"Izzan saya rasa saya nak makan lima aiskrim Cremeria lah. Terliur tengok iklan kat tv tu"
Izzan memandang El tajam.
"Relax lah wahai husbaby aye ni. Saya makan satu je lagi empat tu awak habis--umph!" ujar El dengan suara manja. Izzan melepaskan satu tangan dari stereng keretanya lantas memegang leher El lalu mengucup bibir El. Izzan kembali ke tempat duduknya dan menumpukan perhatian pada pemanduannya.
El terdiam. Kejadian tadi begitu pantas tanpa sempat dielak. El masih tidak puas hati hanya menjeling tajam Izzan dengan berwajah cemberut.
"Jangan buat macam tu. Nanti anak aku dapat muka macam beruk kang susah" El memandang ke luar tingkap kereta dengan wajah mendatar tetapi bibirnya pula dimuncungkan.
"Tak nak belikan sudahlah. Tak payah cakap dengan saya sampai esok" kata El kecewa. Air mata ditahan supaya mengalir. 'Izzan jahat! Izzan dah tak sayang aku huh' getus El di hati. Izzan mendiamkan diri tidak membalas kata-kata mak buyung.
Jam sudah menunjukkan 9 malam, El mencebik sambil mata masih memandang di kaca tv. Izzan masih tidak pulang ke rumah. Katanya rakan sekerjanya mengajak dia keluar untuk solat isyak berjemaah di masjid.
El menangis dalam diam. Dia mahu Izzan disampingnya sekarang. Hanya dia sahaja di bawah kerana yang lain sudah naik ke bilik masing-masing untuk berehat.
Anaqi yang baru turun menjejak lantai bawah mengerut kening melihat El keseorangan. Langkah menuju ke arah El sebelum mengambil tempat di hujung sofa.
"Kau kenapa? Izzan mana?" El memandang sebelah selepas perasan kehadiran Anaqi itu.
"Mati" jawab El selamba. Air mata dilap kasar. Terangkat kening Anaqi mendengarnya.
"Manalah aku tahu" balas El malas lagi. Anaqi bangun melangkah ke dapur lalu mendailkan nombor Izzan sebelum telefon pintarnya diletak pada telinganya.
"Woi anak itik! Mana kau pergi? Suka hati kau je tinggal bini kau sorang-sorang kat ruang tamu ni" marah Anaqi sebaik sahaja panggilan itu diangkat.
"Aku kat kedai runcitlah. Aku baru balik dari masjid. Aku dah bagitahu dialah. Asal?" Anaqi mendiamkan diri seketika mengingati balasan daripada El.
"Korang gaduh ke? Aku bukan nak masuk campur tapi tadi aku tengok dia duduk sorang je kat bawah dengan cahaya dekat tv je. Kau bila nak balik ni?" terang Anaqi.
"Oh biarlah dia pandailah aku pujuk nanti" Izzan mematikan telefon dengan segera. Aiskrim Cremeria lima batang diambil lalu menuju ke kaunter bayaran. Selepas membuat bayaran, Izzan memecut pulang ke rumah.
Setibanya dia memakir motornya yang jarang digunakan itu, plastik berisi lima batang aiskrim diambil kemudian melangkah masuk ke dalam.
"Eh eh dear, asal nangis pula ni?" tegur Izzan cemas. Izzan mengambil tempat betul-betul di sebelah El. Dia menahan senyum melihat gambarnya yang berada di skrin telefon El.
"Awak pergi mana? Solat ke uruskan jenazah lama sangat" rungut El sambil tangan memeluk pinggang Izzan.
"Ish mak buyung ni. Tak ada mencari, bila ada marah marah pula" Kepala El ditarik ke dada bidangnya. Tempat kegemaran El ketika sedih mahupun mood manjanya muncul.
"AWAK BELI APA TU?!" El merungkaikan pelukan lalu mata memandang plastik itu. Mata El bersinar melihat Izzan ada membeli sesuatu.
"Aiskrim" Izzan mengeluarkan satu batang aiskrim yang berperisa caramel kemudian menghulurkan pada El. El pantas menyambut. Izzan bangun menuju ke dapur untuk membuang sampah dan meletakkan lebihan aiskrim ke dalam peti ais.
Izzan kembali duduk di sebelah El serentak El menyandarkan kepalanya di dada Izzan. Tangan Izzan melingkari perut El hanya dibiarkan. Tersenyum kecil Izzan melihat aiskrim yang berada di pipi El.
"Makan elok-elok lepastu minum air masak" El mengangguk faham. Izzan mengusap lembut perut El.
"Dah habis! Jom teman saya minum air masak kat dapur" Mereka melangkah ke dapur. Izzan membasahkan seluruh wajah El terlebih dahulu dengan air paip. Tak berkelip El memandangnya.
"Makan comot. Nak bagi semut gigit ke? Baik bagi aku yang gigit je" El memicingkan mata memandang Izzan.
"Buat jelah kerja tu jangan nak bebel macam mak nenek" balas El tidak puas hati. Izzan menarik tangan El supaya duduk di kerusi sebelum dia menghulurkan gelas yang berisi air masak itu. El meminum dengan rakus. Haus!
"Dah jom tidur" Izzan membasuh gelas terlebih dahulu lalu memimpin tangan El naik tangga menuju ke bilik tidur. Tv sempat dimatikan.
×××
Hari Izzan sudah bertemankan ucapan minta maaf El berkali-kali. Izzan menghentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah. Pagi tadi, El menangis mahu mengikuti Izzan ke pejabat, Izzan hanya akur kerana dia sudah lambat untuk menghadiri mesyuarat.
"Awak. Saya tak tipu tau sebab itulah saya nak minta maaf awak awal awal. Mana tahu Allah tarik nyawa saya masa saya bersalin nanti" Izzan menghiraukan sahaja kata-kata merepek El. Marah nanti menangis.
"Diam. Berhenti cakap benda mengarut. Aku tak suka. Kau nak ikut aku pagi ni baik diam sebelum aku hantar kau balik rumah nanti"
Suasana menjadi sepi. Izzan kembali menumpukan perhatiannya di atas jalan raya itu.
El baring di sofa mewah di pejabat Izzan sementara menunggu Izzan habis mesyuarat. Telefon dikeluarkan. Aplikasi Candy Crush ditekan dan sambung bermain sehingga tertidur.
Krek~
"Izz--" Riz menghentikan kata-katanya selepas melihat susuk tubuh El sedang tidur. Riz menoleh ke belakang.
"Izzan tak ada. El ada tapi tengah tidur" Insha menjuihkan bibir lalu berkata.
"Ish mak buyung ni tidur je tahu. Tak apalah kita tunggu luar. Izzan datang baru aku minta izin dia sendiri" Riz menutup pintu perlahan. Mereka berdua mengambil tempat di kerusi kayu itu.
"Tak nak panggil aku abang lagi ke?" soal Riz. Insha mengangkat kening memandang Riz.
"Kau nak ke?" Riz mengangguk dengan beriak biasa.
"Mengada. Dulu geli sekarang meminta pula. Bagi penampar baru tahu" Riz tersengih melihat kemarahan Insha.
Muka berkulit sawo matang. Mempunyai jerawat kecil langsung tidak mencacatkan pandangan di mata Riz. Hanya tudung sarung yang dipakai setiap kali mereka berjumpa.
"Kau jangan pandang aku macam tu. Kat sini tak ada tong sampah tau untuk aku menyorok" Riz menghamburkan tawa kecil.
"Aku ada lirik lagu yang sesuailah untuk hubungan kita sekarang ni" Riz mengangkat sebelah keningnya.
"Lirik lagunya berbunyi begini" Riz menyandarkan tubuh pada kerusi sambil memeluk tubuh.
Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
"Ha gitu. Ada jodoh ada lah. Aku dengan kau masih muda. Tak naklah rosakkan hati sendiri, dera perasaan sendiri sebab cinta yang tak pasti ni" ujar Insha tenang. Riz mengangguk.
"Betullah tu. Aku pun nak betulkan otak aku yang tak beberapa betul ni" Insha menggelengkan kepala dengan Riz yang tidak serius itu.
"Wah aku tak tahu pula, depan pejabat aku ada orang buat tempat dating"
Insha dan Riz menoleh ke arah gerangan. Izzan Aysar.
"Apa pandang pandang? Nak kena lempar dengan fail ni pula? Ha korang buat apa kat sini?"
"Nak jumpa Aisyah Elmaira lah pakcik tak kan nak jumpa pakcik pula, tak ada faedahnya" bidas Insha geram. Izzan menjeling sebelum melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"Dear" kejut Izzan lembut. Badan El digoyangkan perlahan. El mula sedar lalu mencelikkan mata. Wajah tampan Izzan menghiasi anak mata El nembuatkan tangan El pantas memeluk leher Izzan.
"Lamanya" rengek El dengan mata ditutup kembali. Izzan yang terbongkok itu mengangkat tubuh El berhati-hati kemudian mendudukkan El di pangkuannya.
"Insha ada kat luar nak ajak kau keluar kot. Aku ada kerja sikit nak siapkan ni" Izzan mencium pipi El sebelum dicubit perlahan.
"Awak izinkan saya berambus dari sini lah eh?" soal El dengan wajah baru bangun tidur itu. Izzan membetulkan lilitan tudung El dan melabuhkan sedikit labuhan tudung El.
"Ya. Asalkan balik sebelum?" Izzan memandang anak mata El sambil mengangkat kening.
"Jam 5" Izzan memberikan senyuman puas hati dengan jawapan El.
"Tunggu apa? Bla lah" Bahu El ditolak perlahan. El mencebik.
"Nak pegilah ni. Bye syuben! Bye husbaby bucuk masyam!"
El melarikan diri keluar dari bilik supaya tidak digomol oleh suami kerana panggilannya itu. Dia tahu Izzan tidak suka dengan panggilan bucuk masyam itu jadi sebab itulah El sengaja menyebutnya.
"Haa tu El dah keluar. Aku balik office dulu ya. Nanti along aku bebel pula" Insha memberikan senyuman manis lalu mengucapkan terima kasih kepada Riz.
"Terima kasih tau teman aku!" Riz mengangguk sebelum mengenyitkan mata kepada Insha. Dia melangkah ke arah lif untuk turun ke bawah.
×××
Insha melangkah masuk ke kedai pakaian bayi membuatkan El menghentikan langkahnya. Insha menoleh ke belakang melihat wajah tanda tanya El.
"Aku nak hadiahkan barang-barang baby lah. Aku dapat tawaran untuk sambung belajar kat Terengganu. Lagi pun Cikgu Syasya akan pindah ke sana hujung minggu ni. Aku ikut jela Cikgu Syasya. So sebab tulah aku nak bagi sekarang. Sorry aku bagitahu kau last minute"
Sebak. Itu yang El rasa. Insha dan Cikgu Syasya selalu menemaninya ketika El masih hilang ingatan dahulu.
"Janganlah sedih. Aku ajak kau ke sini untuk shopping. Jom"
Insha mengelip beberapa kali menghalang air matanya menitis sebelum menarik lembut tangan El masuk ke dalam.
El membelek pakaian kecil itu dengan penuh minat.
"Kau dah tahu ke baby boy ke girl?"
"Tak tahu dan tak nak tahu. Biar suprise hehe"
Mereka keluar dari kedai pakaian bayi sebaik sahaja selesai memilih pakaian bayi. Mereka meluangkan masa bersama sehingga langit bertukar malam.
El mengetap bibir apabila kereta Insha tiba di rumah mama. Dia baru perasan jam sudah melebihi 8 malam selepas mendengar azan isyak ketika berada di rumah Insha. Mereka berdua menunaikan solat isyak terlebih dahulu kemudian baru Insha menghantar El pulang.
×××
Cikgu Syasya sudah pindah menjadi cikgu peribadi di Terengganu empat bulan lepas. Begitu juga Insha sudah memulakan pelajarannya di sana. Lufya mengatakan bahawa dia dan Dario akan menetap di Jepun selama setahun dan akan kembali duduk di Malaysia selepas setahun bagi mengeratkan silaturahim sesama keluarga Dario. Datin Marina dan Dato Azman kembali menumpukan pada pekerjaan mereka.
Kini kandungan El mencecah 9 bulan, hanya menghitung hari sahaja bagi kelahiran bayinya. El tersenyum apabila mengingati perbualan dengan suaminya semalam.
•Flashback•
Izzan menahan matanya daripada terlelap. Tangan masih menepuk belakang badan isterinya supaya tidur.
"Awak" suara lembut isteri membuatkan matanya kembali segar.
"Saya minta maaf sebab sebelum sebelum ni selalu buat awak marah. Lagi lagi pasal balik lambat empat bulan le--"
Izzan mengucup bibir El. Rambut isterinya diselitkan di belakang telinga. Pipi gebu itu diusap penuh kasih sayang.
"Jangan ungkit lagi pasal tu. Aku tak suka. Aku tak suka kejadian tu sebab aku dah berani naik tangan kat kau. Kau tak ada salah pun dengan aku. Aku minta maaf sangat" ucap Izzan kesal.
"Awak. Awak tahu tak, kehadiran awak untuk kali kedua ni telah menciptakan pelangi indah tau dalam hidup saya"
"Ish da la tak sesedih lagi. Awak baringlah sekali sebelah saya ni. Senang saya nak peluk nanti" sambung El. Izzan akur sahaja. Mereka terlena dalam pelukan masing-masing. Perut yang sudah mahu meletup itu tidak langsung mengganggu mereka tidur.
•End Flashback•
El mencebik dalam diam mahu merajuk. Izzan tipu! Kata hari ini nak cuti tapi dia yang pergi kerja tanpa bagitahu apa-apa pun pada El. Mesej dan panggilan Izzan masuk beratus kali tengah hari tadi hanya dihiraukan sahaja.
"Ayyan tolong akak boleh?" Rayyan yang sedang menonton rakaman Tazkirah Malam Jumaat di kaca TV tersentak. Dia menoleh ke arah El.
"Akak rasa Ayyan ada masa untuk sakit kepala?" balas Rayyan selamba. Orang tengah tengok tazkirah ada je nak dikacau.
"Rayyan tolonglah please" rayu El sedikit gelisah.
"Tolong cari telefon akak El kat bilik. Akak lupalah letak kat mana mungkin ada kat atas lepastu Ayyan call abang Izzan. Cepat tau!" Rayyan bangun naik ke atas apabila melihat wajah El mengerut sakit sambil memegang perut bulatnya.
"Arghh Rayyan cepat hiks!" jerit El kuat. Air ketuban sudah pecah. Rayyan masih lagi tidak turun. Akhirnya El tidak sedarkan diri.
×××
Seminggu kemudian. Izzan mengusap lembut tangan kekura El. Mata sembabnya tidak dihiraukan. Jiwanya separuh melayang apabila El masih tidak sedarkan diri. Menyesal kerana berkerja walaupun sudah tahu El hanya menunggu hari untuk bersalin.
Alhamdulillah El dan anak sulungnya dapat diselamatkan. Izzan sebak ketika mengalunkan azan di telinga anak lelakinya. Izzan gembira dengan kehadiran anak sulungnya itu tapi hanya seketika sahaja.
Izzan kembali kaku dan tergamam apabila jururawat memberitahu jantung El tidak berdegup lagi. Doktor kembali masuk ke dalam bilik bedah untuk menguruskan pesakit.
Izzan menghembus nafas lega apabila doktor keluar memberitahu bahawa El dalam keadaan stabil semula sehingga hari ini. El masih tidak sedarkan diri.
Rakan-rakannya tidak putus memberikan kata-kata semangat kepada Izzan supaya terus tabah dengan ujian yang dia hadapi.
"Bila kau nak sedar ni dear? Dah seminggu aku tunggu" Izzan merebahkan kepala di katil sambil memegang erat tangan El. Mata dipejam dan terlena.
Dari jauh Anaqi sebak melihat adik kembarnya seperti tidak terurus itu. Anaqi kembali duduk di kerusi sementara menunggu kehadiran Aara yang sedang memberi susu kepada anak lelaki Izzan. Ya, sekarang Aara telah menjadi ibu susuan. Aara sendiri secara sukarela ingin membantu. Alhamdulillah Anaqi setuju.
Tangan El bergerak sedikit sebelum cuba mencelikkan mata. Cahaya lampu menyapa pandangannya membuatkan mata El dipejam semula.
"Dear" Berair mata Izzan apabila perasan dengan tindak balas positif daripada El.
Perlahan-lahan mata El membuka selepas mendengar suara Izzan itu. Terkejut El melihat wajah kusut Izzan.
"Kenapa mata kau sembab?" Tergelak suka Izzan mendengar bahasa kasar El.
"Terus kau aku eh?" El mencebik pantas Izzan mengucup sekilas bibir El.
"Aku rindu kau" El memberikan sengihan gatal ke arah Izzan.
"Aku pun rindu kau! Manyak-manyak! Nak peluk!" Izzan memeluk El dan El membalas pelukan Izzan.
"Mana baby? Aku dapat baby apa?" Izzan merungkai pelukan itu dan mencium kedua pipi El.
"Baby boy. Nama macam aku sebut dalam telefon masa kita tunang tu. Itupun kalau kau ingatlah"
"Aidan Suffian bin Izzan Aysar" Izzan pantas mengangguk.
"Saya tak sedarkan diri dah berapa hari?" tanya El perlahan.
"Seminggu" jawab Izzan tenang. Ikut hati dia mahu melompat seperti kanggaru melihat isterinya sudah sedar.
"Lamanya" El terdiam seketika. Siapa susukan Aidan?
"Jangan risau. Aara yang susukan Aidan" El mengangguk faham. Baguslah dia tidak mahu orang asing, risau isu lain yang jadi.
Krek~
"Maaf bagi saya periksa Puan Aisyah dulu" El merelakan diri menjawab semua persoalan doktor itu.
"Puan Aisyah dah boleh keluar petang ni" Izzan mengucap terima kasih kepada doktor. Doktor menjatuhkan kepala sebelum keluar dari wad El.
"Kenapa kau tinggalkan telefon kat atas? Takut aku dengar suara cemas Ayyan tau" Izzan mengadu manja pada El sambil memainkan jari El.
"Apa nak takut? Mati tanam" ujar El selamba
"Kau ingat kalau kau mati, kau boleh bangun tanam diri sendiri ke? Kau memerlukan bantuan orang lain juga. Sama lah macam sekarang. Aku ni suami kau, husbaby kau, syuben kau. Ada masalah bagitahu aku jangan diam je, kadang dengan kita meluahkan kepada seseorang yang kita percaya, kita dapat mengurangkan beban yang kita tanggung walaupun tak banyak. Jadi, biar aku tolong ringankan beban yang kau tak terpikul tu" Izzan mula berleter panjang.
"Share with me, aku selalu ada untuk kau" sambung Izzan.
"Share with me konon. Kau yang tipu aku. Kata tak nak kerja, tahu-tahu hilang. Merajuklah aku" terang El tidak puas hati. Izzan menayang gigi putihnya dengan wajah tidal bersalah.
"Okay okay salah aku. Ada meetinglah pagi tu. Aku tak tahu pula kau dengan Rayyan je ada dalam rumah aku. Sorry!"
Anaqi dan Aara sempat melawat El sebelum pulang ke rumah.
Suasana malam di rumah mama kecoh dipenuhi dengan anak-anak Aara dan Irsyad.
×××
Sebulan sudah berlalu. Izzan membeli rumah kosong betul-betul rumah di sebelah rumah mama. Jiran mama memberitahu mahu pindah dan mahh mencari penghuni baru di rumah ini pantas sahaja Izzan masuk jarum. Itu yang Izzan impikan selepas El terima menjadi tunangannya selama seminggu itu.
"Dear! Cuba lukis gambar Aidan ni. Cepat aku letak di dalam selimut ni" Aidan pantas mengeluarkan kepala. Mata bulat bersama bulu mata lentiknya membuatkan El tersenyum suka tetapi tangan gigih melakar posisi Aidan ketika itu.
"Siap! Kau dah boleh angkat Aidan. Aku nak kemaskan lukisan ni sekejap" Izzan mengangkat Aidan duduk di pangkuannya. Rambut lebat Aidan diusap perlahan. Tangan kecil Aidan memegang jari telunjuk Izzan.
"Aidan. Tengok tu bubu lukis gambar awaklah!" Terkekeh-kekeh Aidan melihat wajah teruja babanya walaupun tidak faham apa-apa.
Selepas 30 minit, suara El memecah suasana sepi itu.
"Nah! Dah siap" Buku lukisan El diserahkan pada Izzan. Izzan menyambut lalu mempamerkan di hadapan Aidan.
Aidan menepuk berkali-kali gambarnya. Air liur mula dikeluarkan bersama senyuman comel.
El dan Izzan hidup bahagia tanpa gangguan. Hari-hari Izzan dan El indah bagaikan seorang pelukis profesional, dimana kita menentukan kecantikan dan kekemasan lukisan kita sendiri. Kita juga yang mewarnakan sendiri lukisan kita dengan warna yang apa kita mahu.
Pelangi. Itu pilihan mereka.
Merah melambangkan api.
Biru melambangkan air.
Apabila mereka bertemu, salah seorang pasti akan mengalah. Saling bertolak ansur walaupun selalu bergaduh.
Warna-warna lain melambangkan pertemuan mereka untuk kali kedua. Pelbagai perasaan yang timbul. Daripada kekeliruan sehingga lah berakhir dengan kegembiraan.
Kenal sebagai Hawa Humaira.
Rupanya itu ialah Gadis Untuk Izzan, gadis yang dicari oleh Izzan Aysar selama ini.
Aisyah Elmaira binti Razif Yusof.
"Aku nak cakap sesuatu ni Izzan. Dengar baik-baik. You're stupid person ever I met but you're also my moon, my sun and my stars--" ucap El selamba diawal ayat. Izzan pantas memotong kata-kata El dan mula mendekati El lalu mengucup dahi isteri kesayangannya itu sambil memeluk erat tubuh El.
"Yah yah. Cakap je lah You're my EVERYTHING bongok" El menjuihkan mulut. Baru nak sweet sweet kit.
"Dah dah. I love you so much pendek!"
Dan tidak lupa juga dengan kewujudan putera kecil mereka,
Aidan Suffian bin Izzan Aysar
-T A M A T -
Thankyou baca story dari awal sampai akhir. Sorry kalau ending tak memuaskan.
Share this novel
hehehe seronok je cirta ni..hahaha lucu pon ye...ketawa sorang..orng sbolah..mjeling hahaha