Chapter 16

Romance Series 5083

Malam menjelang tiba. Barang keperluan sudah dikumpul. El menyandarkan tubuh di kepala katil lalu tangan disilangkan ke dada. Menunggu kehadiran suami yuhuu!

Jam dinding dikerling.

12:00am

Krek~

"Jom siap-siap dear" ujar Izzan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tidurnya dan isterinya. Mereka bersiap sebelum lampu ditutupi dab keluar dari bilik. Sepanjang mereka bergerak ke ruang tamu hanya ditemani cahaya lampu suluh sahaja. Semua penghuni di dalam rumah ini berada di dalam bilik sedang diulit mimpi.

Mereka duduk bersila di sofa menghadap sesama sendiri.

"Mari kita mulakan dengan cerita hantu El dulu okay" Izzan mengangguk laju. Mereka dapat melihat sesama sendiri dengan bantuan cahaya lampu suluh sahaja.

"Aku time tu darjah 3 tak silap, aku balik malam dalam jam 10 malam macam tu. Biasalah balik lepak malam-malam kan. Lepak rumah member blok sebelah je. Bila aku dah sampai tingkat 4 , kita kan kalau dah naik tangga sampai akhir tu terus pandang depan. Aku pandanglah depan maksudnya aku pandang hujung tangga belah sana pula" Izzan memberi perhatian kepada cerita hantu yang diceritakan oleh isterinya itu.

"Aku nampak hantu gula-gula tu, aku pecutlah lari masuk dalam rumah. Yang kelakarnya" El menarik nafas dan hembus sedaya upaya dapat menahan gelaknya sebelum menghabiskan cerita.

"Masa kelam kabut masuk rumah tu tiba-tiba badan aku terhenti. Aku fikir betul ke apa yang aku nampak tadi"

"Lepastu aku keluar balik tengok tempat yang sama, dia ada lagi weh. Aku terus masuk rumah kunci pintu" Terus meletus tawa El bersama Izzan.

"HAHAHAHAHA ASAL KAU KELUAR BALIK MENGONG!" kata Izzan diselangi tawa yang tersisa. Tanpa mereka sedari, ketawa mereka terlalu kuat sehingga mengejutkan penghuni-penghuni yang sedang lena.

"Okay okay aku pu--" kata-kata Izzan terhenti apabila mendengar jeritan Rayyan.

"ARGHHH HANTU!!" El dan Izzan memandang sesama sendiri lalu tersenyum senget. Idea jahat muncul. Mereka memandang pakaian di tubuh dan wajah sesama sendiri. El memakai satu set selekung dan diwarnakan wajahnya bewarna hitam. Pakaian Izzan juga sama seperti El tetapi Izzan meminta El mewarnakan wajahnya seperti badut seram.

Mereka bangun dan berlari ke arah Rayyan yang masih tercegat di tangga.

"WUARGHHHH!!!"

"Arghhhh hantu!" jerit Rayyan mencicit lari ke bilik tidurnya semula. El dan Izzan memegang perut sambil melepaskan tawa sehingga terbatuk.

"HAHAHAH--UHUK! UHUK! HAHAHAH" Mereka terduduk kerana kelelahan menghamburkan gelakannya. Tiba-tiba lampu ruang tamu dan kawasan hadapan bilik terbuka.

"Astaghfirullah al- azim! Apa yang kamu berdua buat ni?!"

Tersengih wajah El dan Izzan mendengar amarah mama yang baru sahaja muncul. Aara dan Anaqi keluar bilik setelah mendengar kekecohan di luar bilik. Terkejut Aara dan Anaqi apabila memandang wajah hitam El dan wajah badut seram Izzan itu.

"Izzat kamu ruqyah kan pasangan ni. Entah syaitan mana masuk dalam badan diorang ni" pinta mama lalu melangkah masuk semula ke dalam bilik.

"Korang buat apa ni? Dah tak ada kerja?"soal Anaqi dingin dengan suara baru bangun tidurnya. Aara di sebelah Anaqi mendiamkan diri sambil memeluk lengan kekar Anaqi.

"Uish garang! Teringat aku masa Aara menggeletis dengan ketua pengawas SMK Damansara dulu" Aara membuntangkan mata memandang El. Izzan mengangguk tanda setuju.

"Gatal! Nauzubillahiminzalik!" sambung Izzan sambil menggelengkan kepala berulang kali.

"Sayang tadah tangan cepat!" arah Anaqi tegas kepada Aara. Aara hanya akur. Anaqi memulakan doa dengan bacaan bismillah.

"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar. Amin" Anaqi dan Aara menyatukan kedua tapak tangan mereka ke wajah masing-masing. El dan Izzan memandang sesama sendiri sebelum memandang ke arah Anaqi dan Aara semula.

"Macam kenal je doa tu?" Komen El dan Izzan serentak

Anaqi dan Aara melangkah ke bilik semula meninggalkan pasangan senget itu. Semua lampu ditutup oleh Anaqi.

"Aktiviti pertama kita gagal. Next plan? Aku tak ngantuk lagi ni" rungut El tanpa sedar membuatkan Izzan tersenyum sinis.

"Aku ada idea tapi kita kena bersihkan muka kita ni dulu. Jom!" Tangan El ditarik lembut masuk ke dalam bilik mereka. Selepas satu jam berkurung di bilik air bersama, wajah mereka kembali bersih.

Izzan mencempung El lalu tubuh El diletakkan di atas katil empuk itu. Lampu bilik dipadam dan lampu meja dibiarkan terbuka. Izzan menindih badan isterinya yang baring secara terlentang.

El menelan air liur kesatnya itu cuba menahan debaran melihat Izzan tersengih miang itu.

"Tadi Izzat baca doa makan kan?" El mengangguk dengan wajah polos. El mengerut kening mendengar bacaan doa Izzan itu.

"Jap jap tu doa apa?" soal El mendatar.

"Doa berjimak" jawab Izzan tenang. El mengangguk faham namun terhenti seakan sedar.

"Err berjimak tu bukan...."

"Yes dear. Making for baby" Izzan terus menadah tangan membaca doa yang terhenti sebentar tadi.

Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari (gangguan) setan dan jauhkanlah setan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.

Mereka meneruskan aktiviti selepas doa diaminkan. Dan pada malam itu, El sudah menjadi milik Izzan sepenuhnya.

Izzan merenung wajah putih isterinya yang lena atas dada bidangnya. Tangan naik mengusap rambut panjang El. Peluh yang menitik di dahi dikesat dan dikucup sayang di situ. Kedua tangannya mula memeluk tubuh ramping isteri.

"Thank you El. Thank you ya Allah kerana temukan kami kembali" Air mata Izzan lebat membasahi pipi. Entah kenapa sebak yang dia rasai. Penemuan El untuk kali kedua membuatkan dia untuk takut kehilangan. Perkenalan mereka berdua sebagai Hawa Humaira sehinggalah menjadi dirinya sebenar iaitu Aisyah Elmaira terlalu indah bagi Izzan Aysar.

"Aku sayang kau sangat sangat Aisyah Elmaira"

×××

El sedang melilitkan tudung shawlnya lalu terbuka kembali akibat ditarik kasar oleh suami sendiri. Izzan mencium leher El yang terdedah sedikit itu.

"Izzan Aysar! Awak kalau satu hari tak kacau saya tak boleh ke?"

"Mana boleh. Kau kan aku punya lagi lagi bila aku dah rasmikan kau semalam. So suka hati akulah nak kacau kau ke apa" ujar Izzan selamba. Wajah El bertukar merah apabila mengingati hal semalam. Lain yang dirancang lain yang jadi.

"Boleh tak awak tak payah ingat pasal saya sekejap je dan tak payah nak rapat rapat macam ni setiap hari. Rimaslah" rungut El membuatkan Izzan lagi mahu mengusik sang isteri.

"Hello! Kau yang reject aku kot. Mestilah aku ingat" Tangan Izzan memeluk erat pinggang El dari belakang. El menjuihkan bibir apabila Izzan mengungkit kembali cerita lama.

"Tu belum lagi yang kau tipu aku pasal nama kau. Kau tahu tak menipu tu berdosa. Boleh masuk ne--" El pantas memotong kata-kata Izzan.

"Awak diamlah. Nak menanah telinga saya dengar suara awak. Ada je nak bebel macam perempuan!" El sambung melilitkan kembali tudung shawl nya. Tangan suami yang berada di pinggang dihiraukan sahaja kerana dia suka Izzan melakukan itu kepadanya.

"Wah guna awak saya sekarang. Aku suka aku suka" Izzan melabuhkan ciuman di pipi El selepas El siap memperbaiki kekemasan tudungnya. El tersengih lalu menyuakan pipi di sebelah kanan pula. Izzan yang faham lantas mencium pipi kanan El.

El pusing menghadap Izzan tanpa Izzan melepaskan pelukannya. Tali leher Izzan dibetulkan. Encem suami kita!

"Dear...." panggil Izzan meleret. El mengangkat kening ke arah Izzan yang tidak lepas merenungnya.

"Lunch nanti kau datang office aku boleh? Bawa bekal. Aku teringin nak makan masakan kau" El mengerut kening memandang wajah Izzan.

"Ni Izzan suami saya ke Izzat suami Aara?" tanya El pelik dengan arahan suami. Tangan Izzan naik mencubit kuat pipi El.

"Awww! Sakitlah" El menampar lengang berotot kecil Izzan itu sebelum menjeling tajam ke arah suami. Izzan tersengih lalu mencium pipi merah El lama sebagai ubat.

"Dah! Jom teman aku sarapan kat bawah" Izzan mengucup bibir El sekilah kemudian mereka turun dan melangkah ke dapur bersama-sama.

"Akak El hantar Ayyan pergi sekolah boleh? Akak Aara ada hal" soal Rayyan sedikit sedih. El mengerling Izzan yang sudah memandang Rayyan tajam itu sedikit cuak.

"Kau ni Ayyan. Kau ingat bini aku ni driver kau?" rungut Izzan. Rayyan menjeling Izzan lalu memberikan senyuman comel kepada El. Tangan disatukan dan mata bulatnya dikerlip berkali-kali.

"Please...." ucap Rayyan meleret. El tergelak kecil lalu mengangguk. Rayyan menjelirkan lidah kepada Izzan tanda mengejek. Rayyan sambung makan tanpa sebarang gangguan.

"Ish aku pergi kerja dululah bye dear" Izzan melangkah pergi tanpa sempat El menyalam dan mencium tangannya seperti selalu. El memberikan senyuman hambar kepada mama dan papa yang memandangnya dengan riak serba salah kerana sikap mengada anak bongsunya itu.

"Rayyan dah siap makan terus keluar tau. Akak El nak panaskan enjin kereta dulu" El bangun menyalam tangan mama dan mama sebelum melangkah keluar. Niat mahu bersarapan terbantut kerana encik suami merajuk.

Air mata El jatuh setitis demi setitis melihat kereta Izzan sudah tiada. Lapar pun ya, sedih lagilah ya!

BERSAMBUNG...

Btw GUI ni short story tau, dah nak tamat hekhek!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience