Aara mencari kelibat Rayyan selepas memilih empat biji donat seperti biasa. Matanya terhenti apabila melihat susuk tubuh Izzan bersama seorang gadis. Rayyan juga menyapa pandangannya. Kotak donat diambil kemudian melangkah ke arah mereka.
"Ni Ayyan datang dengan siapa?" Belum sempat Rayyan bersuara, Aara pantas menjawab.
"Rayyan datang dengan saya" Kotak donat diletakkan di atas meja. Aara merenung wajah gadis itu lalu menekup mulut. Air mata mula bertakung. Hawa turut mengalirkan air mata apabila anak matanya bersambung dengan Aara. Entah kenapa Hawa merasakan rindu mula menguasai diri sedangkan Hawa tidak mengenalinya.
Aara menarik Hawa supaya berdiri lalu memeluk erat tubuh rakan baiknya itu. Dia menangis teresak-esak setelah dua tahun memendam rasa rindu kepada El akhirnya terlepas jua.
"Kau pergi mana El? Hiks aku rindu kau tahu tak?! Hiks"
Aara mengharapkan dapat berkongsi moment ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tetapi tidak kesampaian. Teringat berita kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kereta itu tersebar. Satu sekolah juga dikejutkan apabila keluarga El merupakan salah satu pemilik kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tiga buah kereta seminggu sebelum hari bersejarah bagi batch 03 tiba.
"Kau ni Aara, anak dah tiga pun perangai masih pelik pelik" komen Izzan selamba. Semua pelanggan di situ memandang ke arah mereka. Sebak. Keluarga Z'Family sudah dikenali ramai orang semasa hari pertama melancarkan pembukaan cafe itu.
Aara merungkaikan pelukan lalu menampar kuat lengan Izzan.
"Awak kenapa tak bagitahu saya yang awak dah jumpa dia?!" marah Aara sambil mengesat air mata. Izzan menggaru kepala tanda tidak faham dengan sikap kakak iparnya itu yang tiba-tiba berangin. Datang bulan ke?
"Bila masa pula aku jumpa dia?" Izzan faham Aara maksudkan Aisyah Elmaira tetapi sejak bila dia bertemu dengan El?
"Ya Allah ya tuhanku. Ni lah Aisyah Elmaira goblok!" Aara menampar kuat lengan Izzan sekali lagi. Geram!
"Haa? Oh" Izzan mengusap lengannya yang terasa perit. Usapannya terhenti apabila sedar dengan kata-kata Aara. Izzan memandang ke arah gadis yang menundukkan wajah itu.
"Ka--au cakap nama kau Hawa Humaira kan?" soal Izzan perlahan kepada Hawa. Hawa mengetap bibir menahan tangisan. Rayyan memegang erat tangan akak Hawa untuk menyalurkan kekuatan.
Insha dan Riz hanya diam dan lihat kejadian itu dari tempat duduk mereka.
"Saya hiks tak tahu nak hiks jelaskan macam mana hiks pada awak" Izzan meraup wajah sebelum memandang semula wajah Hawa. Izzan tidak marah mahupun kecewa kerana memang benar Hawa mempunyai iras seperti Aisyah Elmaira bezanya Hawa tidak memakai spek dan sikapnya lembut dan sopan santun. Itu sebab utamanya menafikan bahawa Hawa Humaira bukan gadis yang dicari selama ini dan penafiannya silap. Hawa Humaira dan Aisyah Elmaira merupakan orang yang sama. Gadis kesayangannya!
"Aku...." Izzan menarik nafas dalam-dalam dan dihembus secara perlahan-lahan.
"Aku balik dulu" Izzan terus mengangkat kaki keluar dari cafe. Riz pantas mengikuti langkah Izzan dari belakang.
Insha mendekati Hawa dan Aara. Insha menghulurkan tangan kepada Aara sebagai tanda perkenalan.
"Hai. Saya Insha Haura. Panggil Insha" Aara menyambut huluran Insha lalu memperkenalkan dirinya.
"Hai juga. Saya Aara Elina. Panggil Aara je" Insha dan Aara memandang Hawa yang sedang duduk termenung selepas Izzan mengangkat kaki pergi dari situ. Aara mengeluh dalam diam. Jam tangan dikerling dan meminta diri terlebih dahulu.
"Erm maaf aku kena gerak sekarang sebab ada meeting sekejap lagi. So El kalau kau dah bersedia nak cerita kat aku, kau boleh cari aku dekat Butik Ralova sebelah cafe ni je" Aara tersenyum kelat apabila Hawa seperti menghiraukan dirinya. 'Mana El yang selalu berdrama dengan aku? Mana El mana?' gumam Aara di hati.
"Aku gerak dulu, assalamualaikum. Jom Rayyan"
Serentak dengan itu Hawa mengalirkan air mata deras. Dia tidak suka dengan perasaan ini. Dia menangis tanpa sebab yang jelas. Dia seperti tidak tahu apa-apa tentang kehidupannya sebagai Aisyah Elmaira.
Insha melabuhkan punggung di kerusi sebelah Hawa lalu memeluk tubuhnya. Bunyi tangisan tidak kedengaran tetapi air mata Hawa masih laju mengalir. Terhinjut-hinjut bahu Hawa menahan esakan. Insha mengusap belakang badan Hawa sambil memberikan kata-kata semangat.
Allah sebaik-baik perancang,
Maka yakinilah bahawa apapun itu,
Selalu ada hikmah di sebalik rencana-Nya
×××
Petang menjelang tiba. Izzan masih lagi berada di taman permainan. Dia akan singgah taman sekiranya dia stress mahupun sedih. Riz sudah balik ke rumah sebaik sahaja selepas menunaikan solat Zohor di masjid berdekatan. Hanya Izzan sahaja yang menuju ke taman semula selepas menghantar Riz pulang. Izzat Anaqi memberikan dia cuti selama seminggu disebabkan semua kerja di pejabat sudah disiapkan awal oleh Izzan. Jadi merayau sahajalah selama seminggu ini.
Izzan memandang sekumpulan kanak-kanak perempuan sedang seronok bermain buaian lalu tersenyum. Kaki melangkah ke arah mereka.
"Assalamualaikum adik-adik!" Sekumpulan kanak-kanak perempuan menoleh dan salamnya dijawab.
"Waalaikummussalam abang. Abang buat apa kat sini?" soal seorang budak perempuan berambut tocang dua itu. Melda Airis.
"Don't be so sad lah, if you cry, I will cry more than you hehe" Amaran budak perempuan bermata kelabu membuatkan Izzan tergelak.' Nampak sangat ke mata sembab aku wahai Atin?' soal Izzan di hati. Nama penuhnya Fatin Suraya dan dikenali sebagai Atin. Mata mat saleh tapi nama melayu.
"Mana ada abang sedih. Abang cry sebab abang happy lah. Kesayangan abang cari selama ini, abang dah jumpa" Bersinar mata mereka mendengar ujaran Izzan lalu menepuk tangan.
"Kak El tu ke bang? Wah bawalah kak El jumpa kita orang nanti. Tak sabar nak tengok muka kak El" Kirana dan Elesyia mengangguk teruja dengan kata-kata Adelia. Izzan mengusap kepala Adelia dengan penuh kasih sayang.
"Habislah boy friend kita kak El dah kena amik" rungut Adelia tanpa sedar pantas menekup mulutnya. Tersengih memandang Izzan yang masih lagi merenungnya. Izzan menggelengkan kepala sahaja. Nak marah buat apa? Dia budak lagi kot.
Jam tangan dikerling.
4:30pm
Lama juga Izzan berkampung di taman itu.Izzan mengeluarkan dompet dan memberikan wang kertas berwarna hijau diberikan kepala Melda memandangkan dia paling tua di situ. Melda berumur 7 tahun sebaya dengan Rayyan.
"Thankyou abang bua--- Oups abang handsome" ucap Melda dalam usikan. Melda merupakan kawan sekelas Rayyan. Mungkin Rayyan selau bercerita tentangnya dan menggelarkan abangnya sendiri buaya sehingga rakan kelasnya memanggilnya abang buaya. Melda juga bijak berkata-kata sama seperti Rayyan. 'Elok aku lagakan sahaja otak Melda dan Rayyan menjadi satu. Boleh masuk rancangan Tom Tom Bak astro Ceria. Kebaikannya boleh jumpa Pak Nil. Minta Pak Nil azankan dekat telinga diorang pun elok juga ni' omel Izzan di hati.
"Abang balik dulu ya" Izzan melangkah pergi setelah menerima anggukkan daripada mereka berlima. Langkah dituju ke tempat parkir dengan senang hati. Entah kenapa dia berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan El selepas ini.
"I will make you mine forever, Aisyah Elmaira"
BERSAMBUNG...
Share this novel
xsabar nak tggu sambungannya....
best la Cite ni sambungan Aara dah Anaqi...Izzan dan El cite yg dinantikan....