Chapter 10

Romance Series 5083

El segera mematikan panggilan. Makin dilayan makin menjadi jadi karang. Dalam hati sudah menyumpah serana si Izzan ni.

We don't talk anymore~

Panggilan diangkat semula. Belum sempat aku melepaskan geram, Izzan pantas berkata.

"Amboi terus matikan eh? Chill lah aku gurau je" El memicit kepala perlahan. Haih anak siapalah ni?

"Esok nak ikut aku tak?" soal Izzan mendatar.

Pap!

El memandang surat kecil yang mendarat di lantai. Pintu balkoni yang terbuka luas dipandang hairan. Jantung mula berdegup kencang.

"El dengar tak aku cakap ni?" El menghiraukan sahaja suara Izzan di talian itu. Kaki mendekati surat kecil lalu mengambilnya. Surat dibuka.

Sorry about two years ago.

-AN

"WOI!"

El mengucap dua kalimah syahadah akibat terlalu terkejut.

"Eh dah nak mati dah?" El mengusap lembut dadanya kemudian mendengus tidak puas hati.

"Awak nak saya mati awal ke terkejutkan saya macam tu?! Nanti yang ruginya awaklah bukan saya sebab jadi duda sebelum kahwin. Dah lah bye!" kata El geram lalu mematikan panggilan.

El merebahkan tubuhnya ke katil setelah menutup pintu balkoni dan surat yang diambil tadi diselitkan pada buku lukisannya. El mengambil kasar bantal kecilnya lalu menekup muka. Itu tabiatnya untuk tidur nyenyak.

       Izzan menggaru kepala sambil tersengih memandang skrin telefon sudah gelap. 'Aku ada salah cakap lagi ke?' getusnya di hati.

"Macam susah je nak cakap dengan kau dekat telefon ni El. Apa kata aku serang je rumah kau esok pagi" katanya pada diri sendiri.

Telefon dimasukkan ke kocek lalu melangkah keluar dari bilik. Kaki melangkah ke ruang tamu dimana keluarganya akan meluangkan masa bersama pada waktu malam.

"Mama esok Izzan dan El nak keluar bawa Ayyan pergi Mr. DIY lepastu kitaorang nak jalan-jalan. Bolehkan mama?"

Izzan merebahkan kepalanya pada peha mama. Rayyan disebelah memandang jijik ke arah Izzan. Eee mengada mengalahkan aku!

"Boleh. Nanti dah habis jalan-jalan tu ajaklah dia makan malam kat sini" Izzan laju mengangguk. Izzan bangun lalu membawa lari Mawar daripada pangkuan Anaqi itu.

Tersebek-sebek Mawar apabila perasan susuk tubuh ayah kesayangannya semakin jauh. Tangisan Mawar memecah ketenangan mereka yang sedang menontot televisyen.

"IZZAN! KAU BAGI BALIK ANAK AKU! ANAK AKU DEMAM ESOK PAGI, DENGAN KAU KAU SEKALI AKU SUMBAT DALAM HOSPITAL NANTI!"

Aara sedang bermain tepuk amai-amai dengan Anggun terhenti setelah mendengar tangisan kuat daripada anak keduanya dan jeritan daripada suaminya itu. Mia yang berada di pangkuan Irsyad sudah menangis teresak-esak mendengar tangisan kakaknya.

Mama dan papa menggelengkan kepala melihat kejahilan Izzan yang suka mengusik anak buahnya itu. Rayyan mendekati Mia lalu memeluknya tanda memujuk.

"Jangan risau okay nanti kita suruh akak El tinggalkan buaya tu okay" pujuk Rayyan sambil mengusap lembut air mata gadis itu. Mia hanya tersengih apabila menerima pelukan daripada pak usunya.

Semua di situ tersenyum melihat keakraban Rayyan dengan anak buahnya. Izzan yang mendengarnya pantas meletakkan semula Mawar di riba Anaqi lalu mencubit pipi Rayyan.

"Aww!"

"Mulut kau jaga eh Rayyan jangan sampai aku lumur mulut kau dengan lada boh kat peti ais tu" Rayyan mencebik sambil mengusap pipi merahnya. Anaqi memeluk erat tubuh kecil Mawar itu. Anak ayah gitu!

"Agak-agak El terkejut tak bila tahu aku lahirnya kembar tiga serentak" gumam Aara perlahan lalu memberikan senyumann kepada Anggun yang setia memandang ibunya. Aara tahu El tidak perasan dengan keberadaan Mawar dan Mia kerana mereka berdua berada di dalam kereta bersama Izzan. Izzan membawa Mawar dan Mia masuk ke dalam rumah El apabila jamuan kecil tiba sahaja.

×××

El menurun tangga menuju ke dapur dengan nyanyian kecil.

"Aku... Adalah seorang budak girl" Izzan tersengih memandang susuk tubuh El yang seronok bernyanyi itu. Izzan pantas melangkah supaya dapat seiring dengan langkah El.

"Yang ceria selalu dan always bergembira" Izzan mengikut nyanyian El sebaik tiba di sebelah El. El menghentikan langkah lalu membuntangkan mata memandang wajah Izzan.
Tangannya laju menampar wajah Izzan yang dianggap hanyalah bayangan itu.

Pang!

Izzan terkejut dengan tindakan El. Begitu juga El. Mata El memandang tangan hang bergetar halus itu. Dia tampar tunang sendiri?!

"Aw-wak saya tak sengaja hiks. Saya ingat saya masih mimpikan awak lagi rupanya tak hiks" Tanpa El sedar dia telah memberitahu Izzan perkara yang tidak sepatutnya.
Izzan mengangkat kening memandang El sambil mengusap pipinya. Boleh tahan tangan si El ni.

"Kau mimpikan aku?" Terdiam El mendengarnya. Tangisan kecil turut terhenti.

Entah kenapa dia merasakan mimpi malam tadi begitu ngeri. Dia bermimpi bahawa Izzan dan El bersanding dikelilingi 7 orang perempuan berwajah mengerikan. Macam zombie yang kelaparan!

"Er haah" jawab El ringkas.

"Ceritalah kat aku" balas Izzan teruja. El menggaru kening melihat Izzan yang tidak sabar itu. Serba salah mahu cerita.

"Saya mimpi saya dengan awak tengah bersanding" Mata Izzan bersinar mendengarnya.

"Tapi...." Air liur ditelan. El menggelengkan kepala meremang jika diingatkan kembali.

"Saya dengan awak dikelilingi tujuh zombie perempuan" Terdiam Izzan mendengarnya. Izzan mengirakan bekas teman wanitanya sebelum ini dalam diam. Izzan menekup mulut secara tiba-tiba.

"Kenapa dengan awak ni? Saya punya mimpi awak yang lebih-lebih" Perasaan serba salah hilang sekelip mata. El meneruskan langkahnya ke dapur.

"Weh!" Panggil Izzan lalu menarik perlahan tudung sarung El. Kang senget maghoh!

"Apa bendalah awak ni!"marah El. Tangan Izzan ditepis kasar.

"Ex aku ada tujuh" beritahu Izzan perlahan sambil mengeluarkan 7 jari ke arah El. El mengerut kening seketika. Tidak faham. 'Lantak kaulah nak ada berapa ex tapi kenapa kena bagitahu aku?'getus El di hati.

"Ohh" jawab El ringkas apabila sudah mengerti maklumat yang disampaikan oleh tunangnya itu.

"Ehem! Saya okay je lagipun kalau tujuh orang yang ada dalam mimpi awak, padan muka awaklah"

"Siapa suruh jadi buaya. Kalau buaya tu selalu mainkan hati orang, ni mesti awak selalu mainkan otak semua ex awakkan? Tu yang diorang stress lepastu masuk dalam mimpi saya"

"Macam mana kau tahu?" El terkebil-kebil memandang wajah serius Izzan. Dia ni cuba nak melawak ke?

"Awak selalu mainkan otak diorang ke masa diorang jadi girlfriend awa?!" soal El terkejut. Izzan mengangguk sebelum kembali bersuara.

"Aku selalu suruh diorang jawab soalan kbat subjek Addmath. Kalau betul baru boleh keluar dating hehe"

Ternganga mulut El mendengarnya. Biar betik buaya ni?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience