"LUT!" panggil Alifah apabila terlihat Lutfi dan Sham sedang berjalan ke arahnya yang sudah duduk bersila di pondok kayu sebelah gudang tempat kerja mereka.
"Panggil Lut je? Kau tak panggil aku pun?" soal Sham lalu melabuhkan duduk berhadapan Alifah. Bungkusan makanan yang mereka beli tadi dia letakkan di tengah bulatan antara dirinya, Alifah dan Lutfi.
"Oh nak juga ke? Okey jap eh.... SHAMMM!" jerit Alifah kuat sebelum tertawa kuat apabila mendapat balingan topi padu daripada Sham yang sudah terjegil memandang.
"Suara kau kuat gila, setan! Habis orang tahu nama aku," kata Sham sambil berdecit kuat. Lutfi dan Alifah hanya mengekek ketawa dengan respons rakan mereka itu.
"Jomlah makan, kalau tunggu korang berdua selesai gaduh nampaknya sampai raya cina dua tahun lagi pun takkan habis," cadang Lutfi sambil membuka bungkusan airnya. Tanpa menunggu jawapan dua orang itu, dia terus menyedut lalu menarik bungkusan plastik makanan.
"Korang beli apa?" soal Alifah sambil memanjangkan leher ke arah Lutfi.
"Nasi ayam gepuk," jawab Sham.
"Pak Gembus?!" tanya Alifah dengan suara teruja. Yeay! Makanan favourite!
Sham terus mengangguk laju. Dia dan Lutfi sanggup ke restoran yang agak jauh dari tempat kerja mereka demi melunaskan janjinya dengan gadis pengkid itu.
"Ni kau punya. Extra kicap, extra pedas. Ayam bahagian isi and tulang. Tapi aku beli sebungkus dulu, hari lain aku belanja lagi sebungkus." Sham terus meletakkan bungkusan nasi itu di hadapan kaki Alifah yang elok bersila.
"Yeay! Thank you so much, Sham!" ujar Alifah dengan gembira lalu membuka bungkusan itu dengan perasaan bahagia yang berkobar-kobar.
"My pleasure, aku kan dah janji nak belanja sebab kau tolong aku haritu."
Alifah hanya angguk lalu lantas turun dari pondok itu untuk membasuh tangan dan kembali semula dalam jangka masa yang sangat singkat.
"Lut, baca doa cepat. Aku lapar ni," arah Alifah lalu menadahkan tangannya dan menunggu doa makan dibacakan oleh Lutfi.
Notifikasi yang bertubi-tubi masuk Alifah kerling seketika lalu kembali menyuap nasi ayam gepuk kegemarannya ke dalam mulut. Bibir tersenyum dengan kesedapan yang mengalir ke dalam rangkungannya.
Sedap ngat-ngat!
"Bahagia betul hidup kau dapat ayam gepuk, Lep." Lutfi hanya menggelengkan kepala melihat telatah Alifah itu. Tak sedar diri antara mereka bertiga, dialah yang paling tua. Walaupun berperangai seperti lelaki, Alifah tetap menjadi tipikal gadis lain apabila bertemu dengan makanan kegemarannya.
"Mestilah! I love ayam gepuk so much! Tiap-tiap hari makan pun takpe," tutur Alifah dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Sekali lagi, notifikasi telefonnya membuatkan Alifah yang masih mengunyah terus memberikan respons.
Eh Hazim?
Terus dia tersedak apabila membaca satu persatu pesanan yang dihantar oleh lelaki pendek itu.
"Kau ni kenapa? Makanlah elok-elok," tegur Sham lalu memberikan air putih kepada Alifah yang masih terbatuk kecil. Perit betul dia rasakan pada dadanya ketika itu.
Sudahlah pedas, ditambah pula dengan rasa terkejut setelah membaca pesanan Hazim yang tiba-tiba itu. Mana maunya tak tersedak?
Dengan cekap, jemarinya menaip membalas mesej lelaki luar jangkaan itu. Ingatkan diri je pendek, rupanya akal pun pendek sekali.
Hazim Jin Pendek
Alepppppppppppp
Tengah buat apa tu?
Jom lunch sesama
Aku pergi tempat kerja kau tau
Wait for me, galah panjang!
Alifah
Woi jim, kau dah otw ke
???
JIMMMMMM
AKU TENGAH MAKAN NI GILE
KAU KENAPA BARU BAGUTAHU?
DASAR JIN BETUL PERANGAI KAU NI
WOI HAZIM SOLEHINNNNN
Hazim Jin Pendek
Kau makan apa?
Aku dah nak sampai ni galah....
Alifah
Lain kali bagitahulah dulu
Jangan main serbu je boleh tak?
"Apa benda biol sangat dia ni?" maki Alifah dalam dia tak sedar. Geram sungguh dia dengan Hazim tika itu.
Dia terus mencari gambar nasi ayam gepuk yang dia tangkap sebelum makan tadi lalu dihantar pada Hazim. Gigi diketap kuat kerana geram. Sham dan Lutfi hanya diam membisu dengan reaksi itu.
Entah kenapa tiba-tiba saja perempuan itu mahu mengamuk secara tiba-tiba. Bendera merah kot?
Tanpa mempedulikan Alifah, mereka hanya meneruskan makan tanpa menyoal sepatah perkataan pun kerana mereka faham benar akan angin gila gadis ini. Silap tanya, kepala mereka yang bakal menjadi mangsa balingan telefon. Lebih baik mereka berdiam diri sahaja.
Alifah sesekali menyuap nasi dan menyedut air sirapnya sementara menunggu Hazim membalas mesej terakhirnya itu.
"Apa benda jantan ni, duk tanya soalan bodoh pulak!" dengus Alifah apabila membaca mesej terbaru Hazim. Bodoh!
Hazim Jin Pendek
Kau marah ke?
Alifah
Taklahhhhhhhhhhh aku suka sangattttttt
Hazim Jin Pendek
Aku dah sampai
Alifah
Aku taknak pergi makan dengan kau
Hazim Jin Pendek
Takpe kalau tak nak :)
Kau datang jumpa aku sekejap boleh?
Alifah
Tak faham bahasa ke?
Hazim Jin Pendek
Takpelah kalau macam tu
Lepas kau settle makan, kau ambil barang kau kat guard tau
Aku tinggal kat sini
Happy lunch, Alifah
Aku balik dulu
Alifah terus mengeluh kuat dan langsung meletakkan telefonnya di tepi tanpa membalas mesej terakhir Hazim. Dia geram dengan perangai Hazim itu. Lantak dialah!
ALIFAH mengetatkan topi keledarnya lalu terus menghidupkan enjin untuk pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Nampak saja pondok pengawal, dia terus teringat mesej Hazim. Lantas, keluhan mula terbit daripada bibirnya.
Namun dia tetap juga memarkirkan motor dan bergerak mendekati pondok pengawal itu.
"Assalamualaikum pak cik, tengah hari tadi ada orang hantar barang tak untuk saya? Atas nama Alifah Samira," tanya Alifah sebaik saja dia berdiri di hadapan pintu guard itu.
"Waalaikumussalam. Ada-ada. Atas nama Alifah Samira," jawab pengawal itu dengan senyuman kecil lalu menghulurkan satu plastik pada Alifah.
"Terima kasih pak cik," ucap Alifah sebelum bergerak terus ke arah EX5 kesayangannya. Dia melihat isi dalam plastik itu sebelum terkedu seketika.
Mango cheesecake.
Chocolate cookies.
Pulut ayam.
Dan mango smoothie kegemarannya yang sudah mencair...
Semuanya merupakan menu yang ada di kafe tempat lelaki itu bekerja.
Keluhan mula terbit dengan sendirinya. Alifah bingung dengan perangai Hazim yang ini. Kenapa dia berkelakuan seperti ini sedangkan selama hampir tiga bulan mereka berkawan, Hazim tidak pernah seperti itu.
Kertas resit yang mempunyai tulisan tangan itu Alifah ambil dan baca.
Kau rimas dengan aku ke, Alep?
Aku minta maaf.
Aku saja nak ajak kau lunch kat luar sebab ada benda aku nak bagitahu tapi takpelah. Happy lunch and enjoy your fav mango smoothie :)
"Tak gunalah! Dia merajuk ke aduhhh..." bebel Alifah seraya menampar cermin sisi motornya. Argh, serabut!
Share this novel