ALIFAH hanya menjatuhkan rahangnya apabila melihat nama kafe yang dibawa oleh Lutfi itu dari dalam kereta. Wajah lelaki yang sedang memarkirkan kereta itu dipandang dengan pandangan tidak percaya.
"Lut, seriuslah kafe ni?" soal Alifah sesudah lelaki itu menarik brek tangan.
"Haah, kenapa?" soalan dibalas soalan.
"Sedap ke?"
"Sedap. Kau tak pernah try?"
Alifah menggeleng sebaik saja mendapat soalan seperti itu.
"Tak apa, hari ni kau boleh try. Jom turun," ajak Lutfi sebelum keluar meninggalkan Alifah di dalam kereta kancilnya itu.
Alifah terus menarik beg silangnya dan keluar dari kereta. Dia melangkah perlahan mengikut jejak Lutfi yang sudah berwajah ceria melihat kafe kegemarannya itu. Padahal di dalam hati Alifah, dia sudah berzikir supaya tidak terserempak dengan mamat ketot itu.
"Cepatlah Lep!" Alifah terus membuat muka apabila suara Lutfi itu telah menyebabkan beberapa pelanggan di sana mula menoleh ke arah dirinya.
Budak ni memang nak kenalah!
Walaupun geram, dia tetap melangkah cepat mendekati Lutfi yang sudah berdiri tegak di hadapan kaunter. Mata mula meliar mencari gerangan lelaki yang dia mahu hindari itu.
Apabila muncul wajah lain yang mengambil pesanan, Alifah menghembus nafas lega.
"Kau nak minum apa?" Lutfi menyenggol lengan Alifah yang sudah berkelakuan seperti penyamun.
"Nak mango smoothie."
"Lagi?"
"Kau nak bagi aku kencing manis ke minum sampai dua gelas air?" Kali ini Alifah terus membidas laju.
"Taklah... Bukan air. Kau nak makan apa?" Lutfi hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Pening... Pening...
"Oh, bagitahulah awal-awal." Matanya terus meliar mencari manisan yang terpampang sebalik kaca lutsinar sebelum irisnya terhenti pada satu makanan yang sudah lama dia tidak jumpa.
"Nak pulut ayam tu satu," kata Alifah sambil menunjukkan ke arah makanan itu.
"Aik ada pulut ayam ke?" soal Lutfi semula.
"Ada encik, menu baru masuk harini," jawab pekerja itu sambil tersenyum.
"Kalau macam tu saya pun nak pulut ayam jugalah." Pekerja itu terus angguk tanda faham.
"Ada lagi ke nak tambah?" Lutfi terus menggeleng laju. Kang kalau ditambah lagi, mahu pokai si Alep itu.
"Semuanya RM47."
Alifah hampir tersedak mendengar harga yang disebut tadi. Empat benda pun harga semahal ini? Dia baru sedar kadar inflasi di Malaysia telah meningkat secepat ini. Wajah yang tersengih di sebelahnya dia jeling.
"QR boleh?" soal Alifah apabila mendekati kaunter.
"Boleh."
Usai saja, Alifah terus berjalan ke satu meja yang berdekatan dengan rak buku kafe itu. Kerusi ditarik lalu dia terus bersandar dengan selesanya. Lutfi yang tersengih-sengih diperhati dengan sebelah alis yang terangkat sebelah.
"Amboi, bahagia betul muka kau."
"Mestilah. Haji Bakhil belanja aku makan kot!" perli Lutfi sambil tergelak kecil.
"Kuaja!" Lengan Lutfi terus dihentam menggunakan beg silangnya.
Dasar budak derhaka!
ALIFAH yang baru saja sudah mandi terus bergerak ke arah meja solek di dalam bilik yang dikongsi bersama kakaknya. Tepi dahi yang mendapat tiga jahitan tadi dilihat dengan bibir yang dimuncungkan tanpa sengaja.
Cotton bud diambil lalu ubat sapu ditekan ke atasnya. Tanpa menunggu lama, dia sapu pada tempat berjahit dengan dahi yang berkerut kerana risau akan rasa sakit sehingga terpejam sebelah matanya.
Namun rasa sejuk yang menyentuh kulit itu membuatkan dia berasa lega.
Bunyi notifikasi yang masuk dia abaikan sehingga selesai menyapu ubat pada bahagian luka. Apa yang menyeronokkan, dia dapat cuti sakit selama dua hari.
Bestnya!
Ubat disimpan kembali ke dalam plastik sebelum suis charger ditutup. Dia terus memanjat naik ke katilnya di tingkat atas dan terus berbaring di atas tilam dengan selesa.
Aplikasi WhatsApp dibuka sebelum dahinya berkerut memandang nombor yang tidak dikenali berada paling atas.
"Siapa ni?"
Dengan wajah berkerut dan penuh tanda tanya, Alifah membuka mesej tersebut. Jemarinya teragak-agak untuk membalas mesej tersebut.
Apa yang ditaip, dia padam semula.
Dan akhirnya dia memutuskan untuk membalas mesej yang entah daripada siapa itu.
+
Kenapa dengan dahi kau?
Alifah
?
+
Oh, sorry. Aku Hazim.
Alifah
Hazim mana pulak ni?
+
RSX
Alifah
O
Kau ke?
Nak apa?
+
Kan aku tanya, dahi kau kenapa?
Alifah
Sibuk pulak kau dengan dahi aku pahal?
+
Tanya pun tak boleh ke?
Alifah
Tak
+
Sombong betul galah ni
Tanpa semena-mena, Alifah terus menyimpan nombor lelaki itu sebagai 'Hazim Jin Pendek' dengan ketawa yang terkekeh-kekeh. Alang-alang dia tengah bosan, ada baiknya dia mengganggu lelaki itu lagi. Jemari itu laju menari di atas skrin telefonnya setelah 15 minit mengabaikan budak pendek itu.
10 minit menunggu namun masih tiada balasan daripada Hazim membuatkan Alifah mendengus kuat lalu berdecit perlahan. Dari berbaring dia terus meniarap dengan jari yang laju menaip. Dahi itu turut berkerut dengan kelajuan jemarinya menekan skrin.
Bertubi-tubi dia menghantar pesanan dan juga ugutan pada Hazim dengan gelak tawa yang minta kaki. Ada juga benda yang boleh dia buat untuk menghilangkan rasa bosan yang mula merajai diri pada malam itu.
Sambil menunggu balasan daripada lelaki itu, Alifah terus membuka kamera dan mengambil gambar lukanya di tepi dahinya itu. Bermula dengan satu keping gambar yang akhirnya beralih kepada berpuluh keping gambar. Dari kamera biasa ke kamera Instagram yang penuh dengan filter yang sudah dia simpan.
Apapun yang berlaku, dia tetap perempuan walaupun berwatakan seperti pengkid bak kata Hazim pendek.
Hampir tersembur air liur Alifah apabila membaca balasan Hazim sebaik saja notifikasi daripada lelaki itu masuk. Dia terus tertawa kuat tanpa sempat ditahan.
Alifah
Macam mana kau boleh ada number aku ni
?
Woi tak reti nak reply ke?
Kau kabo cepat dari mana kau dapat number aku ni jin pendek?
Sebelum aku report polis, baik kau kabo ke aku cepat!!
Hazim Jin Pendek
SABARLAH
TAK RETI SABAR KE?
AKU TENGAH BERAK NI GILA
CUBA BAWAK BERSABARRRRR
LEMPANG KAU KANG BERPUSING KEPALA
Alifah
HAHAHAHAHAH
Patutlah berbau sampai rumah aku, tengah berak rupanya
Ha beraklah sana
"Bodohlah Hazim ni. Kelakar siut." Tawa masih tersisa.
"Hazim bukanlah seteruk mana pun. Kan?" Alifah mula berfikir sendiri sebelum hujung bibir ternaik dengan sendirinya.
Boleh jadi mangsa buli yang seterusnya...
Share this novel