Hawa dan Lufya berdiri memeluk tubuh menunggu kehadiran seorang jejaka bermata biru laut itu. Hawa mengeluarkan telefon pintarnya kemudian aplikasi Candy Crush ditekan. Lantaklah orang nak kata apa. Orang lain ada crush, aku ada Candy Crush. Adilkan?
"Kau tunggu sini sekejap. Aku nak tolong baby boy aku keluar daripada kepungan dua minah makeup setebal 30 inci kat sana tu" Aku menjuihkan bibir. Mahu muntah hijau dengar panggilan itu. Baby boy? Tak ada yang rare sikit ke?
"Kau tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana" Hawa mengangguk faham tetapi mata masih skrin telefonnya. Lufya tanpa banyak soal terus angkat kaki menuju ke arah baby boy nya.
"Dario! Lama I tunggu you tau"Lufya menarik hujung hoddie teman lelakinya lalu menjeling tajam dua wanita di hadapannya. 'Gatal! Ni kalau aku seterika muka korang, tak jadi orang nanti' getusnya dalam hati.
Dario hanya beriak selamba. Sejak dia bertemu dengan Lufya tahun lepas, Lufya banyak mengajarnya tentang Islam. Alhamdulillah hidayah itu miliknya. Keluarga Dario turut memeluk Islam dengan hati terbuka dan ikhlas. Tiga bulan berkawan dengan Lufya membuatkan Dario terdetik untuk memeluk Islam sehinggalah hubungan mereka menuju ke arah yang lebih serius iaitu bertunang. Mereka akan bertunang tidak lama lagi.
Di sisi Hawa pula. Hawa mengangkat kepala memandang sekeliling dan kelibat Lufya juga tidak kelihatan. Kakinya berjalan untuk mencari Lufya tetapi matanya masih tekun memandang skrin manakala tangannya menyentuh skrin mendailkan nombor telefon Lufya.
Belum sempat telefon Hawa melekap di telinganya, kini jatuh ke lantai. Hawa pula sudah terduduk akibat pelanggaran itu.
"Auch !"
"Sorry dear.. kau okay tak ni ?" bimbang Izzan telah melukakan anak dara orang. Izzan menunduk mahu memandang wajah gadis bertudung shawl itu.
Hawa itu terdiam lalu mengangkat kepalanya perlahan-lahan memandang gerangan suara garau tersebut.Pipi gadis itu berubah menjadi merah apabila pandangannya bersambung dengan anak mata jejaka asing itu. 'Kacaknya'getus gadis itu di hati.
"Err maaf aku dah lambat. Ini kad aku, kalau ada tak puas hati or senang cerita nak ajak gaduh...boleh call nombor ni. Aku tunggu tau. Bye dear!"Izzan melangkah laju keluar dari KLIA lalu mata mencari susuk tubuh Airil, sahabatnya itu.
Terkebil-kebil mata Hawa memandang susuk tubuh lelaki yang semakin jauh itu. Kad dipandang.
"Izzan Aysar"gumam Hawa itu perlahan. Kepala mula terasa sakit. Hawa tidak dapat menahan rasa sakit itu dan rebah tidak sedarkan diri.
×××
Hawa mula mencelikkan mata. Kini mereka sudah berada di hadapan rumah Datin Marina itu. Lufya membuka pintu kereta terlebih dahulu menuju ke pintu penumpang belakang kemudian menyentuh bahu Hawa yang memakai tshirt merah berlengan panjang itu. Tangan Hawa mengurut kepalanya perlahan.
"Hawa okay?"tanya Lufya lembut. Pertanyaan Lufya membuatkan Hawa tersentak lalu membalas pandangan Lufya yang kelihatan risau terhadapnya.
"Okay je. Cuma sakit kepala ni masih ada" Hawa tersenyum hambar apabila menyedari kata-kata itu yang keluar dari mulutnya sendiri. Ya! Selepas sahaja Hawa sedar dari koma, Hawa mengalami hilang ingatan. Keluarga Lufya yang mengutipnya sebagai anak angkat. Kejadian yang berlaku sebelum koma, Hawa tidak dapat mengingatinya. Fikiran Hawa ketika itu kosong.
•Flashback•
Dua tahun lepas
Seorang gadis membuka mata perlahan-lahan. Mata dipejam semula akibat sinaran cahaya lampu yang menyapa pandangannya kemudian dicelikkan kembali.
"Aa--ir" Lufya dan Insha memandang sesama sendiri sebelum kaki melangkah ke arah gadis itu. Insha mengambil air mineral dan menghulurkan kepada gadis yang tidak diketahui nama sebaik sahaja membuka penutup botol. Manakala Lufya membantu gadis itu menukar ke posisi duduk melunjur kaki.
Gadis itu pantas meneguk air mineral dengan rakus. Terkebil-kebil Lufya dan Insha melihat kerakusannya.
Ehem!
"Terima kasih" Lufya dan Insha mengerut kening tidak faham. Bangun dari koma tetiba cakap terima kasih?
"Bagi saya air dengan tolong saya duduk" Lufya dan Insha menjatuhkan kepala dua kali.
"Nama awak apa?" Gadis berbaju pesakit itu memandang kosong wajah mereka berdua. Pertanyaan dari Insha hanya dihiraukan sahaja. 'Nama aku apa eh?'getus di hati Hawa.
"Aisyah Elmaira" Lufya pantas memandang Datin Marina iaitu mummy kandungnya. Lufya bingung dengan nama yang disebut oleh mummynya. 'Macam mana mummy kau tahu?' bisik Insha perlahan.
"Mummy jumpa kad pengenalan dia masa hari kejadian" Aisyah mendiamkan diri kerana tidak faham dengan apa yang dibicarakan Datin Marina itu. Datin Marina memberikan kad pengenalan tersebut kepada tuan badan. Aisyah mengusap lembut perlahan gambar pada kad pengenalannya itu. Fikirannya kosong ketika itu. Mulut pula terkunci.
"Aisyah mengalami amnesia sayang dan mummy tak tahu bila Aisyah akan sembuh sebab--" Datin Marina berbelah bagi sama ada mahu memberitahu ataupun tidak.
"Orang tua Aiyah sudah dikebumikan bulan lepas dan sampai sekarang tiada siapa cari Aisyah. Mungkin kedua orang tua seorang anak tunggal kot" Kosong. Tiada perasaan kecewa mahupun sedih. Gembira juga tidak.
"Lagi satu, mummy tak boleh bantu Aisyah untuk pulihkan ingatan Aisyah sebab mummy sendiri tak kenal siapa kawan Aisyah. Jadi mummy nak Aisyah tinggal dengan mummy okay. Jadi anak angkat mummy" Aisyah terdiam seketika dan kembali bersuara.
"Hawa Humaira"
"Panggil nama tu selagi ingatan Aisyah tak baik lagi" Yang lain mengangguk faham. Dan di situlah bermula kehidupan mewah Aisyah sebagai Hawa Humaira.
•End Flashback•
"Nah kad. Aku jumpa dekat tempat kau pengsan tadi" Aku pantas mengambil kad itu lalu tersenyum riang. Kenangan lama mu tunggu aku datang!
"Aku rasa dia kenal akulah kak" Terangkat kening Lufya mendengarnya.
"Macam mana kau tahu?"soal Lufya tanpa teragak-agak sambil memeluk tubuh.
"Cara pandangan dia. Disebabkan dia aku sakit kepala ni tau. Disebabkan dia juga aku rasa hati aku berdebar-debar macam aku baru hidup dalam dunia ni. Ha lagi satu--" Lufya menahan sabar dengan sikap Hawa yang suka cakap separuh-separuh macam ni.
"Dia pandang aku macam bidadari tanpa sayap. Cantik sangat ke aku ni kak?" Lufya menghamburkan tawa dengan terbahak-bahak. Hawa membuat muka. 'Orang cakap benda yang betul tak nak percaya pula'kata Hawa di hati.
"Kat mana kau beli level confidence kau ni? Shopee? Lazada?" Hawa menjeling tajam ke arah Lufya itu sebelum ada suara garau menghentikan gelakan Lufya.
"Lufya"
Hawa dan Lufya memandang ke arah Dario yang sedang mengesat peluh di dahinya. 'Malaysia ni panas korang boleh seronok sembang kat sini' getus Dario di hati.
"Er sorry you. Jomlah masuk, mama I ada kat dapur tu tengah masakkan makanan special untuk you" Lufya menarik hujung hoddie Dario sebelum meneruskan langkah meninggalkan aku keseorang di dalam kereta. Dario hanya diam dan akur.
"Tadi punyalah risau kat aku. Sekarang? Sikit-sikit baby boy. Hello muka macho macam tu kau panggil baby boy? Jatuh maruah dia kak kau panggil dia macam tu" Hawa menggelengkan kepala perlahan. Hawa memandang kad tersebut.
"Izzan Aysar. Aku harap kau ialah orang yang aku kenal dulu. Please help me to remember my memory back" Air mata Hawa jatuh deras. Penat. Penat untuk merasakan kosong apabila menziarahi kubur orang tua kandungnya. Penat untuk merasakan sakit kepala yang melampau setiap malam. Penat untuk mimpi benda yang sama tetapi bila mencelikkan mata. Kosong. Itu yang dia rasakan selama dua tahun.
Hawa mengesat air matanya kemudian menarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Air liur ditelan. Hawa bangun melangkah keluar dari kereta dan menutup pintu kereta. Hawa mengatur langkah ke dalam rumah dengan beriak biasa tetapi sempat memberikan kata-kata semangat pada dirinya sendiri.
"Kau boleh Aisyah Elmaira. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
BERSAMBUNG...
Share this novel