Chapter 18

Romance Series 5083

Izzan pantas memeluk pinggang El apabila El tiba-tiba duduk di atas pehanya. Izzan mengesat peluh di dahi El dan tudung El dikemaskan sedikit. El mendiamkan diri sahaja.

"Kau kenapa? Asal peluh ni? Kat dalam ada aircond kan?" soal Izzan bertubi-tubi. El geram dengan pertanyaan Izzan lantas menggigit bahu Izzan yang masih bersut hitam itu.

"Arghh! Kau gila ke? Lapar cakap dengan aku bukan gigit bahu aku. Daging manusia kita tak boleh makan. Takkan tu pun nak kena ajar" seloroh Izzan. El menjeling tajam Izzan lalu dagu direbahkan di atas bahu Izzan.

"Aku tak laparlah!" balas El dengan nada sedikit tinggi. Izzan tersentak. Izzan memicingkan mata memandang wajah tidak bersalah El itu kemudian mencubit kuat pinggang El.

"Biadapnya. Siapa ajar?" soal Izzan mula dingin. El memeluk erat leher Izzan supaya Izzan tidak dapat memandang wajahnya. Cubitan kuat Izzan dihiraukan walaupun sakit.

"Aku tak kesah tau kau nak berkau aku dengan aku tapi jangan sesekali naikkan suara dekat aku. Aku tak suka. Aku suami kau tau. Hormat sikit" tegur Izzan dingin. El mengeluh dalam diam. Dia tahu dia salah tapi haih perempuan mana pernah salah hm.

"Sorry" ucap El tanpa memandang suaminya. Izzan mengetap bibir geram lalu menolak kuat bahu kanan El sehinga dapat melihat wajah El. Tergamam dia melihat El mengalirkan air mata tanpa suara tangisan.

"Lah kenapa nangis pula ni?" soal Izzan lembut sambil mengusap bahu yang ditolak kasar tadi.

"Tadi saya mimpi kejadian dengan Nico tu" Cerita El dengan air mata setia mengalir.

"Dah dah jangan risau. Akukan ada. Nico tak beranilah nak buat lagi. Dia buat sebab Hana yang suruh je. Sekarang diorang dah okay. Tak ada dendam dengan siapa siapa dah" pujuk Izzan selepas menarik El dalam pelukannya. Dia tahu kerana dia dapat mesej daripada Nico tiga hari yang lalu. Nico mengatakan bahawa mereka berdua tidak akan muncul selagi El dan dia tidak mahu melihat muka mereka. Memperolehi kemaafan daripada El dan Izzan pun mereka sudah bersyukur.

"Eeee saya tak cakap Nico akan buat benda yang sama tapi saya cakap saya mimpi benda tu la-" rungut El tanpa sedar memberitahu perkara sebenar. Izzan mengerling wajah El yang tiba-tiba terdiam itu.

"Maksudnya kau dah berapa kali kau mimpi benda ni?" tanya Izzan dingin.

"Baru dua kali termasuk ni" balas El perlahan. Izzan memandang tepat pada anak mata El.

"Dia juga ke sebab kau reject aku?" El pantas menggelengkan kepala. Izzan mengangkat kening sahaja.

"Saya reject awak sebab mak ayah saya dah cakap malam sebelum hari terakhir saya jawab paper SPM tu yang saya dan mak ayah saya akan pindah ke KL lepas amik keputusan SPM nanti" Izzan mendengar tanpa ada niat untuk menyampuk.

"Sebab tu lah saya reject awak dan perkara tu saya tak bagitahu siapa siapa pun termasuk Aara. Rancangan pindah ke KL tu dipercepatkan sebab saya yang minta--" Tangisan El menjadi kuat apabila El teringat kejadian pahit itu. Izzan mengangkat tubuh El seperti koala lalu masuk ke pejabatnya. Kang nanti ada orang tuduh aku dera isteri pula hm.

"Sambung. Lepaskan semua" ujar Izzan sebaik sahaja melabuhkan punggung di sofa mewah itu. El masih berada di pangkuannya peluk erat. El menyambung ceritanya selepas tangisannya reda.

"Saya mintak cepatkan sebab Nico serang saya malam tu. Dia masuk dalam bilik saya guna pintu belakang rumah. Bilik saya dekat dengan dapur. Dia suruh saya jauhkan diri dariada awak dengan Aara. Mak ayah saya setuju je tanpa tanya apa-apa. Tapi saya tak tahu pula disebabkan saya cepatkan rancangan mak ayah saya tu saya kehilangan kedua orang tua saya" Izzan baru faham apa yang jadi seminggu sebelum keputusan spm keluar itu. Dia melihat wajah tersebek-sebek El itu pantas dikepit perlahan hidung mancung El sebelum mengesat lembut pipi basah El.

"Dah dah jangan sedih sedih. Jom solat zohor. Karang terlepas pula" El mengangguk akur.

Izzan dan El melangkah ke arah kereta Izzan. Langit yang terang kini bertukar gelap kerana sudah malam. El menemani Izzan menyiapkan kerja sehingga selesai.

"Awak. Abang Irsyad dah lahirkan baby kan?" Izzan menghamburkan tawanya dengan terbahak-bahak kerana bayangan jeritan abang sulungnya ketika melahirkan anak.

"Bukan abang Irsyad lah dear tapi Kak Lauralah. Kak Laura dah bersalin dah masa hari kita tunang tu. Sebab tu diorang tak datang" tegur Izzan membuatkan El memuncungkan bibir.

"Sama je" kata El tidak mahu kalah. Izzan menggelengkan kepala lalu memulakan pemanduannya.

"Apa nama baby? Boy ke girl?" soal El kembali teruja.

"Boy nama dia Adam Luthfi" balas Izzan ringkas. El mengganguk tanda faham lalu memandang permandangan luar tingkap kereta. Senyap antara mereka sehingga tiba di hadapan rumah mama.

Mereka memandang sesama sendiri melihat dua kereta itu. Mereka masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.

"Waalaikummusalam pasangan bahagia. Hai buaya!" jawab Zemir dan Riz serentak. El dan Izzan menoleh ke arah gerangan. Lah ramai yang jawab dua orang je. Di situ ada lima orang jejaka. Anaqi. Airil. Zafran dan adik beradik lelakinya.

"Stop call me that name! Jangan sampai aku panggil korang lembu!" marah Izzan dengan memberikan pandangan tajam ke arah Zemir dan Riz.

"Kenapa lembu? Kenapa tak kucing? Comel sikit" soal Zemir sengaja ditanyakan begitu. Maklumlah rindu tapi tidak mahu mengaku. Jadi mengusik ajalah.

Riz mengangguk tanda setuju dengan Zemir. Anaqi, Zafran dan Airil hanya memerhati. Sudah lama mereka tidak bergurau senda seperti ini.

"Senang sikit aku buat qorban nanti. Tak payah susah susah cari , ni depan mata dah ada lima ekor dah" balas Izzan selamba. El melangkah naik ke bilik tidur selepas mendapat kebenaran daripada suaminya.

Zafran dan Airil memandang tajam Izzan yang sudah tersengih melihat wajah ketat mereka itu. Anaqi beriak biasa sahaja manakala Zemir dan Riz sudah menjuihkan bibir tanda tidak puas hati.

"Korang macam happy je nampak kelibat aku. Korang rindu aku eh? Ohh I miss you guys too" ucap Izzan dengan riak ceria sambil berlari dan mencium pipi Zafran dan diakhir dengan pipi Riz. Pipi abang kembarnya pun terlibat sekali walaupun sudah muak melihat wajah abang kembarnya itu.

"EEEEUW IZZAN!!" jerit mereka berlima serentak.

×××

El mahu menutup pintu bilik air itu terkejut mendengar jeritan kuat dari bawah. Lantai bilik air yang agak licin itu membuatkan El hilang keseimbang dan jatuh terhantuk kepala di dinding sehingga meninggalkan kesan merah.

El mendengus tidak puas hati pantas bangun perlahan dan keluar dari bilik air. Tudung sarung merah hati dicapai dan disarung. El keluar dari bilik lalu turun ke bawah dengan berhati-hati.

"WOI! DAH MALAMKAN ?! TAK PAYAHLAH NAK TERJERIT-JERIT MACAM KENA CIUM DENGAN KODOK!"

Terhinjut bahu mereka berenam mendengar suara lantang isteri Izzan itu. Mereka serentak memandang wajah El.

"Kenapa dengan dahi kau El? Warna dia sama dengan warna tudung kau. Jodoh mungkin" Izzan mengerut kening melihat dahi El.

"Koranglah terjerit macam--" Kata-kata El terhenti apabila Izzan berdiri di hadapannya menghalang El melihat rakan-rakannya di belakang. Tangan Izzan mengusap kesan merah itu membuatkan El mendesis sakit.

Zemir dan Riz beralih ke kanan untuk melihat tindakan Izzan.

"Uish! Meow! Meow!"

"Wah Izzan dah pandai sekarang"

"Betul-betul gatal macam kucing parsi"

"Rawr! Menawan sungguh!"

"Singa menawan keluarga bahagia"

Suara Zemir dan Riz berselang seli itu dihiraukan sahaja. Anaqi pantas bersuara melihat Izzan dan El seperti terkaku dalam renungan masing-masing.

"Izzan bawa El masuk bilik. Kau pun pergi mandi tukar baju kerja busuk kau tu. Ingat sikit kawan kita ni semua single kang gigit jari je diorang tengok drama korang ni"

Tersentak El dan Izzan lalu memberikan sengihan malu ke arah Anaqi. Izzan menarik tangan El naik ke bilik tidur mereka.

Sebaik sahaja mereka tiba di dalam bilik, Izzan kembali bersuara.

"Kenapa dahi tu?'" soal Izzan lembut sambil tangan memeluk erat pinggang ramping El.

"Terhantuk dekat dinding. Sakit tau" adu manja El kemudian membenamkan wajah ke dada bidang Izzan. El menghirup bau tubuh Izzan. Wangi!

Izzan sudah tersenyum nakal melihat tindakan El. Tubuh kecil El dicempung lalu berkata.

"Jom mandi sama-sama lepastu kita usaha untuk wujudkan anak sulung kita untuk kali kedua pula"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience