BAB 7

Romantic Comedy Completed 726

ALIFAH tidur berbaring di atas tilamnya dengan lengan kanan terletak elok di atas dahi. Dia terfikirkan kata-kata Hazim tiga hari yang lalu walaupun dia sudah memberikan jawapannya dan saat itu juga mereka mula 'berkawan'.

Namun wajah serius lelaki itu apabila mengajaknya berkawan itu kekal melekat dalam minda Alifah. Masalahnya hensem pulak si Hazim tu kalau dia serius?

Haish, bahaya!

Jangan macam-macam ya jantung, mamat pendek macam tu pun kau nak berdetak lebih apahal?

Kepala digeleng laju untuk mengusir gerangan Hazim yang sudah memenuhi otaknya. Daripada berbaring, dia terus mengiring ke kanan sebelum mata tertancap pada kakaknya yang sedang memakai losyen pada lengannya.

"Kak," panggil Alifah dengan mata yang kekal memandang kakaknya itu.

"Apa?" jawab Afifah sambil melihat adiknya melalui pantulan cermin.

"Dulu pakwe kau mengorat kau macam mana, kak?" soal Alifah tanpa berlapik. Dek rasa terkejut, Afifah terus menoleh dan memandang satu-satunya adik yang dia ada dengan dahi yang berkerut.

"Kau apahal tanya macam ni tiba-tiba?" soal Afifah semula.

"Kau tak menjawab soalan aku, Afifah..." Alifah memandang kakaknya tajam. Gadis itu seperti mahu menjentik amarahnya. Orang dah tanya, jawab je lah. Tak payah nak kona-kona.

"Aku terkejut je, kau nak mengorat siapa ni? Pastikan dia lelaki ya," usik Afifah apabila melihat wajah adiknya yang sudah berubah cemberut.

"Tak menjawab soalanlah kau ni, macam mana kau jawab SPM dulu?" Alifah mendengus kuat dan langsung duduk bersila di atas tilamnya.

Afifah terus melepaskan tawa kuatnya.

"Aku dengan dia kan kawan satu ofis tapi department lain. Kami selalu terserempak kat pantri. Aku tak tahulah kebetulan atau dia stalk aku." Afifah menghentikan katanya sebelum tergelak kecil apabila teringat perangai teman lelakinya itu.

"Kitorang kawan je macam biasa tapi satu hari tu dia ajak aku pergi dinner, berdua. Dan tak aku tak expect pula dia nak buat candle light dinner dan melamar aku untuk jadi kekasih dia pada malam tu. Ha macam tulah kisah percintaan aku dengan dia..." cerita Afifah sambil tersipu-sipu malu.

Alifah yang melihat reaksi kakaknya itu hanya menaikkan sebelah bibir sebelum membuatkan tindak balas geli-geleman.

"Ergh geli siut. Cliché gila candle light dinner bagai. Macam tu pun kau suka ke kak? Tak faham aku," kutuk Alifah sambil menggosok kedua-dua belah lengannya yang terasa meremang dek rasa geli.

Ya Allah, semoga dia dijauhkan daripada lelaki macam tu. Tak nak! Tak nak! Geli!

"Ya Allah, semoga Alifah Samira binti Abdul Baqi berjodoh dengan orang romantik yang selalu buat surprise romantik yang Alifah benci, Ya Allah. Perkenankanlah doaku ini, Ya Allah. Amin!" Afifah terus meraup mukanya sebaik saja mengaminkan doa buat adiknya itu.

Alifah yang mendengar itu terus membaling bantalnya ke arah Afifah dengan perasaan geram. Apa benda doa macam tu?

Tak nak! Tak nak!

"Tak payah doa kat aku macam tu! Aku tak nak! Kau tarik balik doa kau, kak!" jerit Alifah dengan penuh geram.

"Takde takde, kau ingat ni apa boleh main tarik balik?" Afifah tersengih melihat wajah yang semakin cemberut itu.

"Senyumlah, kau ni. Muka dah cantik tapi perangai dengan pakaian macam jantan. Macam mana jodoh nak lekat?" kata Afifah sebelum berjalan mendekati katil double decker mereka. Lutut adiknya yang terdedah kerana memakai seluar pendek diusap perlahan.

Alifah yang geli terus menepis tangan kakaknya yang kuat meraba itu. Pukul sampai patah kang baru dia tahu.

Meraba aje kerjanya.

"Bukan setakat tak lekat, nak mendekat pun tak ada kau tahu," perlahan saja pertuturan Alifah masuk ke telinga Afifah.

"Berubahlah. Jadi perempuan sikit barulah orang nak mendekat. Kau cantik kot, adik."

"Nantilah, aku malaslah. Aku muda lagi kot..." cemuh Alifah sebelum merebahkan badannya ke atas tilam.

"Mati pun tak kenal umur ya Cik Alifah Samira," perli Afifah lalu mematikan lampu bilik mereka dan berbaring untuk melegakan badan yang sudah lenguh akibat hanya duduk seharian di kerusi pejabat.

"Tahulah..." gumam Alifah perlahan. Sentap juga dengan apa yang diperkatakan oleh kakaknya itu.

"Dah tahu tu sila kembali ke fitrah asal ya," tegur Afifah dalam usikannya.

"Tidurlah kak!"

Afifah terus terhambur tawa kuat apabila mendengar suara adiknya yang menahan geram itu.

Tertekan ke tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience