Chapter 12

Romance Series 5083

Dua minggu telah pun berlalu, kini tiba hari nikah dan sanding mereka. Ya mereka, Aisyah Elmaira dan Lufya Jasmin. Mum kepada Dario yang mahu mereka samakan tarikh nikah dan sanding sekali. Kiranya Lufya dan Dario nikah tanpa tunang.

Tetamu mula hadir memenuhi ruang di dewan itu untuk menyaksikan akad nikah Izzan dan Dario.

Izzan menarik nafas terlebih dahulu sebelum dilepaskan secara perlahan. Begitu juga Dario.

"Argh! Aku tak suka perasaan gemuruh ni dalam diri aku" jerit Dario perlahan. Orang sekeliling tidak mendengarnya kerana terlalu bising dengan suara para tetamu.

"Ehem! Para tetamu diminta diam sebentar kerana kita akan melihat ijab dan qabul Izzan dan Dario"

Para tetamu mula memberi tumpuan kepada Izzan dan Dario.

"Muhammad Dario bin Ahnaf Bazil" ucap Dato Azman

"Saya"

"Aku kahwinkan dikau dengan anakku Lufya Jasmin binti Dato Azman dengan mas kahwin RM9000 tunai"

"Aku terima nikahnya Lufya Jasmin binti Dato Azman dengan mas kahwin RM9000 tunai"

"Sah?" Semua menyebut 'sah' serentak. Izzan cuba beriak tenang takut nanti habis huru hara majlis nikah dan sanding ni dengan jeritan gementarnya itu.

"Izzan Aysar binti Kareem Dzulfikar" Terkelu lidah Izzan mendengar wali hakim menyebut 'binti' pada nama penuhnya. 'Ajak bergurau ke pakcik? Saya takut pakcik balik tak ada gigi dah nanti huh' getus Izzan dalam hati.

Tergelak para tetamu dan semua keluarga di situ. Dario disebelah Izzan menahan diri daripada gelak.

"Sorry saya nervous. Bakal bini kamu cantik sangat" Jantung El mahu pecah apabila ditegur wali hakim begitu. 'Main-main pula pakcik ni' rungut El dalam diam.

"Izzan Aysar bin Kareem Dzulfikar"

"Saya" jawab Izzan pantas.

"Aku terima nikahnya Lufya Jasmin binti Dato Azman dengan mas kahwin RM9000 tunai" Izzan dan El mengukirkan senyuman paksa. 'Dah lama hidup ke pakcik ni? Haish' rungut Dario di hati.

Wali hakim memulakan kembali dengan bacaan bismillah dan alhamdulillah tiada kesalahan lagi.

"Aku terima nikahnya Aisyah Elmaira binti Razif Yusof dengan mas kahwin RM9000 tunai" Sekali lafaz sahaja Izzan menghembus nafas lega diselitkan bangga dengan mas kahwin yang disebut itu ialah duit simpanannya sendiri.

Semua saksi turut mengesahkan lafaznya sebentar tadi. Dario dan Izzan bangun melangkah ke isteri masing-masing.

Tidak berkelip mata El memandang wajah suci Izzan.

"Bom!" Serentak Izzan menepuk tangannya betul-betul di hadapan wajah isterinya seperti mengelamun itu. Terangkat bahu El akibat terkejut. Aku berangan ke tadi? El memandang semula wajah suaminya itu dengan tersengih malu.

"Sengih apa? Aku tahu aku kacak daripada dulu lagi. Bak tangan tu aku nak sarung cincin" El menghulurkan tangan kanannya sehingga melekat pada wajah Izzan. Niat mahu bergurau, dah boleh sentuh sentuh dah lepas ni.

"Ish kau ni" Izzan pantas menyarungkan cincin ke jari manis El lalu mencium tangan kanan El dari hujung jari hingga ke pangkal lengan. Setelah itu baru Izzan melabuhkan bibir hangatnya pada dahi El.

Izzan menjentik perlahan dahi El sebelum bersuara.

"Aku suami kau sekarang, kena dengar cakap aku sebab aku yang beli beras" El mengerut kening tidak faham. Apa dia ingat perempuan tak boleh beli beras ke? Bukan setakat beli, angkat pon aku bolehlah haih.

Datin Marina dan mama Izzan yang melihat pasangan pengantin baru lagi sorang ni hanya menggelengkan kepala.

×××

El menundukkan wajah lalu menggigit bibir resah. Entah kenapa dia tidak mahu keluar untuk meneruskan majlis sanding ini. Ingatannya sudah pulih setelah kepalanya terhentak kuat apabila jatuh dari katil dan tidak sedarkan diri selama 3 hari tetapi Izzan masih tidak mengetahui tentang perkara itu.

El sembunyikan tentang ingatannya sudah pulih kerana esok adalah hari jadi Izzat dan Izzan. Jadi, dia mahu menghadiahkan berita ini sebagai kejutan sempena hari jadi suaminya. Hanya keluarga angkat El sahaja yang mengetahui perkara ini.

"Agak-agak Nico datang ke majlis ni?" soalnya pada diri sendiri dengan suara bergetar halus.

"Dear"

El mengangkat wajah memandang Izzan. Tenang hatinya seketika melihat senyuman manis Izzan.

"Kau okay tak ni? Muka kau nampak pucat. Aku nak suruh jurusolek tu tambah makeup sikit boleh? Ish tapi takut terlebih macam badut pula" ujar Izzan risau membuatkan El tergelak kecil.

"Ish cakaplah dengan aku. Aku nak dengar suara kau .Takkan gelak je" rengek Izzan sambil menggoncangkan bahu El perlahan. El menggaru kening bingung mahu menggunakan bahasa kau aku atau saya awak.

"Woi!"

"Ya ya aku bercakaplah ni, memekak je ish" Terdiam Izzan mendengarnya. Begitu juga El.

"Garang! I like!" Pipi El berubah merah tetapi hatinya berasa lega apabila Izzan tidak bertanya apa-apa tentang ingatannya.

"Jom keluar"

Mereka keluar sambil El memegang lengan berotot kecil Izzan. Jantung kembali berdegup kencang.

El dan Izzan melangkah ke pelamin bahagian kiri manakala Lufya dan Dario melangkah ke pelamin bahagian kanan.

El dan Izzan memilih warna pelamin biru dan putih kerana itu adalah warna kesukaan mereka berdua. Bagi Dario dan Lufya, pelamin mereka agak mewah kerana mereka memilih tema classic.

Selepas sahaja selesai majlis sanding mereka berempat, Izzan dan Dario berkumpul kembali bersama rakan-rakan lama mereka.

"Izzan. Aku minta maaf"

Izzan memandang aneh ke arah Nico. Dah kenapa?

"Aku yang paksa--" Kata-kata Nico dipintas oleh El yang baru sahaja tiba.

"Izzan teman saya pergi amik barang kat kereta boleh?" Izzan menggangguk lalu mengangkat pergi meninggalkan Nico dan rakan-rakannya tanpa sebarang kata.

'Aku minta maaf Izzan' keluh Nico meraup wajah kesal dengan tindakannya sendiri. Tanpa Nico sedar, Frizzy Syahmi sudah tersenyum sinis melihat wajah gelisah Nico.

×××

Tepat jam 12 tengah malam, Nico meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Syahmi hanya mengikutnya dari belakang dengan berhati-hati.

Setelah sampai ke rumah, Nico membuka kasutnya sambil tangan membuka butang baju melayu.Ya! Rakan-rakannya diminta untuk memakai baju melayu oleh Izzan dan Dario.

"Hana!"

Hana berlari ke arah Nico lalu memeluk erat tubuhnya. Nico membalas pelukan itu kemudian mengusap lembut rambut panjang Hana.

"You dah buat ke yang I suruh sebelum ni?" Nico menggelengkan kepala. Dia mengambil tempat di sofa empuk itu. Hana melabuhkan punggungnya dengan kasar di sebelah suaminya tanpa menutup pintu rumah.

"Tapi you dah janji nak tolong I lepaskan dendam I pada sorang kawan Aara tu" Nico mengeluh kasar lalu memandang Hana tajam.

"Aku kahwin dengan kau sebab aku sayang kau bukan sebab nak tolong kau buat benda bodoh ni. Lagi satu, kenapalah aku bodoh sangat kahwin dengan kau lepastu ikut sahaja rancangan kau untuk pisahkan El dengan Aara. Apa yang kau tak puas hati lagi dengan Aara ni sampai orang lain jadi mangsa?!" Nico meraup wajah kasar. Menyesal sebab cuba untuk memperkosa gadis kesayangan sahabatnya sendiri. Nico dan Izzan bersahabat baik selepas dia mengikuti Dario dan Syahmi ke majlis perkahwinan Aara itu.

"Sebab dialah mak I pukul I tahu tak?! Kalau you rasa beban sangat, rasa macam I selalu menyusahkan you baik you biarkan je I terjun bangunan tempat kerja you tu!" Hana mengusutkan rambutnya. Nico menarik Hana dalam pelukannya. Dia tahu Hana penat dengan ujian ini tetapi dia sebagai suami haruslah memberikan sokongan yang positif kepada isterinya. Dia cuma kesal dengan diri sendiri kerana sayangnya pada Hana sanggup dia buat rancangan kotor itu kepada El.

Hana sudah pulih daripada sakit mentalnya dan dendam Aara juga dia tidak memikirkan kerana Raihana memujuknya bahawa ingin menjaganya dengan penuh kasih sayang tetapi itu semua tipu semata. Setibanya Hana berada di rumah agam milik keluarganya dia dilayan seperti pembantu dan menyeksa fizikal dan mentalnya setiap hari sehinggalah Nico terjumpanya ketika dia mahu terjun dari bangunan megah itu.

Nico berhasrat untuk menjadikan Hana sebagai isterinya supaya boleh merawat fizikal dan mental yang penat disakiti itu. Namun, Hana tiba-tiba memintanya untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaannya. Akibat mahu menggembirakan hati isterinya, dia rela melakukan rancangan bodoh itu. Dan kini dia menyesal tanpa henti.

Tujuan Hana hanyalah untuk menakutkan El dan membuatkan El tidak mahu duduk di rumah berdekatan Aara itu dan buat El dan keluarganya pindah dari situ. Rancangannya berjaya namun Hana dan Nico dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan keluarga El itu. Rancangan yang dia suruh suaminya buat sekarang sudah ditolak mentah-mentah sebentar tadi membuatkan Hana kembali berang.

"Semua orang hiks tak sayang I termasuk suami I sendiri hiks" Tersedu-sedu Hana menahan tangisan.

"Berhenti dendam dengan orang. Cuba terima kebahagiaan orang sekeliling kita. InsyaAllah hati kita tenang dan ramai yang sayang dengan kita. Boleh?" Nico menekup kedua-dua pipi Hana lalu memandang tepat anak mata Hana. Hana sudah tenang lalu mengangguk perlahan.

"Esok I nak pergi minta maaf dengan diorang" pinta Hana dengan suara serak.

"Boleh. Tapi you janji kalau diorang marah you, you diam je sabar. Sebab itu memang salah kita berdua" Hana mengalirkan air mata kembali melihat suaminya penuh sabar memujuknya tidak seperti mak kandungnya yang asyik menghina dan memukul tubuhnya tanpa perasaan.

"Dah jangan nangis. Esok kita kosong kosong dengan diorang okay" Hana mengangguk lalu membenamkan wajahnya pada dada bidang Nico itu.

"Semoga diorang maafkan kaulah Nico huh" gumam Syahmi perlahan. Terkejut mendengar perbualan rakannya dengan Hana Zafira. Lagi mengejutkan apabila mengetahui hubungan mereka ialah suami isteri.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience