Malam menjelang tiba. Cikgu Syasya dan Insha sudah pulang ke rumah masing-masing petang tadi. Hawa sedang menonton televisyen ditemani Dario di hujung sofa. Datin Marina dan Lufya berada masuk ke bilik terlebih dahulu untuk membersihkan diri.
"Hawa" panggil Dario dingin. Hawa mencebik dalam diam. 'Dengan Lufya I you, dengan aku? Panggil Hawa pun beku nak mam' getus di hati Hawa.
"Tengah kutuk aku ke?" Hawa menoleh sekilas wajah Dario yang senyum sinis itu. Dario mengambil bantal kecil di sebelahnya lalu dilemparkan tepat pada wajahku.
"Ouch! Kau kenapa? Cemburu eh sebab aku lagi lawa dari kau?" Kening Hawa diangkat berkali-kali bersama senyuman manis. Dario menggulingkan mata ke atas. Menyampah!
"Kau kenal ke member aku yang aku sebut petang tadi tu?" soal Dario tanpa teragak-agak. Hawa terdiam seketika.
"Ke kau mangsa dia juga? Si Izzan tu. Berkawan tanpa perasaan tapi sibuk sweet sana sini?" soal Dario selamba. Tidak sedarkah dia sedang memburukkan kawannya sendiri?
"Tak kenal" untuk sekarang. Hanya disambungkan dalam hati sahaja. Dario mengangguk puas hati dengan jawapan Hawa. Dia bukan apa, kalau boleh tak nak lah ada masalah keluarga ini dengan kawannya akan datang. Kami kembali senyap tanpa perbualan.
"Let's go baby. I hantar you balik" sapaan ceria Lufya membuatkan Dario tersenyum pendek. Sudah dilarang tetapi degil juga mahu menghantarnya pulang.
"Ish cepatlah berambus" Hawa membaling semula bantal kecil itu ke arah Dario. Televisyen ditutup kemudian melarikan diri ke bilik.
Lufya membuntangkan mata melihat tindakan Hawa . Belum sempat dia bersuara, Hawa sudah hilang dari pandangannya.
Dario hanya beriak biasa lalu bangun keluar dari kediaman Datin Marina itu bersama Lufya.
Hawa merebahkan tubuhnya di atas katil. Siling berwarna kelabu direnung tanpa bosan. Hawa bangun menukar posisi duduk secara bersila sebelum telefon pintar dan kad diambil. Jari Hawa menekan nombor yang tertera pada kad di atas skrin telefonnya itu.
Tut. Tut.
Hawa menahan debaran di dadanya.
"Hello?" Suara garau sudah kedengaran di corong telefon Hawa. Hawa memegang dadanya yang sedang berdegup kencang.
"Hello siapa ni?" Hawa menggarukan kepalanya. 'Aku telefon dia sebab apa eh?'getus di hatinya.
"Erm sa--ya" Hawa memerah otak memikirkan sama ada mahu mengenalkan dirinya sebagai Aisyah Elmaira ataupun Hawa Humaira. Suara Izzan mematikan lamunannya.
"Oh kau ke dear? Lama aku tunggu call dari kau" Hawa mengerut kening memandang skrin telefon. Hawa sudah mati kata kerana tidak tahu bagaimana mahu bersuara.
"Say something lah. Senyap je. Kenapa dear?" Berapa banyak dear lelaki ni ada?
"Iya sayang. Kaulah yang aku anggap dear tu. Yang aku tak sengaja langgar pagi tadi" Izzan seperti tahu apa yang ada dalam fikiran gadis tidak ketahui nama itu.
"Erm saya call awak ni sebab nak ajak gaduh" Hawa menepuk dahi apabila suara hatinya terlepas di alam realiti. Dia mengetap bibir selepas mendengar gelakan dari corong telefon.
"Boleh-boleh tapi tak naklah di telefon macam ni. Kita jumpa esok okay jam 11 pagi dekat Cafe Z'Family sebelah Butik Relova tu. Kau tahukan?" Sengaja ditanya kerana Butik Relova yang paling terkenal di Johor Bahru dan itulah butik kakak iparnya sendiri, Aara Elina. Cafe Z'Family merupakan kedai makan baru dibuka hujung bulan Januari tahun lepas. Huruf Z ialah satu huruf melambangkan lima jejaka iaitu Zafran, Zemir, Aariz, Izzat dan Izzan.
"Erm oo-kay" jawab Hawa ringkas malu dengan kata-katanya sendiri sebentar tadi.
"Good night dear. Jumpa esok" Panggilan dimatikan serentak Hawa membenamkan wajah ke bantal berbentuk strawberry itu lalu menjerit sekuatnya. Kedua-dua tangannya menumbuk tilam berkali-kali. Malu woi! Nak ajak gaduh ke nak ajak dating? Eh?!
Izzan simpan nombor gadis tidak diketahui nama itu My Dear bersama emoji hati biru melambangkan ketenangan. Jadinya kesayangan Izzan begitu menenangkan hati seperti isteri solehah gitu. Chia!
"Aku rindu kau El" gumam Izzan perlahan. Selepas sahaja hari Izzan meluahkan perasaan, dia tidak berjumpa mahupun terserempak dengan El sehingga sekarang dan yang paling menyedihkan, dia dengar dari jirannya bahawa keluarga El terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kedua orang tua El tidak dapat diselamatkan. Dua tahun telah berlalu, entah kenapa Izzan berharap bahawa El masih hidup.
Izzan merebahkan tubuh sasanya ke katil kemudian matanya ditutup dan terlena.
×××
Keesokan harinya. Hawa menilik pakaiannya dari atas sampai bawah sambil mengetuk tepi bibir menggunakan jari telunjuknya.
"Macam over sangat. Ingat Hawa kau pergi sana bukan nak dating tapi nak ajak gaduh. Remember that" Hawa mengatur langkah ke bilik persalinannya untuk menukar pakaian yang ke-10 itu. Hawa mempunyai bilik persalinan dalam bilik tidurnya kerana terlalu banyak baju yang dihadiahkan oleh Lufya kepada Hawa setiap kali butiknya dapat untung yang lumayan.
"Ya Allah kenapa kau kalut sangat ni Hawa!" jerit Insha mula rimas melihat Hawa bergerak ke kiri dan ke kanan apabila tidak mendapat pakaian yang sopan dan tidak keterlaluan.
"Kau duduk sini diam-diam. Biar aku cari" Insha menarik tangan Hawa keluar dari bilik persalinan menuju ke katil. Bahu Hawa ditekan supaya duduk di situ. Hawa hanya aku dengan tindakan Insha. Insha kembali menapak ke bilik persalinan semula.
Selepas 5 minit berlalu, Insha melangkah ke arah Hawa yang masih termenung. Hawa tersentak lantas mengangkat kepala memandang Insha.
"Pakai je yang aku dah sangkut dekat pintu tu. Pergi cepat" Hawa bangun menuju ke bilik persalinan untuk melihat pakaian yang dipilih Insha itu.
Insha menghayunkan kakinya yang tidak menjejaki lantai itu akibat katil Hawa terlalu tinggi baginya. Ketinggian Insha hanya 155cm walaupun sudah berumur 20 tahun. Insha menerima dengan hati yang terbuka. Pendek itu comel ya!
Klak!
Insha memandang pintu bilik persalinan yang terbuka itu.
"Okay jom" Insha melihat Hawa seperti berpuas hati dengan pilhannya. Hawa dan Insha melangkah keluar menuju ke dapur untuk meminta izin daripada Datin Marina.
"Mummy" panggil Hawa meleret sebaik sahaja tiba di dapur.
"Hawa nak keluar tau dengan Insha" Datin Marina mengangguk dan memberikan senyuman manis kepada Hawa.
Hawa dan Insha menyalam tangan Datin Marina sebelum meninggalkan kediaman Datin Marina itu.
Izzan menyisir rambutnya menggunakan tangan. Bau maskulin kuat pada tubuhnya membuatkan Izzan tersenyum suka. Riz menggulingkan matanya ke atas. Menyampah dengan Izzan yang perasan kacak itu.
"Let's go!" Izzan dan Riz mengatur langkah ke ruang tamu. Mama dan papanya sedang bermain dengan cucu kesayangan mereka itu ditegur.
"Mama. Papa. Kita orang pergi dulu" Izzan dan Riz menyalam tangan orang tua mereka sebelum menuju pintu rumah tetapi Izzan sempat mencubit pipi salah seorang anak buahnya. Comel!
Setibanya mereka berada di hadapan Restauran Z'Family, serentak Hawa dan Insha muncul di sebelah mereka. Izzan dan Hawa terkejut ketika anak mata mereka bersambung. Suara Insha mematikan renungan kami.
"Eh abang...." panggil Insha meleret kepada Riz. Riz mengangkat kening memandang Insha manakala Hawa sudah menyumpah serana Insha yang mula buat perangai.
"Abang single kan?" Riz mengangguk lantas. Tersenyum manis Insha melihat jawapan Riz.
"Abang single Insha pun single. So jomlah couple" Riz terkedu mendengar kata-kata selamba gadis di hadapannya itu namun dilayankan sahaja.
"Couple tu haram wak. Jadi marilah kita halalkan hubungan kita. Jom kahwin" Terkebil-kebil Hawa memandang lelaki tidak ketahui nama itu. Lah! Sama mereng macam Insha rupanya. Izzan mengeluh dalam diam pasrah dengan sikap Riz.
"Okay jom kahwin tapi kita pergi makan dulu. Korang dua boraklah apa yang patut. Meja asing okay. Let's go abang" Insha dan Riz melangkah masuk ke dalam meninggalkan Hawa dan Izzan di situ.
"Jom masuk. Biar aku pilih tempatnya" Hawa mengangguk sahaja.
BERSAMBUNG...
Share this novel