tau, Hazim. Customer dah pandang pelik. Baik awak control sebelum saya sumbat kain buruk ni dalam mulut awak," tegur Taliya lalu menunjukkan kain lap itu dengan ekor matanya.

Hazim hanya berdecit perlahan apabila melihat wajah Taliya yang acah-acah sedang marah.

"Hm... Yalah yalah..." Dia beralah. Malas mahu bergaduh mulut dengan bontot ayam itu.

"Awak yang akan deliver barang saya ya?" Taliya menegur Alifah yang hanya termangu-mangu melihat pergaduhan kecil yang terjadi antara mereka berdua.

"Haah ya cik... Eh puan," balas Alifah lalu menghulurkan bungkusan itu pada Taliya yang tersenyum manis memandangnya.

Cantiknya wanita di hadapannya ini. Alifah memandang tanpa kelip.

"Saya nak kena sign kat mana-mana ke?" soal Taliya lalu mendongak memandang wajah gadis... atau lelaki yang tinggi di hadapannya itu. Tapi suara dia gemersik macam perempuan? Tapi pakaian dia macam lelaki?

Entah, Taliya pun jeng!

"Kejap ya puan." Dengan gelabah, Alifah terus mencari slip di dalam beg silangnya lalu diserahkan pada Taliya. Tanpa membuang masa, wanita itu menurunkan tandatangan dan menghulurkan kembali dengan senyuman yang tidak meluntur.

"Terima kasih ya," ucap Taliya.

"Sama-sama puan, saya gerak dulu," pamit Alifah dan dia terus berlangsung pergi tanpa menoleh pada Hazim walaupun sedikit.

Malas dia mahu melihat muka lelaki yang menyakitkan hati itu. Menyampah!

"Uish, macam tu je dia balik?" kata Hazim perlahan.

"Awak kenal dia ke Hazim?" soal Taliya yang telah mematikan langkahnya apabila terdengar bebelan Hazim itu.

"Kenal gitu-gitu je sebab haritu saya terlanggar motor dia."

"Dia lelaki ke perempuan?"

"Perempuan lah, puan..." Hazim sudah tersenyum senget apabila Taliya sudah masuk mood membawangnya.

"Itulah, saya dah dapat agak dia perempuan tapi pakaian dia macam laki. Tapi kan Hazim, suara dia lembut gemersik, sedap telinga saya dengar," sambung Taliya panjang. Hazim hanya mengulum senyuman menahan tawanya.

"Puan, macam mana puan tahu parcel dah sampai? Saya tak panggil pun," soal Hazim dengan raut wajah yang tertanya-tanya.

"Si dia tulah chat kat WhatsApp cakap 'your parcel is out for delivery' sebab tulah saya tahu," jawab Taliya bersahaja.

"Oh, ya eh?"

"Ya... Awak ni tak pernah beli barang online ke?" Taliya sudah membuat muka pelik.

"Jarang, bukannya tak pernah."

"Tapi nampak macam noob sangat awak ni, isy isy isy," usik Taliya sambil menggelengkan kepalanya.

Hazim terus membulatkan matanya apabila digelar sebagai 'noob'. Bini Ezrul ni memanglah...

"Dahlah puan, malas saya nak layan puan. Baik saya buat kerja," Hazim terus mahu mematikan perbualan mereka sebelum Taliya itu semakin merepek.

"Okie, buat kerja elok-elok. Jangan curi tulang," pesan Taliya dengan senyuman lebar. Baru saja dia melangkah beberapa tapak untuk kembali ke bilik pejabat, namanya terus diseru oleh Hazim.

"Nak apa?" tanya Taliya. Tadi suruh dia pergi, sekarang panggil pulak!

"Saya nak nombor telefon budak yang mesej 'your parcel is out for delivery' pada puan tu boleh?" soal Hazim sambil menggaru belakang kepalanya.

Taliya terus mengulum senyum.

Ada orang jatuh cinta ke tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience